Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Jumaat, 28 Mac 2014

Garmin forerunner 220 review


1. Ada jam & date
2. Ada kalori
3. Boleh tgk avg pace,pace masa lari
4. Boleh set low zone & high zone
5. Ada alert sound & vibration untuk alarm, zone alert, pace alert, time alert, distant alert.
6. Boleh transfer data terus ke handphone tanpa guna pc, guna bluetooh.
7. Ada gps, utk cek kelajuan & jarak.
8. Boleh setting jenis2 senaman yg kita nak buat, set kat pc, terus upload ke jam. & kita follow..contoh kita set nak lari pace 6-7, kurang dr 6 jam akan alert, lebih dr tujuh, jam akan alert. Atau pun set heart rate zone, jam akan alert bila lebih & kurang.
9. Ada built-in accelerometer untuk tracks distance atas treadmill, so naik treadmill pun dia boleh detect jarak kita lari.
10. Ada 3 display screen, 2 dispaly kita boleh set sendiri, apa yg kita nak tgk,contoh kalori, pace, speed, distant & lain2.

Puas hati la beli jam forerunner 220.

Kekurangan
1.tiada virtual race macam model 620
2. Bateri klu on gps bertahan 10jam sahaja, kalau setakat lari 50km tanpa henti, xde hal. Tp kalau nak lari 150km,tak boleh ar sbb lebih dari 10jam., . Bateri boleh di cas guna usb.

Itu je setakat ini...

Isnin, 24 Mac 2014

Khasiat ikan keli

Khasiat ikan keli:

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung


Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. 

Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Tips:

Omega-3 yang terdapat dalam ikan keli membantu:

Menyelesaikan masalah kemandulan.
Dapat menyuburkan rahim.
Ianya juga boleh merawat kanser awal.

Sabtu, 22 Mac 2014

Carb bunga kobis

Ramai suka makan ni..tp 100grams 5 carb ye..so berhati hati...100grams byk mana ek?


Dari kecil kita diajar tentang kalori...

Sebut pasal diet, mesti org fikir makan oat, limau, beras perang, gula perang, roti gandum, & berlapar. utk pengetahuan semua kita disini diet rendah karbohitrat, bukan diet kurang kalori....