Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal yang dilakukan untuk mendapatkan pelbagai manfaat, antaranya adalah untuk menguatkan otot dan sistem kardiovaskular, untuk menurunkan berat badan, atau untuk menetapkan berat badan, dan juga untuk mengisi masa lapang. Senaman juga boleh menjaga bentuk tubuh badan kita.
Senaman yang kerap dan berterusan dapat membantu sistem imun kita agar lebih baik, dan mencegah pelbagai penyakit: antaranya ialah penyakit jantung, penyakit kardivaskular, (kencing manis0 Diabetes type 2, dan kegemukan/obesiti. Selain dari itu, senaman juga dapat mencegah terjadinya tekanan perasaan, dan dapat memberikan daya tarikan pada bentuk badan kita, dan seterusnya meningkatkan lagi keyakinan diri.
Secara umumnya senaman atau aktiviti fizikal dapat dibahagi kepada 3 jenis:
1. Senaman Fleksibiliti
Tujuan dari senaman fleksibiliti adalah untuk meningkatkan fleksibiliti atau kelenturan dari otot dan sendi. Contohnya seperti senaman regangan.
2. Senaman Aerobik atau Kardio
Senaman aerobik merupakan senaman fizikal yang mempunyai intensiti yang rendah dan tenaga yang dihasilkan dari senaman jenis ini adalah melalui proses penjanaan tenaga-aerobik. Aerobik sendiri bererti penggunaan "oksigen" untuk memenuhi keperluan tenaga pada waktu senaman dilakukan, atau lebih dikenali sebagai metabolisme aerobik.
Secara amnya senaman aerobik dapat menurunkan risiko kematian kerana penyakit kardiovaskular (penyakit yang melibatkan jantung dan saluran darah). Antara kebaikan senaman aerobik adalah:
a.Menguatkan otot yang digunakan untuk respirasi (proses pernafasan), untuk memudahkan pengaliran udara ke paru-paru.
b.Menguatkan otot di jantung.
c.Mengukuhkan seluruh otot dalam badan
d.Meningkatkan kecekapan pengedaran darah dan merendahkan tekanan darah
e.Meningkatkan jumlah sel darah merah di dalam badan, seterusnya memudahkan pengangkutan oksigen
f.Meningkatkan kesihatan mental, termasuk mengurangkan stress dan kemurungan
g.Menurunkan risiko kencing manis
h.Membakar lemak dan mengukuhkan otot
i. Aktiviti aerobik yang mempunyai impak tinggi (seperti berjoging atau melompat tali "skipping rope") boleh merangsang pertumbuhan tulang, serta mengurangkan risiko osteoporosis pada lelaki dan wanita.
Antara aktiviti-aktiviti yang merupakan senaman aerobik adalah seperti mengayuh basikal, berenang, berjalan, melompat tali, mendayung, berlari, mendaki atau bermain permainan dalam waktu yang lama seperti tenis, bola sepak dan sebagainya.
3. Senaman Anaerobik
Senaman anaerobik adalah senaman dengan intensiti yang cukup untuk mencetuskan metabolisma anaerobik (tanpa penggunaan oksigen, atau penggunaan oksigen yang kurang). Ia digunakan pada atlit untuk mendapatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa dan pada ahli bina badan yang ingin menambahkan jisim otot. Sistem tenaga otot yang dilatih menggunakansenaman anaerobik adalah berbeza berbanding dengan senaman aerobik, ia memberikanprestasi yang lebih baik dalam tempoh yang singkat, pada aktiviti berintensiti tinggi, yangberakhir dalam masa beberapa saat dan bertahan sampai sekitar 2 minit.
Contohnya senaman anaerobik antaranya ialah seperti latihan angkat berat, latihan berat, latihan berfungsi, latihan yang eksentrik, lari pecut , dan pelbagai senaman lain yangmeningkatkan kekuatan otot dalam jangka waktu yang pendek.