Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Jumaat, 10 Jun 2011

Penjagaan muka


U olls.  Hari ini akak nak cerita tentang cara asas penjagaan muka.  Sebab hari itu,  ada kawan akak mengYM akak.  Seikhlasnya,  dia hanya tau cuci muka dan pakai make up.  Dia tak tau apa itu toner,  scrub,  pelembab dan lain-lain lagi.

Okay u olls semua.  Pertama sekali,  u olls kena tau,  muka adalah aspek pertama orang akan tingok kat kita.  So its very important kalau kita menjaga muka kita.  Dan seperti ayat En.  Khafi "Benda ni nak pakai lama kan?"

So hari ini akak nak ajar u olls semua apakah itu penjagaan muka asas.  Apa yang kena pakai?  Apa yang kena pakai dulu?  Pasaipa kita kena pakai?  Macam mana nak pakai? Nak pakai masa bila?  Nak beli kat mana?

Untuk pengetahuan u olls semua,  akak ajar ni bukan untuk pompuan dan semua u olls yang feeling pompuan jugak ok.  Tetapi jugak untuk lelaki okay!  Yes,  lelaki dan jantan semua pun harus tau tentang semua ni.  Jadikan amalan seharian u olls.

Berikut adalah senarai apa yang u olls kena pakai mengikut turutan yang betul.  NOTA  :  Apa yang akak ajar dalam artikel ini adalah penjagaan paling asas ok.  Yang renek menek lain tu,  kalau tak buat pun takpa.  Kalau buat lagi bagus! Sebab bukan semua kita kat dunia ini dilahirkan muka macam pari-pari okay!

Langkah 1
Facial Cleanser


Pasaipa kita kena pakai? 

U olls kena pakai facial cleanser / pencuci muka.  Jangan pakai sabun mandian biasa yang u olls duk buat basoh jubur dan ketiarr.  Tak sama okay.  Pencuci muka adalah sangat penting untuk mencuci permukaan muka kita dari segala onar.

Macam mana nak pakai?
Amik sikit pencuci tu,  buh atas tapak tangan.  Size bijik kacang tanah dah cukup.  Pastu buat bagi dia jadi sabun sikit.  And u olls pun urut kat muka u olls.  Make sure muka dan basah.  Cuci kat semua bahagian secara perlahan.  Pastu bilas dengan air.  Dan lap dengan tuala bersih ok.  Kalau tuala u olls itu berbau,  maknanya kotor la tu noks! Tak reti reti lagi nak tukar pakai tuala baru?

Nak pakai masa bila? 
Pakailah setiap kali u olls mandi.  Tapi yang penting,  pagi-pagi pas bangun tidor and before u olls masok tidor.

Langkah 2

Toner

Pasaipa kita kena pakai? 
Kita kena pakai toner lepas cuci muka sebagai membuang baki-baki sabun yang ada kat kulit kita sebab air saja tak dapat membuangnya.  And also membantu untuk mengkatop pora-pora di permukaan kulit kita.

Macam mana nak pakai?
Amik toner,  boh kat cotton.  Pastu sapu kat muka kita.  U olls akan terkejut bila tengok kat atas kapas itu ada kesan-kesan cokelat dan warna-warna sebab  walaupun lepas menyabon muka kita,  masih ada sisa make up dan kulit mati kita yang tak bersih.

Nak pakai masa bila?  
Setiap kali after kita cuci muka dengan sabun.

Langkah 3
Moisturiser
Pasaipa kita kena pakai?
Moisteriser adalah teramat paling penting kepada kita semua.  Sebab zaman sekarang ni,  dengan cuaca tak menentu,  pencemaran alam dan macam-macam lagi,  so very penting untuk u olls memakai pelembab.  Ada macam-macam produk pelembab yang ada.  So pilihlah apa yang paling sesuai untuk keperluan kulit u olls. 

Kalau yang kulit berminyak,  belilah pelembab yang oil free.  Ada orang selalu tanya kat akak,  saya ni kulit berminyak.  Patut ke saya pakai pelembab lagi?  Noks!  Kalau hang tak memakai pelembab,  kulit u olls akan menjadi lebih berminyak.  Percaya atau tidak tapi telah terbukti dalam sains.  Bila u olls tidak memakai pelembab,  kulit u olls akan membagi tau kat otak u olls "HEY!  TAK DER MINYAK NI NOKS!  SILA REMBESKAN MINYAK DENGAN LEBIH BANYAK!"  Dan sebab itu,  muka u olls boleh dibuat kuali goreng karipap.  So belilah pelembab yang bagus - OIL FREE! 

