Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Selasa, 23 Ogos 2011

Apa dia DIET atkins????

ok..memandangkan ramai yang tanya.. so aku jawab la k.
pasal diet atkins ni..
1. Diet carbohitrat
2. Bukan diet kalori
3. Protein Lebih

 untuk keterangan lebih detail, boleh klik link kat sini ok? --->> ATKINS DIET

Ada yg minta aku update pasal makan aku hari2, tapi korang takleh nak ikut sgt..sbb aku dah x berapa pantang sgt, tapi still turun, cuma lambat sket. contohnya, arini aku makan rojak ayam + ayam goreng + air teh 0 limau tanpa gula. skrg aku cuma avoid nasi, air manis, yang lain tu aku amik sikit2.  kalau nak cepat, kena ikut betul2 cara atkins tu, aku jamin, sekurang2nya turun 3 kg seminggu, tapi jgn main tipu,hehe. **kalau nak tgk diary makan aku masa aku betul2 diet, cuba tgk post2 lepas ye**


 Aku gi beli baju raya aritu, aku jumpa baju ni kat kedai PDI, terus beli..DON'T GIVE UP. untuk peringatan kepada aku yang sedang berusaha diet.

Gambar terbaru 23.8.2011


Gambar raya tahun lepas
 so? lebih baik gemuk atau kurus? hehe

DON'T GIVE UP!!

21 ulasan:

OrkedUnggu berkata...

i love u la cam ni bici...memang nak kena try betul atkins diet ni

Faz Fazrin berkata...

cuba seminggu dulu k, lepas raya ni? klu berjaya,gitau kawan2 yg nak kurus.

myoliza berkata...

taniah,..bicikut.
dgn ATKINS semua org boleh kurus. ;D

aullea berkata...

wow bici & mici pasangan atkins.. giler gempak tu 10kg sebulan!
tahniah kat mici ye!

Tanpa Nama berkata...

hai en. bici, sy dh start atkins ni almost 3 weeks la,.tp ada cilok2 jgk,nasi mmg x sentuh pun..byk merapu benda2 lain..dari 74 to 69,.teruja tgk perubahan awak.

rhyzal berkata...

perghhh. klau aku la pakai tee ke bju kje ke nmpk buncit!

Faz Fazrin berkata...

myoliza - mesti la myozila, u kan dah berjaya dalam atkins jugak,hehe

aullea - suka dengan komen kamu 'bici & mici pasangan atkins " hehehe.

anony - teruskan je ok

rhyzal - takmo buncit, kena wat diet ni, mesti cepat nampak kesannya.

NMH berkata...

cam best je..na try lah! hahaha...tapi selalu kalau tension studi asyik rasa lapar je nak2 tyme exam nak diet cane entah..-.-

nadz ruslan berkata...

omaigod korang diet sesama ke?

so sweet. ^_^

apa sample menu yg micikut selalu amik? kalau tercheat ( cth gi minum nescafe/ makan wafer) apa yg patut di buat ye?

Faz Fazrin berkata...

nmh - makan je beraa byk nak makan, janji jgn amik makanan yg x dibenarkan..

nadz- klu tercheat, memang kena tunggu dua hari la utk turun berat, sebab gula dalam badan amik masa dua hari utk hilang

seliparpink berkata...

nak tanye bici macam mana kamu kempiskan perut??? sangat flat la sekarangg..jelesssss sgttt...share tips okeyyy :) reply me at my link..needs your experience! congratz!

Faz Fazrin berkata...

jgn makan nasi, dan minum air banyak2222222

seliparpink berkata...

okey thanksss!!!!

Faz Fazrin berkata...

sama2, good luck!

idayu1976 berkata...

ari ari tulis dalam diari, apa menu ari ni, berapa carb dah amik msa breakfast, lunch dan dinner..pastikan x lebih 20 carb ! yang penting, 3 liter air sehari ! bici, tolong support akak k !

Faz Fazrin berkata...

SUPPORT AKAK 100% !!

Tanpa Nama berkata...

terharu tgok...
nak jugak.. tapi takot x leh kawal nafsu minum air manis...xde2,,WAJIB TRY diet ni..
susah gile klo nk shoping baju.. x muat je !!

Faz Fazrin berkata...

WAJIB,HEHE

Tanpa Nama berkata...

mcm mana bole turun 10kg sebulan tue?

Tanpa Nama berkata...

salam...bici tolong la mkcik ni...selalu kantoi...bg la ayat sakti supaya mkcik x kantoi...nasi tu...x boleh lepas...tu yang payah nak turun...tolong la....bagi cara yang mkcik senang ikut...lutut da sakit sebab berat sangat...

Faz Fazrin berkata...

kak ada facebook x.jom join https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia