Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Jumaat, 12 Disember 2014

Al kisah diet atkins & ketosis

Bacaan untuk pendiet yang masih tak faham bagaimana DA membantu anda menguruskan badan dengan lebih efektif dan mengapa ia selamat. Remember, knowledge is power.

Rujukan: Dr. Atkins dan pasal ketosis dari Dr. Peter Attia, Presiden Nutrition Science Initiative (NuSI), US.

Fallacy #1: Diet ini tidak membenarkan anda untuk mendapatkan kalori daripada karbohidrat, jadi anda perlu dapatkan kalori daripada protein dan lemak. Ayam, daging, ikan, makanan laut dan telur sumber protein dan lemak untuk anda. Anda perlu elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasim pasta, ubi kentang dan roti.

JAWAPAN: Diet Atkins bukan tidak membenarkan anda dapat kalori dari karbohidrat, tetapi mengehadkan jumlah karbohidrat dan kalori dari karbohidrat. 20 gram had karbohidrat sehari dalam fasa induksi Atkins sudah mencukupi atau lebih dari mencukupi untuk keperluan sehari nutrisi dan mineral yang diperlukan badan. Apabila ada bergerak ke fasa yang lebih tinggi, lebih banyak jumlah karbohidrat boleh anda makan

***

Fallacy #2: Konsep asas pemakanan sihat adalah seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar nutrisi, iaitu mengikut pyramid makanan yang betul. Anda perlu faham tentang fungsi karbohidrat. Nutrien ini adalah sumber tenaga kerana tanpa karbohidrat, metabolisme tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik. Proses metabolisme tubuh anda amat diperlukan untuk membakar kalori dan lemak. Tanpa karbohidrat, bagaimana kalori dan lemak anda boleh dibakar?

JAWAPAN: FDA ajar ikut piramid pemakanan sihat ialah diet tinggi karbohidrat rendah lemak, namun sepanjang dua abad lepas akibat konsumsi karbohidrat diperhalusi yang berlebihan terdapat peningkatan ketara pada jumlah individu yang mengalami masalah obesiti dan diabetes di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, karbohidrat ialah sumber tenaga tetapi mengambil lebih karbohidrat menyebabkan kadar glukosa / gula dalam darah meningkat. Gula dalam darah yang berlebihan tidak akan diproses menjadi tenaga sebaliknya disimpan dalam badan sebagai lemak. Dari sehari ke sehari jumlah lemak dalam simpanan badan akan bertambah jika tiada kawalan terhadap jumlah karbohidrat yang diambil untuk sehari dan jumlah karbohidrat yang diperlukan badan setiap orang berbeza. Ini seterusnya menyebabkan obesiti dan obesiti membawa pelbagai penyakit lain seperti jantung, diabetes dsb.

Apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, badan akan 'menukar suis' dari pembakaran glukosa dalam darah yang terhasil dari pemakanan karbohidrat kepada satu sistem yang mengutamakan pembakaran lemak sebagai tenaga. Kelebihan metabolik di sini ialah, badan akan menggunakan lebih kalori bagi membakar lemak dari membakar glukosa untuk tenaga. Jadi anda akan membakar lebih kalori, dalam masa yang sama tak perlu berlapar apabila badan beroperasi dalam metabolisme berasaskan lemak.

Oleh sebab itu, Diet Atkins sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan dan lemak badan, kerana ia akan mula membakar lemak terkumpul yang tersimpan dalam badan selama ini sebagai tenaga melalui proses ketosis, dan proses membakar lemak sebagai sumber tenaga menggunakan LEBIH kalori dari membakar glukosa.

***

Fallacy #3: Diet rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan anda memasuki fasa ketosis, iaitu penghasilan bahan ketone yang sangat beracun. Ketone terhasil apabila tubuh anda dipaksa menghasilkan tenaga daripada sumber lemak. Bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ, gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang.

JAWAPAN: Jangan terkeliru antara ketosis pemakanan dengan ketoasidosis Diabetes! Terdapat dua keadaan di mana ketones dihasilkan badan, iaitu

1) Ketosis pemakanan

Ketosis pemakanan atau Fasa Adaptasi Keto terjadi apabila seseorang individu dengan sengaja mengambil kurang dari 50g karbohidrat sehari (Fasa 1 dan 2 Atkins). Badan akan mengesan kekurangan glukosa dalam badan, jadi badan tidak akan lagi bersandar kepada Glycogen untuk penghasilan tenaga, sebaliknya hati akan menghasilkan ketones bagi membakar lemak dan menukarkan lemak kepada tenaga. Otak juga akan menukar dari bersandar kepada glukosa kepada beta-hydroxybutyrate

2) Ketoasidosis Diabetes

Apabila seorang pesakit diabetes tidak mendapat insulin yang mencukupi, dia akan berada dalam keadaan 'kebuluran'. Walaupun terdapat glukosa dalam badan mereka, tanpa insulin, ia tidak akan dapat masuk ke dalam sel badan untuk dibakar sebagai tenaga. Jadi badan pesakit diabates akan mula mengeluarkan ketones dari lemak dan protein untuk membakar lemak sebagai tenaga. Tapi masalahnya, pesakit diabetes ini tak dapat hasilkan insulin, jadi tidak ada 'pusingan maklumbalas'. Oleh itu, badan akan mengeluarkan ketones tanpa henti. Pada satu tahap, jumlah ketones dalam badan akan meningkat kepada 15 – 25 mM. Hasilnya akan berlaku ketidakseimbangan pH, menyebabkan kecelaruan metabolik dan masalah seperti kegagalan organ, gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Ini tidak akan berlaku jika badan dapat mengeluarkan insulin walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan dalam masa dua dekad ini membuktikan pendekatan diet karbohidrat terkawal membantu memperbaiki parameter klinikal yang mempengaruhi penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain tanpa memudaratkan hati, jantung, buah pinggang mahupun struktur tulang.