Kalau kulit kering,  belilah pelembab yang bagus untuk memberikan kelembapan dan minyak yang baik untuk kulit u olls.  Kulit yang kering cepat kedot okay!!

Macam mana nak pakai?
Amik sikit dan buat dot dot dot kat atas muka u olls.  Pastu sapukan dengan jari.  Make sure rata okay.

Nak pakai masa bila?
Setiap kali lepas cuci dan pakai toner.

3 BENDA PENTING LAGI yang merupakan asas penjagaan kulit yang kita semua kena buat.

NIGHT CREAM
Pasaipa kita kena pakai? 
Akak pernah cerita pasai night cream dalam artikel yang sebelum ini bertajuk  :  Barang Mekap dan Kecantikan - Mana nak jimat? Mana nak boroskan?

Macam mana nak pakai?
Macam pakai pelembab.

Nak pakai masa bila? 
Before kita nak masok tidok,  cuci muka dan pakai toner...then u olls pakai night cream okay.



FACIAL SCRUB
Pasaipa kita kena pakai?
Scrub ni yang bila kita pakai rasa macam bijik-bijik!  Haaa...faham kan?  Sekali sekali,  u olls kena pakai facial scrub untuk membuang sel-sel kulit mati yang ada kat permukaan kulit kita.  Kita tak nampak okay.  Tapi u olls boleh rasa.  Bila kita rajin pakai facial scrub,  ada banyak kebaikannya dan yang paling penting untuk mengurangkan white head,  elakkan black head menghaluskan kulit u olls.

Macam mana nak pakai?
Akak ada cara yang paling akak suka.  See here.  We olls tiru Michelle Phan.  Click sini  :  Tips Exfoliation Kulit cara Michelle Phan

Nak pakai masa bila?
Selalu they olls kata,  pakai la 2-3 kali seminggu.  So nak bagi u olls senang pakai,  pakai setiap 3 hari.  U olls boleh pakai before pencuci muka,  atau tak payah pakai pencuci muka dulu pun takpa.  Yang penting,  basahkan muka dulu okay.  Make sure u olls beli scrub yang sesuai untuk wajah u olls.  Kalau untuk u olls yang kulit berjerawat,  dia punya bijik-bijik scrub kecik sikit sebab kulit u olls sensitive.  Kalau untuk lelaki,  dia punya bijik-bijik scrub besak lagi!  Jangan u olls pakai scrub badan  atau scrub kaki kat muka pulaks!! Tak sama okay!

MASKER
Pasaipa kita kena pakai?
Seminggu sekali atau dua kali pakai la masker.  Untuk memberikan nutrisi yang baik untuk muka u olls.  Ada macam-macam jenis masker. 

Peel off - u olls pakai,  pastu boleh peel sekeping-sekeping macam kulit.   
Cream  - Yang ini paling popular dan diperbuat dari macam-macam jenis bahan mengikut kesesuaian.
Face Mask - Yang ini terbaru.  Mudah pakai dan lebih bagus sebab dikatakan lebih berkesan untuk kulit kita.  Tapi selalunya lebih mahal berbanding masker jenis lain.

Macam mana nak pakai?
Make sure muka u olls bersih.  Tak perlu pakai toner lagi.  Sapukan masker ke seluruh wajah dengan jari / applicator / brush sampai tutup semua bahagian muka kecuali area mata,  lubang hidung dan mulut.  Biarkan lebih kurang 15-20 minit.  Jangan cakap-cakap masa pakai tu.  Relaks dan tidur.  Pastu u olls cuci sampai bersih muka,  pakai toner dan cream malam.  Pastu tidur. 

Nak pakai masa bila?
Best kalau u olls pakai ni lepas u olls scrub muka u olls,  sebab masa tu pora kulit u olls semua terbuka.  Zat-zat senang masok.
sumber:http://www.facebook.com/note.php?note_id=456103346830

1 ulasan:

noradzlina.kamdani berkata...

wah.....nice tips...akk suka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers