Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Khamis, 27 Oktober 2011

kepada yang sedang menguruskan badan

pekaba semua..lama xupdate blog....
camne korang semua? sulaiman?ed?hid?ibrahim?bent? pecite diet atkins korang? hope menjadi lah!nanti bleh jadi model,hehe.
kakak2 yang lain? pecite diet korang? dah jarang tgk org post gambar penimbang..cam sunyi je,hehehe.
tambah2 lagi sejar abis PERS. kelaut ke semua? takpela kalau tak turun, asal kan tak naik sudah..minum air banyak2, jgn makan lepas kul 8 malam...maintain cute......hahaha. bici takde benda nak share sgt, sbb da macam tak berdiet sgt. cuma tadi ada pegi kedai buku..nak cari buku atkins, ada..tapi versi omputih rm45..takde feel nak baca omputih...niat hati nak cari buku cap melayu...dzul punya yang ni, tapi tak jumpa2, dgr kata ada jual kat MPH je..nanti korang gi cari k, senang nak refer.

Tengok lah carb makanan dibawah..buat penilaian sendiri...carb dan gula paling membantu anda menjadi gemuk :)






semoga berjaya, good luckkkkkkkkkkkkkkk. mici, DIET2!!

Rabu, 19 Oktober 2011

Persediaan yang mantap sebelum berdiet dan kurus

Memandangkan ramai kakak2, makcik2, abg2..yang nampaknye semakin putus asa..
Posting ni khas untuk korang ok.

nak diet? kita tak boleh diet dengan cara membabi buta..maksudnye..hari ni nak diet..esok taknak..kejap on, kejap off.(diet atkins memelukan masa dua hari untuk menghilangkan gula dalam badan, so takleh nak on off ok!)

Panduan utk buat persediaan yang mantap sebelum berdiet:
1. Target - berat yang kamu inginkan dan masa yang diperlukan. penting!! ada org diet, minggu ni diet, munggu depan taknak diet, asalannye...'ada rumah terbuka la, kenduri la, org belanje makan la(makan free memang sedap)...

2. Cari ILMU - Kena kaji jenis diet yang korang nak buat, cari la apa saja info yang ada kena mengena dengan diet yg korang nak buat, contohnya diet Atkins, u all boleh cari info pasal ketosis, air kosong, kasiat telur, dan lain2. carilah apa saja tentang diet, apa2 kita nak buat, kena ada ilmu, baru boleh berjaya.

3. Berfikir secara positif - bici perhatikan ada org yang dah berjaya kurangkan saiz badan, bila saiz badan dah kecil, tapi takut nak buat baju or beli baju saiz kecil..takut gemuk balik!!(patut ke kita berfikir macam ni, sedangkan kita mempunyai azam untuk kurus?) kalau boleh jgn ada pemikiran yang macam tu, cuba berazam "aku takkan pakai baju ni lagi" kalau boleh buang je baju2 tersebut.if berkenan satu baju ni, tapi takde saiz besar, beli je saiz yg kecik sikit, janji boleh pakai..dan fikirkan satu hari nanti anda akan dapat memakai baju tersebut dengan selesa(pasti anda akan tersenyum dan lebih bersemangat)

4. Abaikan MULUT ORANG - bersedia untuk menerima macam2 kutukan, atau kata2 yang buat anda tidak bersemangat, ayat2 biasa:
  • betul ke cara ko diet ni?
  • aku tgk tak turun pun badan ko? 
  • takpayah la kurus sgt.
  • ko dah cantik dah macam ni
  • jimat ke, minum air kosong je kat kedai 
tapi bila kita gemuk
  • Gemukla kau
  • makan banyak la kau, patut la gemuk
  • kau ni gemuk banyak penyakit
  • patah spring kete aku
  • dan macam2 lagi..xsampai hati nak tulis..
lantak org nak cakap apapun..fikir positif je, buktikan pada org rimas tgk kemajuan kita..kekadang ada org jeles bila nampak kita berusaha untuk kurus, biasalah manusia ni, bila gemuk org mengata, nak kurus pun org mengata, kurus pun org mengata. jadi..teruskan je diet anda..sampai BMI anda normal. yang pastinye..kita tuan punya badan...badan sendiri2...so kena jaga sendiri..tak payah dengar cakap orang.hasilnya kita yang akan nikmati..bukan orang lain.

