Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Rabu, 28 Mei 2014

Tips mudah mengekalkan & memantau berat badan anda

Saya bagi satu tips mudah untuk kekalkan berat badan & sentiasa alert dgn perubahan badan anda.


Cuba selalu tarik cincin di jari anda, kalau ketat, maknanya badan dah naik la tu..he he he, so boleh take action untuk jaga pemakanan & senaman semula.


"Kalau bercuti, tak ada penimbang, cincin boleh jd panduan"


Kalau dah longgar sangat, minta suami cincin baru, kah kah kah.


& pastikan cincin baru anda boleh pakai seumur hidup(tak ketat balik)

Masalah kaki cramps / kejang

Rujuk artikel dibawah ye

Selasa, 27 Mei 2014

Akibat tidak sarapan


jika kita tidak bersarapan, biasanya lebih kurang pukul12 tengah hari, perut kita sudah berada di tahap kelaparan menggila. sebagai akibatnya kita akan mengambil makan tengah hari dalam portion yang besar. akibatnya lagi kita akan mengantuk di sebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat ini. selain itu, tidak bersarapan juga menyebabkan metabolisma menurun. badan kita akan memberi isyarat kita tengah kelaparan atau kebuluran, jadi kadar metabolisma di turunkan. bila metabolisma turun, kadar pembakaran kalori juga menurun dan badan kita menurunkan pembakaran kalori harian kita.

Isnin, 26 Mei 2014

JANGAN SERTAI CABARAN KURUS KALAU ANDA




Jangan sertai cabaran kurus kalau anda 

  1. NAK KURUS
  2. NAK MOTIVASI
  3. NAK TAMBAH ILMU
  4. NAK PENGALAMAN
  5. NAK BERSAING SECARA SIHAT
  6. NAK CABAR DIRI DAPATKAN HADIAH
  7. NAK TAMBAH KAWAN
  8. Fikir Sendiri
  9. Fikir Sendiri
  10. Fikir Sendiri


Bagi bakar semangat sikit !

Bagi yang berminat dan nak mendapatkan faedah di atas saya mengajak anda semua untuk Sertai Cabaran Kurus Dengan Diet Atkins Malaysia anjuran Kelab Diet Atkins [Malaysia] dan kerjasama daripada pengajur Blogger Malaysia Prof Hariz beserta sponsor daripada Warung Adik & Abang - Penang

Dengar kata Warung Adik & Abang - Penang ini ada menyediakan menu sarapan pagi atkins. Boleh pergi tengok di sana. Orang penang tak mau pi tengok ka?


BERTINDAK SEKARANG SEBELUM TERLAMBAT !

DAFTAR SEKARANG BAGI YANG BERANI UNTUK CABARAN KURUS DIET ATKINS MALAYSIA.


Jumaat, 23 Mei 2014

Kehebatan minum air kosong

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.

Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.

Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.

Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.

Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.

Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.

Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.

Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.

Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.

Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.

Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.

Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.

Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.

Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.

Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. Air melancarkan proses penghadaman.

Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.

Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.

7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.

Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.

Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?

Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.

Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

 

dipetik dari: http://psipum.org/

Selasa, 20 Mei 2014

SEBAB UTAMA ANDA GAGAL BERDIET

BETUL TAK?
Ramai yang berjaya turunkan berat badan..tapi gagal ditengah jalan. Antara sebab sebabnya:
1. Lupa diri bila dipuji. Pujian kadang kala membunuh.
2. Dah start cheat, bila dah start, susah nak mula balik & akan sentiasa tercheat cheat cheat. NI YANG SELALU TERJADI.
3. Dah terlebih pandai & memandai mandai. Da start buat menu sendiri, dah lupa pada asas.
4.
5.
6.
7.
Fikir sendiri..
Finish what u started, don't stop when tired, stop when finished‪#‎NEVERGIVEUP‬!
pengalaman diri sendiri gak,wakakakaka. tp nasib baikla semua ini berlaku setelah saya capai bmi, sbb diet sorang2 & jarang keluar rumah.hanya family & blogger sahaja yang tahu saya diet 

Khamis, 15 Mei 2014

Keburukan makan telur teloq



Saya percaya telur itu bagus..berdasarkan pengalaman saya sendiri..terpulang kepada kepercayaan masing2...

*tak pernah makan telur buang kuning telur. Kuning la sedapppp



Selasa, 13 Mei 2014

Sekampit berat = 10kg Apa yang terlintas difikiran anda tadi? Saya fikir...bagaimana siksanya badan saya untuk mengangkat 3 kampit beras dlm pada waktu yang sama. Syukur..diberi hikmah & petunjuk ketika saya jatuh..30kg telah berjaya dibuang. " saya tahu..puan puan kalau pergi shopping, si suami atau anak akan tolong angkat beras dari kereta ke dapur.. 10kg beras pun kita malas nak angkat..

Sekampit berat = 10kg

Apa yang terlintas difikiran anda tadi?

Saya fikir...bagaimana siksanya badan saya untuk mengangkat 3 kampit beras dlm pada waktu yang sama. 

Syukur..diberi hikmah & petunjuk ketika saya jatuh..30kg telah berjaya dibuang. 

" saya tahu..puan puan kalau pergi shopping, si suami atau anak akan tolong angkat beras dari kereta ke dapur.. 

10kg beras pun kita malas nak angkat..

Jumaat, 9 Mei 2014

Persedian memulakan diet

Sebelum diet..

1. Study bagaimana ketosis berlaku.

2. Sediakan diari untuk tulis apa anda makan

3. Sediakan penimbang

4. Ambil gambar gemok banyak2

5. Niat


Semasa diet

1. Pedulikan kata2 org sekelilang.

2. Elakkan stress, enjoy berdiet

3. Kurangkan melepak dgn kawan2.

4. Tidur cukup, dgn harapan berat turun pagi esok.

5. Minum 2 gelas air sebelum makan.

6. Jangan skip sarapan.


Khamis, 8 Mei 2014

Simple Tips untuk yang sedang berdiet

Sedikit tips untuk anda.

Adakah diet atkins berkesan? YA, utk lost weight, diet atkins sangat berkesan. Untuk fit & lean, anda yang menentukannya kemudian. Tips nya mudah, fokus pada diet adalah paling penting, senaman ketika gemok, buat cara gemok, cukup dgn senaman yang buat anda bergerak, fokus satu2, supaya mental anda kuat. Dah hampir bmi, anda boleh buat senaman apa anda suka. Ingat ye, untuk lost weight pemakanan sangat penting. 


"Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan, kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam. Tp kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."


Jangan tamak..pepatah melayu 

"Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"


Rabu, 7 Mei 2014

DIET ATKINS di Harian Metro 2014

Terima kasih, harian metro sudi interview saya.
Terima kasih juga pada Pihak utusan, yang panggil saya untuk diinterview, tp memandangkan metro yg panggil dulu. Saya dulukan yg awal. Mungkin Nanti giliran utusan pula.
Terima kasih akhbar2 tempatan yg sudi ketengahkan diet tanpa produk ini & metro yg memberikan maklumat dgn telus.


Beberapa hari kemudian