Isnin, 1 Disember 2014

Ketika anda berada dimana mana group

Ronda2 group A, nampak si bedah post pasal tak puas hati dgn admin group B di group A. Group A & B lebih kurang sama, cuma Admin lain2 & cara lain2.
Lepas tu admin GROUP A komen di post berkenaan, Seperti dibawah.
Admin A: Polisi kami tak nak terbabit memburukkan group lain sebab menghormati prinsip admin yang lain.
Saya harap masalah kamu dengan admin dari kumpulan lain tak perlu kamu bawa kesini. Kami tak nak bermusuhan dengan group lain. Setiap group ada peraturan mereka sendiri dan hormatilah peraturan yang sedia ada. Harap maklum.

Pengajaraannya,
Kalau kita masuk rumah org, kita tak perlu beza2kan dgn rumah yang lain, untung org da bagi masuk free. Kalau tak suka, masuk cara baik, pergi cara baik.
Bagus cara nasihat admin diatas. Kekadang post2 oleh ahli yg macam ni la buat admin2 yg tak bersalah tiba2 dibenci oleh admin2 group yg lain.
Setakat ni belum jumpa lagi org mengadu tentang group lain disini, Tp yg mengadu tentang group ni digroup lain, banyak,"̮ƗƗeƗƗeƗƗe"̮.
Kalau aku jumpa org jenis mengadu domba mcm ni, memang aku ban je terus.
Tak ada apa2 kes, SEKADAR PERKONGSIAN untuk kita berfikir.

Pengalam saya diet atkins (30kg lost)

Testimol diet atkins.
Mula Diet Atkins april 2011. Selama 4 bulan hilang 30kg...dari 97-67kg tanpa senaman yg berat. Sekarang dah hampir 2 tahun, berat masih maintain dlm lingkuang 69- 72kg...makan dah tak terjaga..maintainkan dgn senaman yg konsisten je..
Hujun Tahun 2012 mula saya berjinak jinak dlm dunia larian..first time lari event 7km sahaja..sangat siksa nak habiskan..tp sgt bangga dpt medal. 
2013 banyak event yg saya masuk.(boleh tgk sini http://bicikut.blogspot.com/…/event-marathon-2013-yang-aku-… ) & yg paling jauh..full marathon 42km saya lari tanpa berhenti selama 5 jam 14minit.
Tanpa atkins, tak mungkin rasanya saya mampu berlari sejauh 5km..apatah lagi 42km..& saya xpernah terlintas difikiran saya utk buat semua aktiviti diatas masa saya gemuk.
Saya ceritakan perjalanan saya yang bermula dari atkins, sbb ada segelintir tak percaya & kata atkins diet tak sihat(hilang musle, hilang air, sakit pinggang, sakit jantung, gemuk balik)
Saya pedulikkan apa orang nak kata..yang penting saya akan terus buktikan..saya boleh sihat & lebih sihat dari mulut2 yang mengata.
Ramai lagi yg boleh dijadikan contoh..mcm Ahmad Fazreen, Safwan Ajis, Ibbara Natasce, Salmah Kobis, @shahrin, & lain2..

Selasa, 4 November 2014

Manusia yang gagal

*Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku. #NEVERGIVEUP!

Interval training akan menurunkan berat badan

interval training akan menurunkan berat badan, jika Anda melakukannya dengan betul.

interval training adalah senaman low & high intensity yang dilakukan berulang-ulang.

Contoh: jogging selama 60 saat dan kemudian melakukan sprint selama 15 saat. Dilakukan beberapa kali kali.

Lakukan pemanasan sebelum latihan. Risiko kecederaan akan lebih tinggi jika anda jika tidak melakukan latihan dengan betul.

Variasi interval. Ada perbezaan manfaat interval training untuk waktu yang lama (60-90 saat), dan yang lebih singkat (20-30 saat). Dengan kata lain, semakin Anda memaksa diri anda, maka semakin baik hasil yang diperoleh. 

macam mana pun..pemakanan paling utama k!

Rabu, 1 Oktober 2014

Training endurance + Stamina

Training endurance + Stamina:
1. Minimum kan waktu rehat antara set. contoh 30 saat atau 90 saat.
2. Fokus pada kedua dua latihan, cardio =+ weight. bukan cardio sahaja.
3. High rep weight training
4. Lebihkan latihan compound seperti squats, step-ups, push-ups and pull-ups
5. Sentiasa menukar corak latihan, supaya tubuh tidak terbiasa dengan latihan yang sama.
6.  Gabungkan latihan anda, Lebih banyak otot anda boleh bekerja di gerakan, semakin ia akan merangsang otot jantung anda , yang seterusnya meningkatkan stamina anda. " contoh: jumping pull-ups, and lunges with bicep curls are all great.
7. Interval training
8. Berlari perlahan. Sebagai contoh , berlari pada 60 peratus daripada keupayaan anda untuk jarak yang lebih jauh . 

