Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Khamis, 29 Oktober 2015

Kurang tidur

Kurang tidur.

Ya, kurang tidur pun adalah satu punca bagi masalah kegemukan. Apabila anda kurang tidur, anda turut mengalami risiko pertambahan berat badan.

Hormon yang dikeluarkan oleh tubuh semasa anda tidur akan mengawal kadar selera makan anda, juga akan mengawal kadar penggunaan tenaga yang ada di dalam tubuh anda.

Contohnya, hormon insulin akan mengawal kandungan gula di dalam tubuh anda ketika anda tidur. Justeru, apabila anda kurang mendapat tidur, jangan terkejut jika nilai kandungan tenaga dan gula yang ada di dalam tubuh anda berada hampir sama dengan penghidap penyakit diabetes.

Apabila anda mendapat kurang tidur secara berterusan, anda juga akan memiliki sejenis hormon yang tinggi di dalam badan yang dipanggil sebagai ghrelin. Hormon ghrelin ini merupakan hormon yang bertanggungjawab untuk meningkatkan kadar selera makan anda.

Pada masa yang sama, apabila kurang tidur, anda juga akan memiliki kandungan hormon leptin yang rendah di dalam tubuh. Hormon leptin ini bertanggungjawab untuk menahan selera makan anda. Apabila kandungan hormon leptin ini rendah, selera makan anda akan bertambah!

Sabtu, 24 Oktober 2015

Resepi ikan malas

Day 19 - resepi malas nak masak..., letak ikan, tabur garam, tabur cajun & parsley. Ikan susu.tabur je semua, gaul pun malas.
Masuk dlm air fryer. 190c 15minit


Khamis, 22 Oktober 2015

ASAM PEDAS LaDa HITAM KAMBING BROKOLI..

Asam pedas mak jemah

Kat umah ni ada kambing dan daging... Pilihan malam ni adalah kambing...
encik suami nak makan asam pedas lagi... 

(Masakan untuk 2 orang makan)

Daun kesum xda...
bendi pun xda... 

Maka jadi lah.... ASAM PEDAS LaDa HITAM KAMBING BROKOLI.... 

Taste dia sgt sedapppp....korang xpecaya cuba lah... 

Resepi nanti akan mak jemah tulis... 

Mak jemah bagi bahan2 dulu:-🍖

🌿Kunyit idup (2 ruas jari kelingking)                             9g =1.44g carb
🌿Lada kering  20g = 4.2g carb
🌿Bawang putih sebiji sederhana : 5g = 1.5g carb
🌿Bawang kecik sebiji : 25g = 3.45g carb
🌿Lada hitam : 2g = 1.17g 50g  = 3.05g

(☝️☝️Bahan2 diatas di kisar halus ☝️)

🌿2 keping asam keping
🌿brokoli : 50g = 3.05g

🍄Total carb bahan = 11.46 g
🍄1/2  carb bahan  = 5.73g

Mak jemah guna 1/2 dari bahan2 tu untuk 2 org makan...

🍄Total carb hidangan diatas :      5.3+3.05= 8.78g nett carb untuk 2 org makan.

Cara memasak :

Panaskan minyak...

Taburkan sedikit halba...
Kalau ada daun kesum masukan daun kesum dahulu dalam minyak panas tu,

Masukan bahan di kisar dan tumis sampai naik minyak...

Pastu masukan daging /ayam/ikan

Letak air jgn banyak ...dan letak 2 keping asam keping

Bila daging dah lembut...masukan brokoli /bendi/terung

Jgn lupa letak garam dan apa2 perasa yg bole di letak

Siap sedia untuk di hidangkan

*kalau masak letak bendi kena kira carb bendi tu ye...jgn ikut carb brokoli diatas

Selamat mencuba

#fasa1234
#menukda

Isnin, 19 Oktober 2015

Rempeyek Bayam versi mak jemah.




Resepi tengah pagi buta ni...

Rempeyek Bayam versi mak jemah.

