Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Memaparkan catatan dengan label Resepi Diet Atkins. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi Diet Atkins. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

ASAM PEDAS LaDa HITAM KAMBING BROKOLI..

Asam pedas mak jemah

Kat umah ni ada kambing dan daging... Pilihan malam ni adalah kambing...
encik suami nak makan asam pedas lagi... 

(Masakan untuk 2 orang makan)

Daun kesum xda...
bendi pun xda... 

Maka jadi lah.... ASAM PEDAS LaDa HITAM KAMBING BROKOLI.... 

Taste dia sgt sedapppp....korang xpecaya cuba lah... 

Resepi nanti akan mak jemah tulis... 

Mak jemah bagi bahan2 dulu:-🍖

🌿Kunyit idup (2 ruas jari kelingking)                             9g =1.44g carb
🌿Lada kering  20g = 4.2g carb
🌿Bawang putih sebiji sederhana : 5g = 1.5g carb
🌿Bawang kecik sebiji : 25g = 3.45g carb
🌿Lada hitam : 2g = 1.17g 50g  = 3.05g

(☝️☝️Bahan2 diatas di kisar halus ☝️)

🌿2 keping asam keping
🌿brokoli : 50g = 3.05g

🍄Total carb bahan = 11.46 g
🍄1/2  carb bahan  = 5.73g

Mak jemah guna 1/2 dari bahan2 tu untuk 2 org makan...

🍄Total carb hidangan diatas :      5.3+3.05= 8.78g nett carb untuk 2 org makan.

Cara memasak :

Panaskan minyak...

Taburkan sedikit halba...
Kalau ada daun kesum masukan daun kesum dahulu dalam minyak panas tu,

Masukan bahan di kisar dan tumis sampai naik minyak...

Pastu masukan daging /ayam/ikan

Letak air jgn banyak ...dan letak 2 keping asam keping

Bila daging dah lembut...masukan brokoli /bendi/terung

Jgn lupa letak garam dan apa2 perasa yg bole di letak

Siap sedia untuk di hidangkan

*kalau masak letak bendi kena kira carb bendi tu ye...jgn ikut carb brokoli diatas

Selamat mencuba

#fasa1234
#menukda

Isnin, 19 Oktober 2015

Rempeyek Bayam versi mak jemah.




Resepi tengah pagi buta ni...

Rempeyek Bayam versi mak jemah.

Net carb : kurang dari 3g

Bahan dia :

Daun bayam
Ketumbar 1 sudu besar
Jintan manis 1 camca teh
Serbuk lada hitam secubit
Chilli flake 2 cubit
Telor 2 biji
Udang kering 3 sudu besar
Minyak masak
Bawang putih

Cara melambung :-

1) ketumbar, jintan manis,udang kering dikisar pakai blander kering

2)masukan bahan no 1, cili flake, telur,lada hitam dalam mangkuk

3)kacau bahan no 2 sampai sebati

4) panaskan minyak (ketuk bawang putih sebiji masukan dlm minyak supaya wangi)

5) celup bayam dalam bahan diatas dan goreng

6) kalau udang kering tak masin...bolehlah letak garam

Selamat mencuba

#fasa1234

Sambal Kering Udang

Semalam mak jemah rajin sikit...
Maka jadi lah makanan sampingan deco sendiri...
Sapa2 yg teringin nak makan sambal kudap2 bole try resepi ni...
Bole d makan dengan telor goreng...sayur goreng...ayam goreng dan lain2...
(Untuk fasa 1 jangan ambik byk sgt sbb cili kering bole tahan jugak banyak carb dia tu)
Crispy udang kering with crispy cili kering dgn minyak...
Cara daku buat :
Cili padi kering blander kering (jadi chilli flake)
Udang kering pun blander kering
Panaskan minyak...masukan udang kering kisar...masukan cili kisar kering...letak sedikit garam gaul2 sampai garing (minyak kena banyak sebab udang dan cilinkering serap minyak...
Makanan ni tahan sgt lama...bole masukan dalam balang dan simpan...sesuai d bawa kemana2.
Selamat mencuba

