Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Rabu, 12 Oktober 2011

Peraturan induksi Diet atkin - baca betul2..

Fasa induksi direka untuk
  • Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
  • Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik.
  • Bendung keinginan anda dengan menstabilkan gula dalam darah anda.
  • Hentikan ketagihan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, gandum atau mana-mana makanan yang lain. Untuk orang-orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic.


Syarat-syarat Induction:

  1. Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air (Penting)
  2. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam sebelum jam 8.00 malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
  3. Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label, periksa kiraan karbohitrat pada setiap paket.
  4. Makanan diproses di kilang selalunya ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang hendak dibeli untuk mengetahui kandungan karbohidrat.
  5. Jangan makan makanan yang telah disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
  6. Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah, kuah sering diletak tepung atau gula.
  7. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi atau pasaraya besar.
  8. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula atau madu. Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam atau sup berkemungkinan ada gula dalam masakan.
  9. Kurangkan makanan yang telah diproses seperti burger & hotdog (boleh makan, tidak digalakkan)
  10. Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumber sayur sayuran.
p/s: Kalau nak kurus..ikut la....arini saya post dua topic http://bicikut.blogspot.com/2011/10/boleh-ke-diet-dengan-berlapar.html

15 ulasan:

CIK TOM berkata...

erk kena hati2 dgn carb..erm boleh ke elak makan carb??ciktom pernah baca xelok jugak diet xmakn carb n hanya protein semata2...sekadar pertanyaan dr cik tom ye :)

jay berkata...

Very informatif....

Tapi kan, kadang2 tliur plak nak makan roti dn kuih bagai....

sabar jer la....

Faz Fazrin berkata...

cik tom..ni diet carb..kena minum banyak2

shida berkata...

salamm..baru start diet ni 3hari..tp kenapa berat naik?sedihnyaa..mmg dh ikut peraturan..air 3-4liter/day and mkn 3times/day..help!

myoliza berkata...

shida,..berat naik,..? x mungkin...no cheating plz,...hehehe

p/s.akak skrg dok mainten berat jer,..

shida berkata...

xcheat lg stkt ni..tu yg geram tu..rsnye salah timbang la..timbang ni batt dh low..timbang batt low ade beza ke??

CIK TOM berkata...

owh ok..heee

ateh berkata...

kal0 minum air soya x de gula bleh x???

AdanyaKauUntukku berkata...

adik bicikut
akak pinjam awak nyer info ye
letak kat blog akak
untuk panduan akak dan kawan2 yang tengah follow diet atkins..

mintak halal ye
akak kredit kat awak

Faz Fazrin berkata...

Soya xdigalakka.


Copy la byk mane pun kak.x kisah.selqmqt berusaha !!

nurul berkata...

salam..nak tanye bole ke amalkan diet ATKIN ni walaupun berpuasa.?

Faz Fazrin berkata...

BOLEH, TAK ade masalah

Tanpa Nama berkata...

nak start balik la diet atkins..rasa gems2 dah sekarang..cuma bezanya dlu buat satu fasa je...sbb pengurangan by inch agak banyak, tapi lepas ni nak follow semua fasa la..hehe...

thanks sebab post macam2 info untuk lebih sihat..:)

~nurzunairah~

mama4A's berkata...

follow sini..

mama pun nk cuba start esok. doakan mama sukses.. nanti mintak izin share info2 atkin dlm blog ni.

tq

Faz Fazrin berkata...

boleh mama, takde masalah