Rabu, 17 September 2014

Kepentingan lemak

Lemak adalah mekanisme pentimg dalam diet rendah karbohitrat. Pendekatan Pemakanan Atkins mengajar anda bagaimana untuk menggunakan lemak untuk keuntungan anda . Apabila anda lakukan Atkins , lemak adalah teman anda bukan sahaja kerana ia satiating tetapi kerana ia melambatkan pelepasan glukosa ke dalam darah. Oleh penyederhanaan buaian gula darah , lemak mengurangkan ketagihan karbohidrat . Lemak , dalam kombinasi dengan penggunaan karbohidrat terkawal , mempercepatkan pembakaran lemak badan yang disimpan. Apabila badan anda menggunakan lemak dan bukan glukosa untuk bahan api , proses metabolik dipanggil lipolisis . Makan lemak mempercepatkan pembakaran lemak, pemakanan dan disimpan.
Walau bagaimanapun , anda perlu makan lemak yang baik, Asli , lemak sihat ditemui dalam buah zaitun dan minyak zaitun , mentega , alpukat, dan ikan berminyak seperti salmon, sardin dan ikan kembung dan mentega. Lemak tepu yang terdapat dalam daging, mentega dan minyak kelapa, tidak menimbulkan risiko kesihatan di Induksi dan Berat Badan Berterusan fasa program. Anda akan membakar kedua-dua pemakanan dan badan untuk tenaga. Walau bagaimanapun, apabila anda mencapai Pra -Maintenance dan Penyelenggaraan dan tidak lagi dalam mod terutamanya pembakaran lemak , ia mungkin bijak untuk mengurangkan jumlah lemak tepu sehingga lebih banyak kajian dilakukan.

Berapa banyak lemak baik yang saya perlukan?

Berapa banyak lemak baik yang saya perlukan?
Soalan yang baik . Kebanyakan pakar mencadangkan kira-kira 30% daripada kalori sebagai matlamat pemakanan untuk lemak yang baik, yang datang dari campuran yang baik lemak semulajadi tepu, politaktepu dan monotaktepu . Pendekatan Atkins Pemakanan mengesyorkan tahap yang lebih tinggi lemak baik semasa pertama tiga fasa berat badan apabila karbohidrat penggunaan lebih rendah. Tahap yang lebih tinggi ini disyorkan lemak yang baik adalah komponen penting dalam pelan Atkins kerana ia membantu dalam penurunan berat badan dan tahap tenaga . Lifetime Maintenance Fasa mencadangkan 30% -40 % daripada kalori datang dari lemak - Walau bagaimanapun, peratusan yang akhirnya akan bergantung kepada tahap individu dlm penggunaan karbohidrat .

Ahad, 7 September 2014

Telur dan Kolesterol – Berapa Biji Patut Anda Makan Untuk Sehari?

Telur ialah antara makanan paling berkhasiat di dunia.
Bayangkan, sebiji telur mempunyai kesemua nutrien yang perlu untuk menukarkan satu sel tunggal
kepada seekor anak ayam.
Bagaimanapun, telur mendapat reputasi buruk kerana bahagian kuning telur mengandungi
kolesterol tinggi.
Malah, sebiji telur saiz sederhana mengandingi 186 mg kolesterol, yang merupakan 62% dari
keperluan seharian yang disyorkan.
Ramai percaya bahawa makan kolesterol akan menaikkan kadar kolesterol dalam darah dan
menyumbang kepada penyakit jantung.
Tetapi ia bukan semudah itu. Lagi banyak anda makan kolesterol, lagi sedikit badan anda
mengeluarkan kolesterol.

Biar saya terangkan bagaimana ini berlaku…
Bagaimana Tubuh Anda Mengawal Pengeluaran Kolesterol
Kolesterol sering dilihat sebagai satu perkataan negatif.
Apabila kita dengar perkataan kolesterol, secara automatik kita akan
mula berfikir tentang ubat-ubatan, serangan jantung dan mati awal.
Tetapi sebenarnya kolesterol ialah satu bahagian penting dalam
badan. Ia molekul berstruktur yang merupakan bahagian penting
dalam setiap membran sel.
Ia juga digunakan untuk menghasilkan hormon steroid seperti testosteron, estrogen dan kortisol.
Tanpa kolesterol, kita tidak akan wujud.

Disebabkan kolesterol sangat penting, badan manusia telah mengevolusikan beberapa cara untuk
memastikan kita ada cukup kolesterol.
Disebabkan bukan semua orang mendapat kolesterol yang cukup dari pemakanan, hati akan
menghasilkan kolesterol untuk kegunaan badan.
Dan bila kita makan banyak makanan kaya kolesterol, hati akan mengurangkan pengeluaran
kolesterol. (1, 2).
Jadi jumlah kolesterol dalam badan hanya berubah sedikit (itupun jika berubah), kerana ia
datangnya dari pemakanan dan bukan dikeluarkan oleh hati. (3, 4).
Kesimpulan: hati kita mengeluarkan kolesterol dalam jumlah yang banyak. Apabila
kita makan telur dengan banyak (tinggi kolesterol), hati akan mengurangkan jumlah
penghasilan kolesterol semulajadi badan.
Apa Terjadi Jika Kita Makan Beberapa Biji Telur Sehari?
Untuk beberapa dekad, kita telah dinasihatkan untuk mengurangkan makan telur, atau kurangkan
makan kuning telur (putih telur terdiri hampir keseluruhannya dari protein dan mengandungi rendah
kolesterol).