Daging Goreng Sempoi

Hari ni mak jemah masak daging goreng sempoi.... ‪#‎fasa1234‬
Cara dia senang je...
1/2 biji bawng putih(3g carb) di ketuk dan chop kasar...then tadi mak jemah bakar salmon minyak dia byk berlinang dalam kuali...
Panaskan minyak...masukan bawang putih tadi tumis sampai naik bau dan masukan daging di hiris nipis....gaul2 sekejap dan kemudian taburkan chilli flake 1/2 sudu makan = (1g nett carb )buatan sendiri...gaul2 sampai masak...jgn lupa letak garam.
Siap untuk di hidangkan
‪#‎Total‬ nett carb : 4g

Ahad, 18 Oktober 2015

Daging Goreng Telor Masin

Daging goreng telor masin...
**total nett carb : 3.0g

Bahan2:-
Apa2 jenis daging / ayam - 1/2kg
(Hiris nipis2)
1 ulas bawang putih- 5g = 1.5g nett carb
Cili padi - 20g (11batang ) = 0.8g nett carb
Cara masak:
Rebus telor masin 2 biji...bila sejuk hancurkan telor masin dgn sudu garfu sampai halus...
Cili padi di tumbuk kasar bersama bawang putih
Panaskan minyak...tumis cilipadi tumbuk sampai naik bau...masukan telor masin...gaul2...dan masukan daging...aul sampai daging masak (jangan letak garam...telor masin tu dah masin)
Siap untuk dihidangkan
‪#‎fasa1234‬

Ayam Telor Masin Telor Rebus

Ayam telor masin telor rebus..
Total carb : 5g nett
Cara masak dia sgt2 simple (cara mak jemah)
Bahan dia :
Telor masin 2 biji
Telor ayam rebus 2 biji
Ayam di hiris nipis 500g
2 sudu butter
Daun sup
1 ulas bawang putih
Telor rebus dan telor masin dihancurkan dgn garfu (mak jemak masukan sekali putih dia)
Panaskan butter...masukan bawang putih ketuk...lepas tu masukan ayam...gaul sampai ayam masak....
Masukan telor hanncur tadi dan gaul2...letakkan sedikit taburan black paper...gaul2 lagi....dan last sekali masukan daun sup di pitong panjang2....
(Jgn sesekali letak garam...xpasal2 nanti makanan ni jadi habuan tong sampah sbb terlalu masin.😝😝)
Siap untuk dihidangkan.
Bole di makan dgn sambal ciliapi udang kering
‪#‎fasa1234‬

PIZZA DAGING LOW CaRB





Total carb : 2.5g carb
Bahan2:
500g Daging lembu /kambing/ayam/rusa/arnab (dikisar)
Daun sup di potong halus
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Mozarella cheese
Telor ayam 2 3 biji
Garam secukup rasa
Cara melambongnya :-
Semua bahan diatas kecuali cheese dicampak masuk dalam bekas dan digaul sampai semuanya menjadi mcm kawan baik...
Panaskan sesikit minyak dalam kuali non stick...
masukan daging...letakan daging dalam kuali nipis (untuk layer pertama)....
Kemudian letakan sedikit mozarella cheese diatas daging tersebut...
Letakan daging semula sambil diratakan diatas bagi menutup mozarella cheese tadi...(layer ke-2)
Tutup kuali sekejap...agak2 bawah dia dah masak...terbalikan daging tersebut supaya sebelah bahagian atas pizza masak cantik...tutup lagi kuali sampai rasa2 daging masak
Hidangkan dalam pinggan dan makan..
Selamat mencuba
‪#‎fasa1234‬

Daging Gulung Bakar Cheese Leleh

Daging Gulung bakar cheese leleh
Net carb : kurang dari 2g
Bahan:
Daging di lapah nipis dan besar...
Herb n spices : sy guna mix herb &
cajun.
Daun sawi /pak choy atau apa2 yg berdaun hijau.
Garam
Mozarella cheese
Lidi cungkil gg😝
Cara nak melambung 👇
1) Daging yg dah di hiris nipis di letakan dalam mangkuk dan gaulkan dengan herb...cili flake...garam...cajun..
2) Bentangkan daging tadi dalam pinggan...
3) Letakan sayur atas daging (xkisah sayur apa anda guna tapi lebih baik sayur hijau bagi yg di fasa 1).
4) Letakan mozarella cheese
5) gulung daging, dan jahit daging guna lidi pencungkil gg
6) panaskan kuali non stick
7) Letakan sedikit minyak zaitun dan masukan daging, tutup kuali dalam 10 minit
8) golek2 daging tersebut biar dia masak rata...
8) kalau dah nampak masak..boleh la di hidangkan
Selamat mencuba

‪#‎Fasa1234‬

Rabu, 14 Oktober 2015

Karbohitrat bahan masakkan

Hanya berkongsi2 maklumat....

Bawang Cili Halia Serai Limau Tomato & Kunyit

Bawang Putih 100g : net carb 30g (2 Ulas : lebih kurang berat 4g)

Bawang Kecil 100g : net carb 13.8g (Seulas : lebih kurang berat 8g)

Bawang Besar 100g : net carb 13.8g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 80g)

Bawang Holland 100g : net carb 7.3g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 100g)

Lada Hitam Sesudu Serbuk 6gram : net carb 2gram

Halia 100g : net carb 16g (Besar Ibu Jari : lebih kurang berat 25g)

Serai 100g : net carb 25g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Lengkuas 100g : net carbs 12g

Cili Padi 100g : net carb 4g

Cili Merah Besar 100g : net Carb 7.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Cili Kering 100g : net carb 21g ( Satu Sudu 8g net carb 2g)

Cili Benggala ( Capsicum ) 100g : net carb 3g

Limau Kasturi Sebiji Sedang Besar : net carb 2.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Limau Nipis Sebiji Sedang Besar (67g) : net carb 5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Lemon Sedang Besar (84g) : net carb 5.6g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Tomato Sedang Besar (100g) : net carb 3.2gram (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Kunyit Hidup (Bukan Serbuk) (100g) : net carb 40gram (sebesar ibu jari 25gram net carb 11gram)

Daun pandan 100gram : net carb 6gram (5 helai daun pandan lebih kurang berat 60gram)

Petai 100 gram : netcarbs 22 gram (5 biji dalam 40gram)

Jumaat, 13 September 2013

Sabtu, 17 Ogos 2013

Resepi roti flaxseed. Low carb roti

(Salmah kobis pic)

RESEPI NYA


Tq member kda yg bg resepi ni,dah  try...memang sedap....boleh tambah splenda atau pemanis tiruan yg lain.
RASANYA LAGI SEDAP DARI ROTI BIASA KAT KEDAI, makan pun ringan je perut..
Dua2 boleh pakai...
Jgn risau tgk carb dia...sebab setelah ditolak dengan fiber...dlm 1 carb je utk 250g.


Okey pi google sendiri kebaikkan flaxseed ni okey!


Update:(terpulang nak pakai resepi mana)
Ni resepi dari puspa wangi plak:

Flaxseed yg dah siap dry blend dua cawan sederhana besar.. coco powder sesudu (optional) ..garam setengah sudu kecik... baking powder 1 sudu besar.. gula sy pakai palsweet..bubuh 5 paket tu..tp xtrasa manis pon..lain kali nk buh 6.. telur putih 2 biji then whole egg 3 biji.. 5 sudu butter yg dicairkan.. then setengah cawan air..satukan bahan kering dulu.. then buh je semua bahan basah..kacau dgn whisker je.. bakar selama 30 min dgn suhu 175 darjah celcius.. :)

Selasa, 23 Julai 2013

Khasiat cuka kurma / khal

Khasiat cuka kurma menurut AL-QANUN FI AL-TIB oleh Ibnu Sina dan AL-TIB AL-NABAWIkarangan Ibnu Qayyim al-Jauziyyah

* Mengatasi masalah lemak di badan - lemak di saluran jantung dan yang berlebihan
* Mengurangkan kadar kolestrol
* Mengawal penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi 
* Membuang keracunan toksik dalam badan
* Mencegah bengkak di badan (bisul, jerawat)
* Membaiki masalah pencernaan
* Membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu
* Melancarkan perjalanan darah
* Melancarkan susu ibu 
* Membaiki fungsi buah pinggang
* Memulihkan sel-sel dalam badan 
* Mencegah buasir
* Mengatasi masalah gout - mencegah masalah asid berlebihan
* Membantu penjagaan kulit
* Penawar kepada racun dalam badan kesan pengambilan ubat-ubatan

Jumaat, 14 Jun 2013

Segalanya tentang Psyllium Husk

Psyllium Husk merupakan bahan utama unique Fiber yang kaya akan serat penyerap air / gelatin. 