Net carb : kurang dari 3g

Bahan dia :

Daun bayam
Ketumbar 1 sudu besar
Jintan manis 1 camca teh
Serbuk lada hitam secubit
Chilli flake 2 cubit
Telor 2 biji
Udang kering 3 sudu besar
Minyak masak
Bawang putih

Cara melambung :-

1) ketumbar, jintan manis,udang kering dikisar pakai blander kering

2)masukan bahan no 1, cili flake, telur,lada hitam dalam mangkuk

3)kacau bahan no 2 sampai sebati

4) panaskan minyak (ketuk bawang putih sebiji masukan dlm minyak supaya wangi)

5) celup bayam dalam bahan diatas dan goreng

6) kalau udang kering tak masin...bolehlah letak garam

Selamat mencuba

#fasa1234

Sambal Kering Udang

Semalam mak jemah rajin sikit...
Maka jadi lah makanan sampingan deco sendiri...
Sapa2 yg teringin nak makan sambal kudap2 bole try resepi ni...
Bole d makan dengan telor goreng...sayur goreng...ayam goreng dan lain2...
(Untuk fasa 1 jangan ambik byk sgt sbb cili kering bole tahan jugak banyak carb dia tu)
Crispy udang kering with crispy cili kering dgn minyak...
Cara daku buat :
Cili padi kering blander kering (jadi chilli flake)
Udang kering pun blander kering
Panaskan minyak...masukan udang kering kisar...masukan cili kisar kering...letak sedikit garam gaul2 sampai garing (minyak kena banyak sebab udang dan cilinkering serap minyak...
Makanan ni tahan sgt lama...bole masukan dalam balang dan simpan...sesuai d bawa kemana2.
Selamat mencuba

Daging Goreng Sempoi

Hari ni mak jemah masak daging goreng sempoi.... ‪#‎fasa1234‬
Cara dia senang je...
1/2 biji bawng putih(3g carb) di ketuk dan chop kasar...then tadi mak jemah bakar salmon minyak dia byk berlinang dalam kuali...
Panaskan minyak...masukan bawang putih tadi tumis sampai naik bau dan masukan daging di hiris nipis....gaul2 sekejap dan kemudian taburkan chilli flake 1/2 sudu makan = (1g nett carb )buatan sendiri...gaul2 sampai masak...jgn lupa letak garam.
Siap untuk di hidangkan
‪#‎Total‬ nett carb : 4g

Ahad, 18 Oktober 2015

Daging Goreng Telor Masin

Daging goreng telor masin...
**total nett carb : 3.0g

Bahan2:-
Apa2 jenis daging / ayam - 1/2kg
(Hiris nipis2)
1 ulas bawang putih- 5g = 1.5g nett carb
Cili padi - 20g (11batang ) = 0.8g nett carb
Cara masak:
Rebus telor masin 2 biji...bila sejuk hancurkan telor masin dgn sudu garfu sampai halus...
Cili padi di tumbuk kasar bersama bawang putih
Panaskan minyak...tumis cilipadi tumbuk sampai naik bau...masukan telor masin...gaul2...dan masukan daging...aul sampai daging masak (jangan letak garam...telor masin tu dah masin)
Siap untuk dihidangkan
‪#‎fasa1234‬

Ayam Telor Masin Telor Rebus

Ayam telor masin telor rebus..
Total carb : 5g nett
Cara masak dia sgt2 simple (cara mak jemah)
Bahan dia :
Telor masin 2 biji
Telor ayam rebus 2 biji
Ayam di hiris nipis 500g
2 sudu butter
Daun sup
1 ulas bawang putih
Telor rebus dan telor masin dihancurkan dgn garfu (mak jemak masukan sekali putih dia)
Panaskan butter...masukan bawang putih ketuk...lepas tu masukan ayam...gaul sampai ayam masak....
Masukan telor hanncur tadi dan gaul2...letakkan sedikit taburan black paper...gaul2 lagi....dan last sekali masukan daun sup di pitong panjang2....
(Jgn sesekali letak garam...xpasal2 nanti makanan ni jadi habuan tong sampah sbb terlalu masin.😝😝)
Siap untuk dihidangkan.
Bole di makan dgn sambal ciliapi udang kering
‪#‎fasa1234‬

PIZZA DAGING LOW CaRB





Total carb : 2.5g carb
Bahan2:
500g Daging lembu /kambing/ayam/rusa/arnab (dikisar)
Daun sup di potong halus
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Mozarella cheese
Telor ayam 2 3 biji
Garam secukup rasa
Cara melambongnya :-
Semua bahan diatas kecuali cheese dicampak masuk dalam bekas dan digaul sampai semuanya menjadi mcm kawan baik...
Panaskan sesikit minyak dalam kuali non stick...
masukan daging...letakan daging dalam kuali nipis (untuk layer pertama)....
Kemudian letakan sedikit mozarella cheese diatas daging tersebut...
Letakan daging semula sambil diratakan diatas bagi menutup mozarella cheese tadi...(layer ke-2)
Tutup kuali sekejap...agak2 bawah dia dah masak...terbalikan daging tersebut supaya sebelah bahagian atas pizza masak cantik...tutup lagi kuali sampai rasa2 daging masak
Hidangkan dalam pinggan dan makan..
Selamat mencuba
‪#‎fasa1234‬

Daging Gulung Bakar Cheese Leleh

Daging Gulung bakar cheese leleh
Net carb : kurang dari 2g
Bahan:
Daging di lapah nipis dan besar...
Herb n spices : sy guna mix herb &
cajun.
Daun sawi /pak choy atau apa2 yg berdaun hijau.
Garam
Mozarella cheese
Lidi cungkil gg😝
Cara nak melambung 👇
1) Daging yg dah di hiris nipis di letakan dalam mangkuk dan gaulkan dengan herb...cili flake...garam...cajun..
2) Bentangkan daging tadi dalam pinggan...
3) Letakan sayur atas daging (xkisah sayur apa anda guna tapi lebih baik sayur hijau bagi yg di fasa 1).
4) Letakan mozarella cheese
5) gulung daging, dan jahit daging guna lidi pencungkil gg
6) panaskan kuali non stick
7) Letakan sedikit minyak zaitun dan masukan daging, tutup kuali dalam 10 minit
8) golek2 daging tersebut biar dia masak rata...
8) kalau dah nampak masak..boleh la di hidangkan
Selamat mencuba

‪#‎Fasa1234‬

Rabu, 14 Oktober 2015

Karbohitrat bahan masakkan

Hanya berkongsi2 maklumat....

Bawang Cili Halia Serai Limau Tomato & Kunyit

Bawang Putih 100g : net carb 30g (2 Ulas : lebih kurang berat 4g)

Bawang Kecil 100g : net carb 13.8g (Seulas : lebih kurang berat 8g)

Bawang Besar 100g : net carb 13.8g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 80g)

Bawang Holland 100g : net carb 7.3g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 100g)

Lada Hitam Sesudu Serbuk 6gram : net carb 2gram

Halia 100g : net carb 16g (Besar Ibu Jari : lebih kurang berat 25g)

Serai 100g : net carb 25g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Lengkuas 100g : net carbs 12g

Cili Padi 100g : net carb 4g

Cili Merah Besar 100g : net Carb 7.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Cili Kering 100g : net carb 21g ( Satu Sudu 8g net carb 2g)

Cili Benggala ( Capsicum ) 100g : net carb 3g

Limau Kasturi Sebiji Sedang Besar : net carb 2.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Limau Nipis Sebiji Sedang Besar (67g) : net carb 5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Lemon Sedang Besar (84g) : net carb 5.6g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Tomato Sedang Besar (100g) : net carb 3.2gram (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Kunyit Hidup (Bukan Serbuk) (100g) : net carb 40gram (sebesar ibu jari 25gram net carb 11gram)

Daun pandan 100gram : net carb 6gram (5 helai daun pandan lebih kurang berat 60gram)

Petai 100 gram : netcarbs 22 gram (5 biji dalam 40gram)