Kita biasanya disyorkan untuk makan telur pada kadar maksimum 2-6 biji kuning telur dalam masa
seminggu. Bagaimanapun, tiada sokongan saintifik yang menyokong kenyataan ini (5).
Untunglah kita ada sejumlah kajian yang membuat kita tidak bimbang untuk makan telur.
Dalam kajian-kajian ini, satu kumpulan manusia dibahagi dua...satu kumpulan makan beberapa (1-3
bji) telur sehari, manakala kumpulan lagi satu diberi makan makanan lain (contohnya pengganti
telur). Pengkaji memerhati individu selama beberapa minggu/bulan.
Kajian-kajian ini menunjukkan bahawa:
Dalam hampir setiap kes, kolesterol (“baik”) HDL meningkat (6, 7, 8).
 Jumlah dan tahap kolesterol LDL biasanya tidak berubah, tetapi kadangkala ia
meningkat sedikit. (9, 10, 11, 12).
 Makan telur yang diperkaya dengan Omega-3 akan merendahkan tahap trigliserida
dalam darah, salah satu faktor berisiko (13, 14).
 Tahap antioksidan karotenoid seperti Lutein dan Zeaxanthine dalam darah
meningkat dengan banyak (15, 16, 17).

Apa yang boleh dilihat, respon terhadap pemakanan telur ialah bergantung pada badan individu.
Untuk 70% dari kumpulan itu, makan telur tidak ada kesan terhadap jumlah kolesterol atau
kolesterol LDL. Bagaimanapun untuk 30% lagi (ditermakan sebagai perespon hiper) jumlahnya
naik sedikit (18).

Walau begitu, saya fikir ini bukan satu masalah. Kajian-kajian itu menunjukkan bahawa telur hanya
mengubah partikel LDL dari kecil dan padat kepada LDL Besar. (19, 20).
Individu yang mempunyai partikel LDL yang besar mempunyai risiko penyakit jantung yang lebih
rendah. Jadi, jikapun telur menyebabkan perubahan kecil pada jumlah kolesterol dan kolesterol
LDL, ia tidak perlu dirisaukan (21, 22, 23).
Sainsnya ialah jelas, bahawa makan sehigga 3 biji telur sehari ialah sangat selamat untuk individu
yang sihat dan ingin mengekalkan kesihatan.
Kesimpulan: Telur meningkatkan tahap kolesterol (“baik”) HDL .Untuk 70% dari
kumpulan itu, tiada kenaikan pada jumlah kolesterol atau kolesterol LDL. . Mungkin
ada sedikit peningkatan pada subjenis LDL yang tidak memudaratkan dalam badan sesetengah orang.
Telur dan Penyakit Jantung

Banyak kajian telah dilaksanakan untuk memerhatikan kesan
makan telur kepada risiko penyakit jantung.
Kesemua kajian ini ialah kajian bentuk pemerhatian. Dalam
kajian seperti ini, sejumlah individu diperhatikan selama
beberapa tahun.

Kemudian pengkaji menggunakan kaedah statistik untuk
memutuskan sama ada beberapa tabiat (seperti diet, merokok
atau senaman) mempunyai kaitan dengan kenaikan atau pengurangan risiko beberapa penyakit.
Kajian-kajian ini, sesetengahnya termasuk kajian terhadap beberapa ratus ribu orang, secara
konsisten menunjukkan bahawa individu yang makan telur tidak lebih cenderung untuk mendapat
penyakit jantung. Malah, beberapa kajian menunjukkan bahawa makan telur mengurangkan risiko
serangan strok. (24, 25, 26).

Bagaimanapun...patut diberi perhatian bahawa pesakit kencing manis yang makan telur mempunyai
risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung (27).
Sama ada peningkatan risiko itu sebabkan makan telur adalah tidak diketahui. Kajian-kajian ini
hanya menunjukkan korelasi atau perkaitan dan ia juga mungkin disebabkan pesakit kencing manis,
secara puratanya, tidak mengamalkan pemakanan sihat.
Ini juga mungkin bergantung pada keseluruhan pemakanan seseorang pesakit. Jika dia
mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat (setakat ini diet terbaik untuk pesakit kencing
manis), telur didapati memperbaiki faktor risiko penyakit jantung (28, 29).
Kesimpulan: Banyak kajian pemerhatian menunjukkan individu yang makan telur
tidak mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit jantung, namun
beberapa kajian menunjukkan risiko yang lebih tinggi untuk pesakit diabetes.

Telur Juga Mempunyai Banyak Khasiat Lain
Jangan lupa, bahawa telur bukan saja tentang kolesterol… ia padat
dengan nutrien dan mendatangkan faedah yang mengesankan:
Ia tinggi Lutein dan Zeaxanthine, antioksidan yang
mengurangkan risiko penyakit mata deperti Degenerasi
Makular dan Katarak (30, 31).
Ia juga kaya dengan Choline, nutrien otak yang kurang
dimiliki oleh 90% orang (32).
Ia tinggi dengan protein haiwan berkualiti tinggi, yang
mendatangkan pelbagai kebaikan seperti jisim otot yang lebih
tinggi dan kesihatan tulang yang lebih baik (33, 34).
Kajian menunjukkan telur meningkatkan rasa kenyang dan
membantu membakar lemak (35, 36).

Rasa telur juga sedap dan senang untuk dihidangkan.
Jadi, jikapun telur mendatangkan sedikit kesan buruk kepada kolesterol darah (sebenarnya tidak
buruk pun), faedah makan telur jauh lebih besar dari perkara negatifnya.
Kesimpulan: Telur ialah antara makanan paling berkhasiat di dunia. Ia mengandungi
nutrien otak yang penting dan antioksidan berkuasa yang melindungi mata kita.
Makan Berapa Banyak Telur Dikira Banyak Sangat?
Malangnya, tiada kajian terhadap individu yang makan lebih dari 3
biji telur sehari.