Psyllium Husk mempunyai fungsi untuk membersihkan usus serta menjaga penyerapan kadar air pada kotoran anda. Unique Fiber dapat mengatasi sulit buang air besar dan juga dapat mengeluarkan semua sisa kotoran dalam tubuh yang tidak terurai. 

Sisa kotoran yang menumpuk dapat mengganggu fungsi usus yang dapat mengakibatkan sakit kepala, perut kembung dll. Maka sangat penting bagi kita pengaturan sistem dalam tubuh agar tubuh tetap sehat. Banyak orang yang mempunyai masalah pada usus dan pencernaannya, seperti : sembelit, perut kembung, diare, sakit perut dll. Rasa sakit tersebut biasanya diakibatkan dari makanan yang di konsumsi sehingga mereka mengalami kekurangan nutrisi. Hal itulah yang berpengaruh pada kesehatan usus yang kemudian mempengaruhi kesehatan liver, empedu, hati dan organ tubuh lainya. 

Usus merupakan sistem pembuangan tubuh manusia. Sisa makanan (sampah) yang tidak dapat dicerna secara efektif didalam tubuh dapat menyebabkan racun yang akan merusak oksigen dalam sel yang akan mengakibatkan terjadinya berbagai penyakit seperti : tumor, wasir dan kangker usus. Mengkonsumsi Unique Fiber menjadi solusi yang paling tepat untuk mengatasi itu semua. Pandangan umum mengtakan bahwa mengkonsumsi makanan tanpa bahan kimia adalah gaya hidup alami yang terbaik. Jika anda mengkonsumsi suplemen yang tepat dapat dipastikan anda tidak akan kekurangan nutrisi serta dapat meningkatkan kesehatan tubuh anda dalam jangka waktu yang lama.