5. Catatkan semuanya - maksudnya..setiap penurunan, sila catat tarikh,berat,saiz dalam diari anda supaya boleh jadi rujukan anda kemudian hari.

6. Cari kawan - cari kawan, untuk sama2 berdiet, lawan jgn tak lawan...!!
 

diet tak susah sebenarnya..yang susah adalah untuk mengawal diri kita dan mengekalkan kesungguhan kita, if tak turun..salahkan diri sendiri.. bukan salahkan cara diet.atau membuat alasan "badan aku memang susah turun, lemak tepu la...bla bla bla..."  orang lain boleh, kenapa anda tidak? tiada jalan senang untuk dapat sesuatu kepuasan, kesabaran hasilnya adalah kepuasan dikemudian hari..BERUSAHALAH sementara masa masih ada...

ok siapa yang diet atkin, boleh refer balik link kat bawah ni. cuba tengok dimana silapnya anda.
http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html



Menu tengahari tadi, maybe ada yang rasa x sedap, tapi sedapkan aje..nak kurus punye pasal, bukan selamanya nak makan macam ni,nanti dah kurus, semua boleh makan kan,hehehe.kata nak kurus...kena la sabar, usaha, tawakal

Selasa, 18 Oktober 2011

Menu makan 18.10.2011



7 pagi = telur goreng 2 bijik
11 pagi = ikan goreng + telur rebus
2 petang = kacang goreng 100g
malam = malas makan,sebab da langgar pantang kul 2 petang tu,hehehe

sekian...menu 2 petang tu xpayah ikut, maybe ada carb dia tinggi..
berat balik keje = 67kg

gambar dibawah, salah satu menu bici minggu lepas..


just share pasal kacang punye nutrition

Peanuts

Nutrition Facts
Serving Size 100 g

Amount Per Serving
Calories from Fat 443
Calories 567

% Daily Values*
Total Fat 49.24g 76%

Saturated Fat 6.834g 34%

Polyunsaturated Fat 15.559g

Monounsaturated Fat 24.429g
Cholesterol 0mg 0%
Sodium 18mg 1%
Potassium 705mg
Total Carbohydrate 16.13g 5%

Dietary Fiber 8.5g 34%

Sugars 3.97g
Protein 25.8g

Vitamin A 0% Vitamin C 0%
Calcium 9% Iron 25%

Ahad, 16 Oktober 2011

Pendakian BUKIT BROGA

jam 5.15 pagi dari pandan mewah kami bertolak ke semenyeh, jam 6.15 pagi kami memulakan pendakian bukit broga, lebih kurang jam 7.30 kami selamat tiba diatas, suasa yang sangat bagus, udara yang nyaman, pemandangan yang sangat cantik, pasti anda adalah manusia yang rugi jika tidak pernah sampai disini. Perjalanan yang cukup mencabar juga, kerana keadaan jalan yang sangat curam, ada yang merangkak, ada yang terduduk-duduk, yang pasti semua orang gembira setelah berada atas….okkkk stop jap…skema sangat ayat2 diatas,hehehe.. ok bici cite sket ape yang ada kat atas tu, kat atas tu ada batu2 yang besar2, lalang2 yang panjang, boleh tgk matahari naik, tapi sayangnya time kami naik tu, awan tebal,so x nampak matahari terbit. Disini memang ramai geng2 photographer datang ambil gambar.siapa datang sini tak bawa kamera, adalah sangat rugi dan akan menyesal seumur hidup , coz anda takkan dapat menikmati suasana macam ni ditempat lain. Bleh jual barang tak kalau cite camni,hehe. Ada satu minah kat atas tu, naik pakai skirt pendek paras peha,bayangkan anda dalam keadaan begitu ketika memanjat bukit yang curam sangat..(naik merangkak, turun duduk)hehehe faham – faham la..tolong jangan pakai macam tu kalau dah tahu nak mendaki bukit, hilang fokus pendaki lain(bici tak,hehe). Ok sekian…apa lagi, set la masa yang sesuai utk pergi, kalau nak ajak bici dan mici pun boleh .thank mici, coz mici yg tahu tempat mcm ni.


PENDAKIAN BERMULA











Reward diatas kejayaan kami - saje kajang..


p/s: ini adalah aktiviti senaman yang terbaik, saya pasti akan kembali!!

jgn lupe tgk tentang diet telur http://bicikut.blogspot.com/2011/10/berat-turun-18kg-setelah-berdiet-selama.html