Adalah tidak mustahil (walaupun tidak mungkin) bahawa makan
lebih dari 3 biji mendatangkan kesan berbahaya pada kesihatan.
Lebih tepat, makan lebih dari 3 biji sehari tidak diketahui kesannya.
Bagaimanapun, saya ada menemui satu kajian kes (kajian melibatkan
hanya seorang individu). Dia ialah seorang lelaki berusia 88 tahun
yang makan 25 biji telur sehari.
Dia mempunyai tahap kolesterol yang normal dan kesihatannya sangat baik

Sudah tentu, kajian terhadap hanya seorang individu tidak membuktikan apa-apa.
Juga penting untuk diingati bahawa bukan semua telur sama. Kebanyakan telur yang dijual di
pasaraya datangnya dari ayam yang dibesarkan di kilang dan diberi makanan berasaskan bijirin.
Telur yang paling menyihatkan ialah telur yang diperkaya dengan Omega-3, atau telur yang
datangnya dari ayam yang dibesarkan di padang rumput. Telurnya mempunyai kandungan Omega-3
dan vitamin yang lebih tinggi (38, 39).
Keseluruhannya, makan telur sangat selamat, walaupun sehingga 3 biji sehari.
Saya sendiri makan 3-6 biji telur sehari (sehingga 30-40 biji seminggu) dan kesihatan saya tidak
pernah lebih baik dari sekarang.
Disebabkan kandungan nutrien yang pelbagai dan faedah kesihatan yang besar, telur berkualiti
mungkin juga ialah makanan paling berkhasiat di dunia.
Diterjemah dari: http://authoritynutrition.com/how-many-eggs-should-you-eat/

Jumaat, 29 Ogos 2014

Pumatrac app for running

Interface sebelum start
Interface 3 saat dah start
, kalau perasan kat situ ada icon music, just klik icon tu utk dgr lagu yg ada dlm handphone kita.x payah buka 2-3 app kiranya.
Setelah tamat larian, map lebih kemas dr endomondo.earned score tu nanti  kita tgk utk apa.
Ini detail larian yg aku test 5km tadi, ada attitude & speed graph.
Senarai larian yg kita dah buat..ada 1 je la..sbb aku baru test skali
Kegunaan earned point tadi, xtahu mana datang 2 ekor mahluk tu.



Detail keseluruhan result kita..kita boleh tgk top record kita & keseluruhan larian kita.

Terdapat funtion share terus ke facebook mcm endomondo. 

Kekurangan:
1.App ni hanya utk walk & run.
2.belum jumpa fungsi add friend mcm endomondo

Kelebihan:
1.Dpt result lebih detail tanpa perlu membuat apa2 bayaran
2.simple(kurang guna memori fon)


Ni fungsi explore, kita just tarik map kemana2 kita suka, nanti dia akan paparkan track jogging yg org pernah lari beserta km nya sekali, so mudah..kita boleh ikut track org lari berapa km yg kita nak.

Itu saja setakat ini..baru explore sikit2.

Sabtu, 23 Ogos 2014

Isu air sejuk punca perut buncit

Sebelum diet:

Sebagai manusia biasa, pernah terpengaruh & percaya dengan cakap2 org, minum air berais or sejuk Menyebabkan perut buncit.


Diet & Kini:

Hasil membaca, didapati ais tidak bersalah, lalu ku diet, tanpa pernah elak minuman sejuk @ berais. Malah minuman sejuk memang minuman harian ku..selama diet 4 bulan hingga kini 2 tahun maintain berat.


Just kongsi pengalaman..

Nak minum atau taknak..hak masing2..isu panas & sejuk je pun...


Tips ilangkan perut buncit:


1. Elak @ kurangkan karbohitrat ringkas

2. Elak @ kurangkan process food


Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.


Karbohidrat Ringkas :

Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut. Dan semua jenis bun, donut, biskut dan kek.


Karbohidrat Kompleks :

Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.


kurangkan karbohidrat ringkas kerana jika berlebihan, karbohidrat jenis ini amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.



Jumaat, 22 Ogos 2014

Google jangan tak google

Sebelum start diet, macam2 aku google, bukan setakat tahu makanan yg dibenarkan @ tidak. Banyak lagi bahan bacaan yang boleh membantu.


Contoh yang aku google.


Metabolisma:

1. Macam mana nak kekalkan metabolisma.


2. Macam mana nak tingkatkan metabolisma.


Dah dpt jawapan berkaitan metabolisma, (ada kena mengena dgn muscle & pemakanan cukup atau tak)


Aku google plak.

1. Macam mana nak kekalkan muscle.

2. Bagaimana muscle mempengaruhi berat badan.

3. Macam mana nak atasi kelaparan.


Aku google plak part muscle:

1. Weight training mcm mana yang boleh kekalkan muscle.

2. Weight training macam mana perlu dielak supaya berat badan tak statik ketika process menurukan berat badan.

3. Cardio macam mana yang berkesan turunkan lemak.

4. Cardio macam mana yang boleh turunkan lemak & maintainkan muscle.


Tak cukup dgn google, aku kaji plak kelemahan diri sendiri.


Contoh:

1. Bila aku senam teruk2, aku xdpt kawal makan, so aku kurangkan senam, yg penting aku lost weight dulu. Sbb pemakanan paling penting utk lost weight. 


Nah sikit, contoh apa yang kita boleh dapat bila google: 


Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.


Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.


1.Maka berat turun hanya kerana kita tidak makan. bukan turun kerana lemak. Eat right, not eat less.


2.Metabolisma dicari, bukan utk dibuang.


*semoga berguna apa yang aku share hari ni, kena rajin, jgn malas! Orang da bagi makanan, takkan nak minta suap plak. Internet bukan untuk facebook & whatapp semata-mata.

Rabu, 20 Ogos 2014

'Jangan pandang yang buruk itu buruk..'

'Jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat.' Apa maksud di sebalik ayat ini? Jangan pandang yang buruk itu buruk dan yang jahat itu jahat? Huraian sangat-sangat diperlukan dalam menceritakan maksud di sebalik ayat ini. Mana mungkin yang jahat tak dipandang jahat dan yang buruk tak dipandang buruk pasti hati kecil berkata begitu.

Benar, agak sukar untuk kita menafikan keburukan dan kejahatan yang sudah jelas lagi nyata di hadapan kita. Jadi untuk apa kita mengubah cara pemikiran semata-mata mengaburi hal tersebut? Tapi cuba fikir semula dan menilai, sejauh manakah kita layak untuk menilai dan menghukum orang lain? Sejauh manakah kita sempurna dan baik dari pandangan orang lain?

Jadi layakkah kita untuk menilai dan menghukum berdasarkan apa yang kita lihat sahaja? Layakkah kita untuk menghina orang buruk atau jahat yang kita kenal? Sempurnanya kita untuk melakukannya begitu, baiknya diri kita untuk menilai dan meletakkan nilai buruk pada orang lain. Jelas sekali kesempurnaan dan kebaikan diri kita amat-amat diragui.

Penerimaan tanpa syarat. Adakah ini mungkin ungkapan terbaik untuk kita yang masih samar-samar untuk melakukan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat' ? Atau mungkin kita perlu lebih lagi rasa dan fikiran kearah bersangka baik kepada orang lain?

Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita sama-sama selami hati insan yang dianggap buruk atau jahat. Andaikan kita adalah insan tersebut. Tidak sakitkah hati kita apabila niat membantu kita disalah erti? Tidak layakkah orang jahat disayangi dan dikasihi? Tidak layakkah kesalahan lalu dimaafi? Selamanyakah seseorang yang jahat akan jadi jahat? Dan adakah selamanya seseorang yang baik akan jadi baik?

Dalam Islam juga menyatakan bahawa umat Islam disarankan memohon doa supaya kehidupan di akhiri dalam kebaikan bukannya di dalam kejahatan. Maka jelaslah bahawa tidak semestinya yang buruk dan jahat akan kekal selamanya begitu dan sebaliknya.

Manusia mudah lupa, benar sekali. Mudah benar manusia lupa dengan kata-kata 'manusia sentiasa berubah' baik dari hati, emosi, dan pemikiran. Jadi kenapa kita masih cuba menafikan bahawa manusia yang buruk dan jahat boleh berubah kearah yang lebih baik? Adakah sebab mereka pernah tersalah langkah, memilih jalan hitam?

'Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba', salahkah insan-insan yang telah menyesal mencuba untuk mengubah arah hidup dari yang buruk dan jahat kearah yang lebih baik? ' Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh', mereka gagal menuju kearah kebaikan satu masa dulu. Siapa tahu mereka lebih berjaya dalam mencari kebaikan pada masa sekarang selepas melalui kegagalan yang pernah dirasai.

Mungkin segelintir insan yang tidak pernah melalui kesilapan  merasa mereka berjaya kearah kebaikan tapi sejauhmana pula nilai itu perlu diukur? Sifat lalai memang tak lari dari dalam diri manusia. Oleh itu, manusia disarankan untuk menilai perbuatan diri sendiri dan bukannya menilai orang lain. Jika manusia itu menilai perbuatan orang lain, maka jelaslah bahawa dia telah lalai dalam menuju kearah kebaikan untuk dirinya. Menuju kearah kebaikan untuk dirinya melalui tingkahlaku dan amalan sehariannya. Lalai dalam membentuk dirinya untuk jadi baik sekaligus gagal untuk melaksanakan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat'.

Ahad, 3 Ogos 2014

Diet tahan lapar bukan diet atkins

Diet atkins sebenarnya bukan diet menahan lapar..


Diet menahan lapar boleh menjejaskan metabolisma anda kemudian hari.(melainkan anda jenis sentiasa bersenam & mampu kekalkannya)


Sy percaya... 90% org yg cuba diet atkins kerana tewas dgn diet berlapar.


Take note.




Selasa, 15 Julai 2014

Review Kasut lari sepanjang 2013-2014


Mizuno wave creation 14
1.meterial solid
2.memang feel ketika berlari
3.sesuai utk larian jauh & g jejalan.
4.lari tak sakit kaki & x penat kaki
5. Kualiti A+



Mizuno wave rider 16
1. Sgt Ringan
2. Jarak jauh
3. Tahan lasak
4. Plate bawah yg sgt membantu
5. Kasut yg buat aku terus memilih mizuno.
6. Selesa ketika berlari
7. Kualiti A
8. Kasut larian paling popular brand mizuno.


Skechers go run 2.
1. Sgt ringan
2. Untuk larian jarak dekat
3. Lembut & stabil, kadang kala terasa terlalu lembut, kurang feel bila dah pakai lama.
4. Kualiti A.




Skecher ultra
1. Amat sesuai utk lari jauh & untuk pakai hari2.
2. Lembut, sgt selesa & sedap pakai. Sgt sesuai utk org ada masalah sakit kaki.
3. Tapak Boleh layan trail run sekali
4. Kurang mantap utk berlari dikawasan berlekuk, kena bit hati2. Senang terpelecok.
5. Antara kasut larian jauh paling ringan.
6 .Kualiti A.



Brook pureflow
1. Fungsi lebih kurang faas 250, cuma tebal sikit.
2. material Agak kasar sikit(keras)
3. Aku guna 2-3x je, rasa x selesa sbb mcm kaku, pakai puma mobium balik.