SETIAP 100 gram psyllium mengandung 71 gram serat larut sementara oat dalam jumlah yang sama hanya mengandung 5 gram serat larut. Serat merupakan unsur penting bagi kesihatan. Serat membantu melancarkan pembuangan dan menjaga kebersihan dan kesihatan kolon. Kolon yang sihat merupakan salah satu kunci pertahaan melawan serangan patogen yang masuk ke dalam tubuh.
Psyllium biasanya diolah dengan cara dikeringkan, dihaluskan dan dijual dalam bentuk tepung, kapsul atau tablet kunyah.
Cara kerja psyllium. Jika dicampur dengan air, sekam berserat dari biji psyllium akan membentuk gumpalan menyerupai gel yang menyerap kelebihan cairan dari usus halus dan menghasilkan najis yang lebih besar dan halus. Cara ini dapat membantu mengatasi sembelit kerana membuat najis bergerak lebih cepat. Anda  boleh mengatasi masalah sembelit dengan makan 7.5 gram sekam psyllium, 1 atau 2 kali sehari. Anda boleh minum dengan susu, jus atau air.
Manfaat sihat  yang lain:
Serat psyllium menurunkan kadar kolesterol darah secara aman dan efektif. Paduan sereal yang diperkaya dengan psyllium dengan sereal whole-oat merupakan cara lain yang lebih efektif lagi. Serat larut dalam psyllium akan mengurangkan penyerapan kolesterol darah dan asam hempedu dari usus halus sehingga dapatmenurunkan kadar kolesterol darah. Perpaduan diet rendah lemak, rendah lemak-lemak jenuh dan kolesterol ditambah psyllium dapat mengurangkan kadar kolesterol total hingga 4 persen dan kadar kolesterol jahat LDL hingga 7 persen.
Psyllium bantu mencegah batu hempedu. Batu hempedu merupakan substansi seperti kerikil yang terbentuk di kantung hempedu. Air hempedu merupakan cairan yang membantu tubuh mencerna lemak. Jika air hempedu mengandungi terlalu banyak kolesterol atau material lainnya, maka komponen tersebut akan mengeras menjadi batu hempedu. Batu hempedu ini selanjutnya akan menghambat aliran normal air hempedu dari kantung hempedu, sehingga menimbulkan rasa sakit.
Psyllium membantu menormalkan fungsi usus dari berbagai gangguan, termasuk sembelit, diverticulosis, buasir, dan sindrom iritasi usus. Meskipun tidak boleh menyembuhkan buasir sepenuhnya, serat psyllium membantu mengurangkan iritasi dengan melancarkan aliran najis di area yang sensitif. Ketika memasuki ruang kolon, psyllium akan menghasilkan gumpalan menyerupai span yang bekerja menyerap racun. Gumpalan psyllium menyerap lebihan air dan mengembang, ketika  pecah ia akan menyerap sisa racun yang terperangkap di celah dalam usus. Gumpalan serat ini selanjutnya menstimulasi kontraksi yang perlu untuk gerakan usus dan mengeluarkan sampah.
Psyllium efektif mengatasi diare kerana mampu menyerap cairan berlebihan dari najis yang cair. Serat psyllium membantu menurunkan berat badan. Dengan menyerap air, serat psyllium mengisi perut, membuat anda merasa kenyang. Selain itu, psyllium juga menunda pengosongan makanan dari perut, sehingga membuat anda kenyang lebih lama.
Psyllium membantu menstabilkan kadar glukosa dalam darah, sehingga dapat mengawal nafsu makan. Hasil kajian menunjukkan bahwa pengidap diabetes yang makan 2 sudu psyllium sebelum makan mengalami pengurangan kadar glukosa darah yang bagus.
Psyllium husk atau yang lebih dikenal dengan nama plantago ovata merupakan tanaman yang hanya dapat tumbuh di India, namun telah lama dikonsumsi sebagai suplemen serat makanan sejak tahun 1955. Hal ini disebabkan karena Psyllium kaya serat dan digunakan untuk membantu menurunkan kolesterol dan gula darah yang tinggi. Psyllium merupakan jenis serat yang mampu mengembang, menyerap air dan mestimulus pergerakan usus yang normal. Di dalam saluran pencernaan serat ini tidak dicerna dan diserap oleh tubuh namun manfaatnya sebagai laxative (melancarkan buang air besar) dan membantu menyehatkan fungsi usus besar (colon) membuat serat psyllium telah lama digunakan sebagai suplemen.
Manfaat dan Khasiat :
1. Mengatasi Konstipasi atau melacarkan BAB (Buang Air Besar)
Serat larutnya akan mengikat air pada feses (kotoran), sehingga feses akan menjadi lunak dan mudah dikeluarkan.
2. Membantu Menurunkan Berat Badan
Serat larutnya menghambat kerja enzim amylase sehingga menghambat penyerapan karbohidrat dan memberi sensasi rasa kenyang (menekan rasa lapar) di saluran pencernaan. Selain itu dapat mempercepat pengeluaran sisa makanan yang dimakan.
3. Membantu Menurunkan kolesterol jahat sehingga mencegah penyakit stroke.
Serat larutnya dapat menurunkan kolestrol jahat dalam darah dengan cara mengikat asam empedu dan mengeluarkannya bersama kotoran.
4. Mengurangi gangguan hemoroid
Serat larutnya dapat mengatasi gangguan hemoroid yang disebabkan kostipasi kronik.

Jumlah karbohidrat..(copy n paste)..

Jumlah karbohidrat..(copy n paste)..

TAUHU
1 keping tauhu - 2.16g
1 keping tofu goreng - 1.36g
1 tofu lembut - 1.5g

SUSU DAN GULA
Susu skim - 11.4g
Susu rendah lemak skim - 11.9g
susu cair - 25.3g
susu pekat - 166g
santan kelapa (1 tin) - 6.3g
1 sudu kecil gula - 4.2g
1 sudu besar gula - 12.6g
1 sudu kecil gula perang - 4.48g
Sugar powder (1 sachet kecil) - 2.49g
Pemanis tiruan (1 sachet)
- Equal 0.89g
- splenda 0.9g
- Saccharin 0.89g
- Fructose sweetener 3.0g

