Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Jumaat, 29 Mac 2013

pull bar murah

rm 29.90 di cash converter kelana jaya...aritu ada org tanya pull up bar mana nak beli kat. haaa ni murah

glove murah gak & style



Khamis, 28 Mac 2013

Khamis, 21 Mac 2013

BATTLE 10 HARI 5KG VER2


  1. Just add up your name in the list and..
  2. update the progress in the spreadsheet.
  3. Autosave(no need save) kecuali guna handphone edit/save

UPDATE DISINI

CUBA IKUT NI.
  1. MINUM 2 GELAS AIR SEBELUM MAKAN
  2. JANGAN AMBIL MAKANAN BERKUAH
  3. TIMBANG SETIAP HARI SELEPAS BANGUN TIDUR
  4. CUKUP TIDUR

MENU BOLEH DIMAKAN.
JANGAN MAKAN BENDA YANG TIDAK TERSENARAI DISINI
  • TELUR
  • IKAN
  • AYAM
  • LEMBU
  • KAMBING
  • PUYUH
  • UNTA
  • UDANG
  • MINYAK SAWIT
  • AIR KOSONG SETIAP 25KG BERAT = 1 LITER
  • BUTTER
  • MAYONIS(CARB PALING LOW, 1 SUDU SEHARI SUDAH)
  • SATE BUATAN SENDIRI(NO SUGAR)
  • SAYUR HIJAU(LIMIT DUA CAWAN)
  • CILI, BAWANG, GARAM, KUNYIT(SEDIKIT)
  • MULTIVITAMIN
  • RUMPAT LAUT
  • TEH 0 KOSONG
  • TEH HIJAU
  • CHEESE 

10 HARI 5KG
YANG BELUM FAHAM APA DIA DIET ATKINS > http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html

SESIAPA YANG BELUM JOIN https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia SILE JOIN.
CABARAN TURUNKAN BERAT BADAN...KATA NAK KURUS...

Jumaat, 15 Mac 2013

ATKINS : baik atau tidak

klu rasa takut, rasa xminat, rasa tak boleh, rasa menyampah, rasa tak percaya, Dengan ATKINS, jgn baca blog ni, jgn join KDA.
sy tak pernah paksa org diet ATKINS.

klu kita nak dihormati kita,
tolong hormati org lain.

*yang free semua nak dipertikai, yg berbayar tak berani plak nak pertikai depan2*

pelik...macam mana golongan ni boleh tercampak dlm kda..sy xmarah sapa2 nak mencari ilmu, nak jd silent reader..walaupun xbuat atkins, sgt dijemput..tp yg ada hati yg xberapa nak wangi tu...tolongla hormat bila masuk rumah org...







Isnin, 11 Mac 2013

Ahad, 3 Mac 2013

punca kekejangan / krem / cramp dan cara mengatasinya

Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:

Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.

Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?

Regangkan otot yang kekejangan
Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan. Contohnya:



Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan.
Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.



Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?

Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.
Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking.
Dari perspektif islam?

Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:

"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (Al-Anfal: 60)

Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam, variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu. Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:

"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)

Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.

Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman. Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal, terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku. Begitulah indahnya islam!


http://tennis-health.com/Articles/tabid/128/Articles/Musclecramps/tabid/155/Default.aspx

http://www.medicinenet.com/muscle_cramps/article.htm

http://www.moondragon.org/health/disorders/musclecramp.html

finish half marathon brook 21km 2013

fuhh pertama kali layan 21km...memAng azab...2 jam 50 minit. xboleh push dah, belum fit lg, klu push gak takut xleh lari terus. ok dpt piala & baju finisher. ramai gile masuk 21km, beribu ribu..



nak kurus tak semestinya kena senam teruk2!

dah kurus,takut bdn naik balik? senang je nak maintain berat badan...SENAM.

yang masih gemok, takyah nak senam teruk2, masa tak diet tak senam, bila start diet br nak senam teruk2, pastu sakit sana sini.bukan xbagi senam, tp senaman kena ikut berat bdn jugak, jgn nak ikut org yg dah kurus. kenapa nak senam sampai kaki sampai xleh nak jalan,kesian kaki tu, tunggu la badan tu ringan dulu. senam xsemestinya kena pulun, org gemok berjalan pun dah bakar lebih byk kalori dr org kurus yg berlari. cara nak maintain bdn bakar lemak senang je, utk yg masih gemok, just pastikan waktu siang dipenuhi aktiviti, klu ada basikal,petang2 pusing taman pun dah cukup,jgn tergolek je depan tv, itu pun dah cukup, bukan marah...nasihat...

*ada yg terlampau semangat nak diet, terus senam kaw2,pastu putus asa..

faham?



brook marathon 21km

pertama kali akan lari sejauh ni, semalam xleh tido, pejam mata terfikir mcm2,diantaranya..fikirkan diri ku yg gemok dulu..rasa macam diri ku kini & dulu org lain. xpernah sangka..boleh turunkan berat bdn & berlari mcm ni, masa gemok dulu xpernah terfikir nak buat semua ni.. thanks @dzul onwer blog taknakgemuk.com...
kekadang aku terfikir,if skrg aku masih gemok mcm dulu..mcm mana kehidupan aku skrg....