Puma mobium
1. Sesuai utk pro runner.
2. Sesuai untuk jarak dekat & jauh
3. Cuma agak cepat hilang alastik bila dah pakai lama.
4. Lembut, selesa, ringan
5. Kualiti B+ (kain dia cepat reput)


Puma Faas 800
1. Sesuai utk lari jarak jauh
2. Tahan lasak
3. Kualiti A
4. Terlalu berkusyen, feel mcm kasut jalan2.


Puma Faas 250
1. Sgt ringan
2. Sesuai utk larian pendek je, kalau jauh2 terasa sakit kaki.
3. Kualiti A++


Adidas clima cool.
Kasut lari ke dua ku, 
1. Jalan basah, kasut masuk air, sbb ada lubang dibawah.
2. Ujung kasut agak tajam(sempit), lari jauh, tercabut kuku.
3. Kualiti A

Power Kasut pertama ku.
1. Xsesuai utk lasak.
2. Jog biasa pun jahitan tertanggal.



Mizuno wave prophecy 3
Tak tahu nak taip apa, kira kasut paling тerвaιĸ & tahan lasak aku pernah guna...tahun 2014-2015..sangat sesuai untuk yang rajin lari jauh2.


Isnin, 7 Julai 2014

Apakah sebenarnya gula?

Apakah sebenarnya gula?

Gula adalah makanan tanpa khasiat yang paling banyak dimakan dan memudaratkan. Gula cuma menambah kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Ia tidak langsung berzat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukkan!

Adakah badan kita perlukan gula?

Tidak perlu langsung! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.


BACA SAMPAI LEBAM...

Apakah kesan jika ambil gula berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran

6. Meningkatkan paras trigliserid

7. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

8. Merosakkan buah pinggang

9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs)

10. Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs)

11. Mengurangkan kromium dalam badan

12. Mengurangkan kuprum dalam badan

13. Menganggu serapan kalsium dan magnesium oleh system badan

14. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

15. Menyebabkan kanser kolon (usus besar) dan wanita amat berisiko tinggi

16. Faktor kepada kanser pundi hempedu

17. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

18. Melemahkan penglihatan

19. Meningkatkan paras serotonin yang menyempitkan pembuluh darah

20. Penyebab hipoglisemia

21. Penyebab perut berasid

22. Meningkatkan paras adrenalin dikalangan kanak-kanak

23. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari

24. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut, uban pada rambut

25. Membawa kepada ketagihan alkohol

26. Merosakkan gigi

27. Penyumbang utama kegemukkan

28. Meningkatkan risiko penyakit Crohn dan kolitis berulser

29. Penyebab bengkak saluran usus dikalangan pesakit gastrik

30. Penyebab artritis

31. Penyebab lelah

32. Pembentukan batu dalam ginjal

33. Penyebab jangkitan yis atau kandidiasis

34. Penyebab pembentukan batu karang hempedu

35. Penyebab sakit jantung iskemik

36. Penyebab sakit apendiks

37. Meransang tanda-tanda multiple sclerosis

38. Penyebab pendarahan

39. Penyebab Vena Varikos

40. Meningkatkan tindak balas glukosa dan insulin kepada pengamal pil cegah hamil

41. Penyebab sakit gusi

42. Penyumbang kepada Osteoporosis

43. Penyebab air liur menjadi berasid

44. Penyebab kemerosotan sensitiviti Insulin

45. Penyebab kemerosotan toleransi Glukosa

46. Mengurangkan hormon tumbesaran

47. Meningkatkan kolesterol dalam badan

48. Meningkatkan tekanan darah sistolik

49. Menyebabkan struktur protein bertukar hingga menganggu serapan protein oleh tubuh

50. Penyebab alergi terhadap makanan

51. Penyumbang kepada sakit kencing manis

52. Penyebab keracunan darah semasa hamil

53. Penyebab ekzema kepada kanak-kanak

54. Penyebab penyakit kardiovaskular

55. Melemahkan struktur DNA

56. Penyebab Katarak

57. Penyebab Emfisema

58. Penyebab arteriosclerosis

59. Penyebab pembentukan radikal bebas dalam aliran darah

60. Merendahkan kemampuan enzim

61. Penyebab kehilangan keanjalan tisu serta fungsinya

62. Penyebab sel hati terbahagi dan ini akan meningkatkan saiz hati

63. Meningkatkan lemak dalam Hati

64. Membesarkan saiz buah pinggang

65. Memberikan tekanan tinggi kepada pankreas dan akan merosakkannya

66. Meningkatkan retensi cecair dalam badan

67. Penyebab sembelit

68. Penyebab rabun jauh

69. Penyebab lapisan rerambut

70. Penyebab hipertensi

71. Penyebab sakit kepala

72. Menganggu kemampuan berfikir

73. Penyebab kemurungan

74. Meningkatkan tindak balas insulin

75. Penyebab penapaian bakteria dalam usus

76. Penyebab ketidak seimbangan hormon

77. Meningkatkan risiko darah beku dalam badan

78. Meningkatkan risiko sakit Alzheimer

Kenapa sesetengah makanan yang senarai bahan-bahannya tiada ditulis gula tapi masih manis? Jangan terpedaya! Gula biasanya akan dinamakan dengan nama lain seperti;

Glukosa

Fruktosa

Laktosa

Maltosa

Sukrosa

Sirap Glukosa

Sirap maple

Molases

Sirap hitam

Sirap kencana

Dektrosa

Sorbitol

Berapa banyak gula yang ada dalam makanan dan minuman?

1. Minuman bergas 500ml - 14.4 sudu teh

2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml - 9.6 sudu teh

3. Minuman coklat malt dalam tin 125ml - 5.5 sudu teh

4. Kek buah-buahan 40g - 3.5 sudu teh

5. Bijirin sarapan bersalu madu 220g - 10.1 sudu teh

6. Ubat batuk botol kecil di farmasi - 15.8 sudu teh

7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa - 7.7 sudu teh

8. Sundae restoran makanan segera - 10.3 sudu teh

9. Rempah ayam segera satu pek - 4.7 sudu teh

10. Minuman berkultur satu botol kecil - 2.7 sudu teh

11. Susu pekat manis dalam tin kecil - 35.5 sudu teh!

Kenapa Malaysia diletakkan sebagai pengguna terbanyak gula di dunia? Ini dikira rekod dunia! Walaupun pasukan bola sepak kita tidak berjaya, namun kita nampaknya masih dikenali di dunia. Negara kita adalah paling gemuk di Asia dan mempunyai pesakit Kencing Manis yang paling ramai di dunia! Bangga? Kita sebenarnya dalam diam diancam. Lihatlah orang yang paling kaya di Malaysia! Taukeh gula! Negara kita seperti darurat apabila gula disorokkan baru-baru ini.

Untuk makluman di Jepun, gula kilo tiada dijual, amat sukar untuk jumpa gula. Susu pekat manis jauh sekali. Tapi di Malaysia, kita sebenarnya terancam dengan keadaan dan sosio-ekonomi. Minum teh tarik di kedai mamak, disogok iklan-iklan makanan segera hingga menyebabkan anak kita merengek meminta untuk dibelikan set yang didatangkan bersama minuman bergas (gula 9 sudu teh!). Berhati-hati.

Rabu, 28 Mei 2014

Tips mudah mengekalkan & memantau berat badan anda

Saya bagi satu tips mudah untuk kekalkan berat badan & sentiasa alert dgn perubahan badan anda.


Cuba selalu tarik cincin di jari anda, kalau ketat, maknanya badan dah naik la tu..he he he, so boleh take action untuk jaga pemakanan & senaman semula.


"Kalau bercuti, tak ada penimbang, cincin boleh jd panduan"


Kalau dah longgar sangat, minta suami cincin baru, kah kah kah.


& pastikan cincin baru anda boleh pakai seumur hidup(tak ketat balik)

Masalah kaki cramps / kejang

Rujuk artikel dibawah ye

Selasa, 27 Mei 2014

Akibat tidak sarapan


jika kita tidak bersarapan, biasanya lebih kurang pukul12 tengah hari, perut kita sudah berada di tahap kelaparan menggila. sebagai akibatnya kita akan mengambil makan tengah hari dalam portion yang besar. akibatnya lagi kita akan mengantuk di sebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat ini. selain itu, tidak bersarapan juga menyebabkan metabolisma menurun. badan kita akan memberi isyarat kita tengah kelaparan atau kebuluran, jadi kadar metabolisma di turunkan. bila metabolisma turun, kadar pembakaran kalori juga menurun dan badan kita menurunkan pembakaran kalori harian kita.

Isnin, 26 Mei 2014

JANGAN SERTAI CABARAN KURUS KALAU ANDA




Jangan sertai cabaran kurus kalau anda 

  1. NAK KURUS
  2. NAK MOTIVASI
  3. NAK TAMBAH ILMU
  4. NAK PENGALAMAN
  5. NAK BERSAING SECARA SIHAT
  6. NAK CABAR DIRI DAPATKAN HADIAH
  7. NAK TAMBAH KAWAN
  8. Fikir Sendiri
  9. Fikir Sendiri
  10. Fikir Sendiri


Bagi bakar semangat sikit !

Bagi yang berminat dan nak mendapatkan faedah di atas saya mengajak anda semua untuk Sertai Cabaran Kurus Dengan Diet Atkins Malaysia anjuran Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan kerjasama daripada pengajur Blogger Malaysia Prof Hariz beserta sponsor daripada Warung Adik & Abang - Penang

Dengar kata Warung Adik & Abang - Penang ini ada menyediakan menu sarapan pagi atkins. Boleh pergi tengok di sana. Orang penang tak mau pi tengok ka?


BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT !

DAFTAR SEKARANG BAGI YANG BERANI UNTUK CABARAN KURUS DIET ATKINS MALAYSIA.


Jumaat, 23 Mei 2014

Kehebatan minum air kosong

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

 

dipetik dari: http://psipum.org/

Selasa, 20 Mei 2014

SEBAB UTAMA ANDA GAGAL BERDIET

BETUL TAK?
Ramai yang berjaya turunkan berat badan..tapi gagal ditengah jalan. Antara sebab sebabnya:
1. Lupa diri bila dipuji. Pujian kadang kala membunuh.
2. Dah start cheat, bila dah start, susah nak mula balik & akan sentiasa tercheat cheat cheat. NI YANG SELALU TERJADI.
3. Dah terlebih pandai & memandai mandai. Da start buat menu sendiri, dah lupa pada asas.
4.
5.
6.
7.
Fikir sendiri..
Finish what u started, don't stop when tired, stop when finished‪#‎NEVERGIVEUP‬!
pengalaman diri sendiri gak,wakakakaka. tp nasib baikla semua ini berlaku setelah saya capai bmi, sbb diet sorang2 & jarang keluar rumah.hanya family & blogger sahaja yang tahu saya diet 

Khamis, 15 Mei 2014

Keburukan makan telur teloq



Saya percaya telur itu bagus..berdasarkan pengalaman saya sendiri..terpulang kepada kepercayaan masing2...

*tak pernah makan telur buang kuning telur. Kuning la sedapppp