Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Selasa, 4 November 2014

Manusia yang gagal

*Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku. #NEVERGIVEUP!

Interval training akan menurunkan berat badan

interval training akan menurunkan berat badan, jika Anda melakukannya dengan betul.

interval training adalah senaman low & high intensity yang dilakukan berulang-ulang.

Contoh: jogging selama 60 saat dan kemudian melakukan sprint selama 15 saat. Dilakukan beberapa kali kali.

Lakukan pemanasan sebelum latihan. Risiko kecederaan akan lebih tinggi jika anda jika tidak melakukan latihan dengan betul.

Variasi interval. Ada perbezaan manfaat interval training untuk waktu yang lama (60-90 saat), dan yang lebih singkat (20-30 saat). Dengan kata lain, semakin Anda memaksa diri anda, maka semakin baik hasil yang diperoleh. 

macam mana pun..pemakanan paling utama k!