SOS
sos tiram  1 sudu besar - 1.97g
sos cili 1 sudu besar - 5g
sos tomato 1/2 cawan - 8g
sos pizza 1/2 cawan - 8g
kicap soya biasa 1 sudu besar - 1.4g

SAYUR & BUAH rendah carbs
salad iceberg / coral 1 cawan - 0.2g
alfalfa / taugeh  1 cawan - 0.4g
timun batang 1/2 cawan - 1g
1 batang seleri - 0.8g
cendawan 1/2 cawan - 2.4g
brokoli 1/2 cawan - 1g
bunga kobis 1/2 cawan - 2g
kobis 1/2 cawan - 2g
bayam 1/2 cawan - 0.4g
tomato 1 biji saiz sederhana - 5g
honeydew 1/2 cawan - 7.3g
tembikai 1/2 cawan - 5.5g
strawberry 1/2 cawan - 5.2g
pic - 5g
oren - 5g
betik 1/2 cawan - 6.5g

KACANG
peanuts 10 biji - 2.75g
peanuts 1/4 cawan - 5.89g
almond 1/4 cawan - 6g
cashew nut 1/4 cawan - 9g
walnut 1/4 cawan - 4g
Pistachio 1/4 cawan - 8.2g
Mix nut 1/4 cawan - 7.66g

CHEESE
Cheddar cheese 1 keping - 0.36g
mozarella - 0.62g
parmesan - 0.91g

DAGING
Daging lembu - 0g
Daging ayam / ayam belanda - 0g
Daging kambing - 0g
Daging arnab - 0g
Sebarang jenis ikan - 0g
Sebarang kari (semua jenis daging) tanpa kuah satu hidangan : 4g

TELUR (1 biji gred A+ @ 2 biji gred C)
Omelet (telur dadar) kosong 1 biji gred A+ - 0.45g
Omelet atau scrambled(telur hancur) dgn keju ceddar - 2.23g
Omelet @ scrambled dengan sayuran - 2.38g
Omelet @ scrambled dengan sosej - 2.4g
Omelet @ scrambled dengan ayam / daging / udang - 1.11g
Omelet dengan ayam / daging / udang dan sedikit cheese - 1.98g
Omelet @ scrambled dengan cili, keju, tomato dan kacang peas - 3.75g
Omelet @ scrambled dengan cendawan - 2.05g

SEAFOOD
Udang biasa seekor saiz xl- 0.1g
Lobster 1 ekor- 1.5g
Ketam 1 cawan - 0g
Sotong biasa 1 ekor - 1.65g
Tiram 1/2 cawan - 8.9g

Bicikut: pepandai la hampa...tak turun nasib la....xleh caya sgt semua ni, klu aku...ikut je benda yg boleh & tak boleh kat sini http://bicikut.blogspot.com/2011/04/13-april-2011.html lagi selamat.

Selasa, 12 Februari 2013

resepi telur bilis

tumis bawang putih,cili api 6 biji potong kecil2
bila da masak sikit,letak bilis & tabur lada hitam,serbuk cili(beli kat padang besar).
bilis da garing sket,pecahkan telur,gaul...
resepi ngarut2 je..tp mkn mcm xmo berhenti,haha

Khamis, 7 Februari 2013

resepi sup ayam gajah 888

resepi
tumis bawang putih,cili api,ikan bilis dipotong halus2, halia.

tumis sampai kuning2, masukkan air dan ayam, masukkan lada hitam banyak2.garam sket

siap...

gajah sbb ayam tu besar,888 sebab potong 8.huhu

aku buat sekor..tp tunjuk seketol je la..



Rabu, 6 Februari 2013

resepi telur dadar cap badak lambung

tumis bwg putih,ikan bilis.

kacau telur dgn cili padi dipotong kecil, & black paper.

ikan bilis da garing...buh telor...siap...

esok kurus....

jgn lupa buang tahi ikan bilis ek



resepi sup telur badak rendam

tumis bawang putih & ikan bilis yg dipotong2 kecil2,masukkan air.potong 4 biji cili padi,tabur lada hitam,serbuk cili beli kat siam. dah didih masukkan telur,tunggu sampai masak.boleh tambah sayur.

aku masak dlm periuk nasi je..sedap tauuu