Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Selasa, 26 Februari 2013

Khamis, 21 Februari 2013

latest pic april 2011 to feb 2013

pic one my weight 97kg

pic one diet in progress 85kg.
pic two my weight 67kg. 4 month after diet.
pic 3 done 33day insanity & running.
pic 4 latest 69.5kg pull up abs, push up, running.

4 month 30kg lose weight..easy..but fitness need hardwork!




Don't stop, never give up. Hold your head high and reach the top. Let the world see what you have got. Bring it all back to you. Hold on to what you try to be..

Selasa, 19 Februari 2013

Perjalanan diet ku...pic 97kg ke 69kg

baru separuh jalan...

latest pic yg 69kg tu..

97kg ketika start diet,85kg ketika sedang berdiet, 67kg mula start insanity(33hari je),
latest 69kg tu after main push up,pull bar & running.
skrg baru nak bermula traning diamond push up 30x, push up 30x, wide push up 30x. pull bar & running akan diteruskan seperti biasa.
running seminggu dlm 3 hari je,kadang2 panjat bukit. makan kadang2 low carb..kadang tak....

kita tgk result nya akan dtg..

segalanya bermula dari atkins..

Ahad, 17 Februari 2013

Selasa, 12 Februari 2013

Sebelum & Selepas " Kelab diet Atkins 2012


full pic https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.211064665686974&type=1

https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia

apa lagi alasan anda utk terus gemuk??

Daripada Aisyah, “Bala yang pertama sekali berlaku kepada umat ini sesudah kepergian Nabi SAW ialah kekenyangan perut, sebab apabila sesuatu kaum kenyang perutnya, gemuk badannya, lalu akan lemahlah hatinya dan akan bermaharajalela syahwatnya.” (Hadis riwayat Bukhari ).

Tidak ramai yang memberi fokus kepada amalan kesihatan dan penjagaan tubuh badan sedang agama memberi perhatian yang serius. Kecenderungan ini dapat disaksikan sepanjang bulan Ramadan sedangkan Islam amat menitikberatkan kesihatan sebagaimana Islam menjaga jiwa dan akal penganutnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti menikmati tahap upaya badan yang benar-benar baik dan selamat disegi fizikal, mental, emosi, dan rohani secara optimum sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama. Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.

Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Kita diingatkan betapa bernilainya harga kesihatan. Tiada gunanya harta dan kekayaan yang melimpah ruah sedangkan ianya tidak dapat dinikmati kerana keadaan diri yang tidak sihat akibat pelbagai penyakit berhimpun. Istilah “sihat” merupakan anugerah dari Allah yang sewajarnya disyukuri. Anugerah ini mesti dipertahankan hingga keakhir hayat tetapi jangan sampai melekakan.

Rasulullah SAW bersabda “ Ada dua jenis nikmat yang banyak melekakan ramai manusia iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang ” (Hadis riwayat Bukhari)

Islam meletakkan kesihatan dan kesejahteraan di tempat yang pertama selepas keyakinan (keimanan). Kalau kita mempunyai masalah kesihatan bermakna segala urusan ibadat juga turut terganggu. Pernyataan tersebut berdasarkan Sabda Nabi SAW yang bermaksud “Mintalah kepada Allah kesihatan dan kesejahteraan kerana sesungguhnya tidak ada perkara yang lebih baik dari kesihatan selepas keyakinan (iman). “ (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

simple ABS exercise


resepi telur bilis

tumis bawang putih,cili api 6 biji potong kecil2
bila da masak sikit,letak bilis & tabur lada hitam,serbuk cili(beli kat padang besar).
bilis da garing sket,pecahkan telur,gaul...
resepi ngarut2 je..tp mkn mcm xmo berhenti,haha

Ahad, 10 Februari 2013

pull up...challenge yourself !

cuba keluar dari zone limitation anda.

kurus saja xsyok...

baru nak belajar buat hand stand lama2..

macam ni kut cara nak belajarnya...memula nak buat memang takut...tp..dah buat...dah hilang takut, cuba la..

cuba imbang bdn tanpa kaki ke dinding..

Sabtu, 9 Februari 2013

perempuan melayu main gym / weight training / cardio

sapa yang takut sgt nak main gym..atas alasan body berketul2.boleh tgk video ni..
good motivation.

ps:tiada kena mengena dgn atkins

sususejat girl

Jumaat, 8 Februari 2013

Tentang gula & kegemukan


AWASI GULA ANDA         

FAKTA MENGENAI GULA

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

APAKAH SARANAN PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN?

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melebihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa, purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melebihi 10 sudu teh sehari (50g).

Gula tambahan yang dimaksudkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan dan minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan.

APAKAH CORAK PENGAMBILAN GULA TAMBAHAN KITA?

Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam minuman ini sahaja telah melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pengambilan jumlah gula sehari tidak melebihi 50g.

APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan.

Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan.

Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005).

Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dikalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Khamis, 7 Februari 2013

beginner workout, bermula dari atkins & workout yg konsisten

tak pernah sangka boleh buat mcm ni..tp usaha masih belum berhenti,utk buat yg lebih terbaik dari ni
never give up all !!

resepi sup ayam gajah 888

resepi
tumis bawang putih,cili api,ikan bilis dipotong halus2, halia.

tumis sampai kuning2, masukkan air dan ayam, masukkan lada hitam banyak2.garam sket

siap...

gajah sbb ayam tu besar,888 sebab potong 8.huhu

aku buat sekor..tp tunjuk seketol je la..



Rabu, 6 Februari 2013

resepi telur dadar cap badak lambung

tumis bwg putih,ikan bilis.

kacau telur dgn cili padi dipotong kecil, & black paper.

ikan bilis da garing...buh telor...siap...

esok kurus....

jgn lupa buang tahi ikan bilis ek



resepi sup telur badak rendam

tumis bawang putih & ikan bilis yg dipotong2 kecil2,masukkan air.potong 4 biji cili padi,tabur lada hitam,serbuk cili beli kat siam. dah didih masukkan telur,tunggu sampai masak.boleh tambah sayur.

aku masak dlm periuk nasi je..sedap tauuu

Isnin, 4 Februari 2013

Air vs Meta

baca sini la.. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Prosesmetabolismeterjejas//Article/index_html

Ahad, 3 Februari 2013

Record utk diri sendiri

dah 2 minggu x berlari..tetiba td larian.
xsangka leh buat sebaik ni, ingat lagi masa larian 7km dulu...pancit habis.
now alhamdulillah dpt mcm ni.yg paling penting, dah berjaya tinggalkan cik mah :) . selama ni selalu dibelakang dia :) .

melawati run 10km