Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Jumaat, 5 Ogos 2011

SENAMAN KETIKA BERATKINS

Memang la tanpa senaman pun anda masih boleh turunkan berat badan kerasa anda di zon ketosis, tapi lagi bagus ada senaman walaupun sedikit, Banyak2 berjalan, banyakkan buat aktiviti, buat weight training(sgt bagus utk jangka masa panjang), kalau nak buat cardio boleh, tapi jgn sampai terlalu letih, kekalkan metabolisma.buat ikut kemampuan. yang berat lebih..tunggula kurus sikit..SAYANGI DIRI ANDA. INGAT, DIET 80% MENENTUKAN PENURUNAN BERAT BADAN ANDA. fokus utama pada diet anda. untuk yang hampir pada bmi, lebihkan senaman otot supaya senang maintainkan berat anda nanti.

SEDIKIT INFO TENTANG SENAMAN:

Senaman kardiovaskular (atau ringkasnya kardio) adalah senaman yang melibatkan peningkatan kadar denyutan jantung dan antara aktiviti yang tergolong dalam kategori ini adalah berlari, jogging, bermain bola sepak, berbasikal dan sebagainya.
Manakala senaman otot adalah senaman yang melibatkan daya tahan otot seperti mengangkat berat, tekan tubi, ‘pull up’, ‘plank’ dan sebagainya. Senaman otot yang dilakukan secara berterusan akan menambahkan sel sel otot dan kesan jangka masa panjangnya anda akan kelihatan seperti berotot (‘muscular’) dan seseorang lelaki mungkin menjadi siulan wanita (Ini hanya sekadar penerangan ringkas. Yang sebetulnya proses membina badan ini tidak semudah yang disangka dan ia mesti datang dengan pemakanan yang betul, bimbingan dari pakar serta rehat yang mencukupi).
Kedua dua senaman kardio dan otot memerlukan tenaga dan tenaga ini diperolehi daripada proses pembakaran makanan yang berlaku di dalam badan. Secara teori, untuk orang yang mengalami masalah obesiti dan ingin mengurangkan berat badan, selain daripada pembakaran makanan, sumber lain yang boleh membekalkan tenaga adalah lemak yang dibakar menjadi sumber tenaga. Jadi, apabila lemak lemak yang menggeleber di sekitar perut dibakar, dapatlah kita merasa kesan ‘kurus’.

Namun, itu hanya teori sahaja dan dalam keadaan kekurangan tenaga, protein di dalam badan lebih mudah ditukarbentuk kepada tenaga. Di manakah protein ini didapati? Kebanyakannya daripada otot. Jadi apabila protein ini ditukar kepada bentuk tenaga, sel sel otot akan hilang dan otot
akan mengecil. Ini satu perkara yang tidak baik! Ini kerana, protein dan  otot adalah elemen yang penting dalam mengekalkan kadar metabolisme badan.
Sebenarnya, pada peringkat awal usaha anda menurunkan berat badan menerusi senaman kardio, anda akan dapati dalam beberapa hari badan anda akan turun. Masalahnya, anda tidak tahu adakah ia disebabkan oleh kehilangan lemak, atau kehilangan otot dan juga air. Dalam kebanyakan kes, ianya adalah disebabkan oleh kehilangan otot dan juga air yang bermakna, anda ‘tertipu’ kerana kehilangan berat ini hanya bersifat sementara dan apabila anda berhenti melakukan aktiviti aktiviti senaman, percayalah, badan anda akan meningkat naik dengan cepat!
Dengan berkurangnya sel otot, maka dengan sendirinya kadar metabolisme badan akan menurun dan keupayaan untuk membakar kalori menjadi berkurang. Dalam jangka masa panjang, keadaan ini akan mengakibatkan kegemukan dan akibatnya, harapan untuk melihat badan kurus akan hanya tinggal harapan sahaja
Sebaliknya, menerusi senaman otot, anda akan meningkatkan sel sel protein yang seterusnya meningkatkan kadar metabolisme. Kadar pembakaran kalori anda akan meningkat sehingga pada satu peringkat, badan anda akan terus membakar lemak meskipun anda sedang tidur atau menonton wayang. Senaman otot juga akan mencantikkan badan dan membina tekstur tubuh yang baik untuk kedua dua golongan lelaki dan wanita.
Bagaimana pula dengan seorang wanita? Adakah senaman ini akan membentuk otot yang berketul ketul dalam badan saya?
Ini adalah salah satu sebab mengapa ramai wanita memilih aktiviti berlari dan berjogging berbanding senaman otot. Mereka beranggapan dengan memfokuskan pada senaman otot, badan mereka akan berketul ketul seperti lelaki dan ini akan membuatkan mereka gundah gulana. Sebenarnya, seorang wanita tidak harus bimbang tentang perkara ini. Ini kerana, penghasilan ketulan otot banyak bergantung kepada jumlah hormon estrogen dan wanita hanya mempunyai kadar penghasilan hormon estrogen yang amat rendah, iaitu kurang satu per lapan berbanding lelaki.

Jadi, jika anda mahu kurus, buat keputusan bijak dengan melakukan senaman otot, dan apabila anda sudah menjadikannya sesuatu rutin, bolehlah anda beralih kepada senaman kardio. Insyaallah anda akan dapati kesan pengurangan berat yang ketara dan berpanjangan.
Oleh Zulkifli Musa



  • Perbanyakkan senaman kardio

  • Apa yang dimaksudkan dengan 'kardio'? 'Kardio' ialah singkatan untuk 'kardiovaskular' , iaitu berkenaan pusingan darah dari jantung. Dan senaman kardio bermaksud aktiviti yang dapat menaikkan kadar degupan jantung dan menambah baik kesihatan jantung dan peredaran darah.
    Senaman kardio boleh dilakukan di gimnasium (dengan mesin-mesin canggih seperti treadmill, rowing machine, stairmaster) atau di luar (seperti jogging, berbasikal, berenang, mendaki, dsb).
    Senaman kardio menyihatkan sistem jantung / peredaran darah (kardiovaskular), menurunkan kolesterol tak baik dan meningkatkan kolesterol baik, menurunkan risiko penyakit hipertensi, diabetes, strok, dan penyakit-penyakit yang berkenaan jantung. Pergerakan yang banyak memerlukan tenaga yang banyak dan ini perlu pembakaran kalori yang banyak.
    Jadi, untuk membakar kalori (dan lemak), anda harus melakukan banyak aktiviti kardio. Masukkan aktiviti kardio dalam rutin senaman anda. Malahan, kalau anda kesuntukan masa dan terpaksa memlih di antara kardio dan mengangkat berat, pilihlah kardio kalau anda nak kurangkan berat badan.


    bici:  dah baca banyak pasal kardio dan otot ni..ada yg kata kardio penting dari senaman otot, dan sebaliknya. untuk hasil yg memuaskan, buat je kedua2 senaman ni,hehe

    2 ulasan:

    aullea berkata...

    senaman otot trisep bawak baby ke hulu ke hilir leh di amik kira tak? hehe

    siyesly xde masa utk senam² nie..uwaaa

    Peeka Syuhada berkata...

    nice !!! selamat bersenam . :D
    salam ramadhan mubarak .

    sekadar perkongsian: kahwin awal?