Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Rabu, 29 Mei 2013

kenapa perlu aku perlu kurus?

Julat sihat (berat badan unggul) adalah antara 20 hingga 25. Pengiraan BMI ini hanya diterima pakai bagi usia antara 18 hingga 64 tahun .

             Berat badan anda berlebihan? Jangan risau, pasti ada penyelesaian jika anda benar-benar inginkan perubahan. Langkah seterusnya, setkan dalam otak sebab-sebab mengapa perlu kurus: 

1.  Kesihatan yang baik : Risiko untuk menghidapi penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus. 
2. Jimat duit makan : Jika badan gemuk, makan pun pasti  berselera besar.Shopping barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). Nak jimat kena la kurus. 
3. Jimat duit petrol : Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada kereta. Pasti terpaksa  tekan minyak lebih untuk menggerakkan kereta. 
4. Meningkatkan keyakinan diri : Estim diri bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan  'kakak' atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup. 
5. Membuktikan bahawa diri mampu berubah : Ramai insan yang mencabar kita untuk kurus. Oleh itu, buktikan kepada mereka bahawa kita semestinya boleh kurus dan cantik. 
6.Memberi kepuasan kepada diri sendiri : Satu kepuasan jika dapat mencapai sasaran. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya. 
7. Senang mencari saiz baju : Dulu kurus, baju saiz S atau M je. Tapi kini dah jadi saiz L atau XL. Sayang dah tak boleh pakai baju saiz S atau M tu.  Kalau dipakai juga, sebiji macam sarung nangka. 
8.Memudahkan pergerakan : Kalau naik pengangkutan awam (bas, komuter) yang padat, sukar untuk menyelit masuk dengan tubuh badan yang besar. Terpaksa tunggu bas atau tren seterusnya. 

Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh orang yang nak kurus adalah berazam dalam hati dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.

Tiada ulasan: