Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Jumaat, 31 Mei 2013

Apakah tanda tanda dan siapakah yang berada dalam kumpulan pra diabetes

Apakah tanda tanda dan siapakah yang berada dalam kumpulan pra diabetes?
1. Sering keletihan, kehausan dan kerap membuang air kecil.
Ia adalah tanda-tanda biasa penghidap diabetes. Sekiranya anda ada menghadapinya, kemungkinan besar anda seorang pra diabetik.
2. Tidak cukup tidur menggangu sistem tubuh badan anda. Antara akibatnya anda mungkin mengalami ketidakseimbangan gula dalam darah.
3. Sejarah keluarga yang menghidap diabetes, sekaligus meletakkan anda dalam kumpulan berisiko pra diabetes.
4. Anda seorang yang obes. Obesiti meningkatkan risiko diabetes.
5. Sekiranya anda menghidap PCOS, ia meningkakan risiko ini.
6. Anda mendapati tompokan hitam pada kulit di bahagian berlipat.
Walau bagaimanapun, pra diabetes boleh dikawal dengan mengubah cara hidup agar tidak menjadi lebih teruk – diabetes.
Cara mengawal pra diabetes:
- BERSENAM. Cuba bersenam untuk 30 minit sehari, 5 hari seminggu.
- MENGAWAL PEMAKANAN – Pengambilan makanan seimbang terutama yang tinggi serat.
- JANGAN AMBIL MUDAH SOAL KESIHATAN. Berjumpalah doktor untuk pemeriksaan.
Pengambilan supplement untuk pra diabetes:
- B complex
- Fibre plan unflavoured
- Zinc complex
- Vita C
- Vitalea

Tiada ulasan: