Terdapat banyak punca otot menjadi kejang. Kekejangan boleh berlaku kesan dari komplikasi kecederaan fizikal, penyakit hati yang rosak atau jangkitan tetanus. Dalam konteks bersukan, ianya disebabkan oleh:
Kekurangan air dan garam galian dalam tubuh kesan dari perpeluhan
Kurang pemanasan badan sebelum memulakan suatu sukan
Pergerakkan yang berulang- ulang dan berpanjangan, menyebabkan otot yang digunakan menjadi letih
Aktiviti sukan yang terlalu lasak
Gejala- gejala kekejangan otot.
Sakit yang bersangatan pada otot yang terlibat hingga menyebabkan individu tersebut berhenti dari meneruskan aktiviti sukannya.
Otot yang terlibat menjadi tegang, mengeras dan sakit bila di pegang. Dalam keadaan yang teruk ia boleh menyebabkan pembengkakan pada otot yang terlibat.
Apa yang boleh dilakukan ketika kekejangan otot?
Regangkan otot yang kekejangan
Luruskan kaki yang kejang dan aplikasikan daya melawan otot yang terlibat sewaktu regangan dilakukan. Contohnya:
Gosok atau tuam pada bahagian yang sakit dengan ubat tahan sakit (analgesic), minyak atau krim ubatan panas. Tuaman dengan ais juga dapat mengurangkan sakit di sebabkan kekejangan.
Aplikasikan urutan ringan pada otot yang mengalami kekejangan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Bergeron (2008), pengunaan segera minuman karbohidrat- elektrolit yang mengandungi atau ditambah dengan 3.0g garam galian yang diminum sekaligus atau dalam tempoh 5-10 minit terbukti dapat mengatasi masalah kekejangan otot dan mengelakkan dari berulang kembali masalah yang sama.
Bagaimana untuk mencegah dari kekejangan otot?
Lakukan regangan dan pemanasan badan yang cukup sebelum aktiviti sukan
Lakukan variasi dari segi gerakkan badan sewaktu bersukan
Menyediakan air dan snek yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit/ garam galian yang mencukupi.
Cadangan kadar air hilang yang perlu diganti ialah 1.5L bagi setiap sejam aktiviti sukan; ini bergantung kepada kadar perpeluhan, cuaca dan jenis aktiviti sukan. Formula menggantikan kadar air yang hilang ini digalakkan diguna pakai pada aktiviti sukan yang lasak dan berdurasi panjang seperti bola sepak, marathon, bola keranjang, ragbi dan treking.
Dari perspektif islam?
Justeru, sebelum memulakan sebarang aktiviti fizikal terutama yang berdurasi panjang atau lasak, persediaan yang mencukupi sangat di tekankan. Ianya termasuklah persediaan regangan badan atau minuman dan makanan ringan yang mengandungi karbohidrat dan elektrolit yang memadai. Hal ini telah di ingatkan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya:
"Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan" (Al-Anfal: 60)
Sebagai seorang muslim/ mukmin, seharusnya kita memasang niat riadahah atau bersukan hanya untuk Allah s.w.t di samping berhajat untuk mendapatkan kesihatan badan daripadaNya. Selain itu, untuk mengelakkan mudharat ketika bersenam, variasi gerakan dalam senaman juga sangat dititik beratkan kepada setiap individu. Saranan- saranan ini juga telah termaktub di dalam al-Quran:
"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Rabb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka." (Ali-Imran: 191)
Begitulah kaedah islam mencegah dari sebarang kemudharatan. Bak kata pepatah, 'mencegah lebih baik daripada mengubati'.
Kesimpulannya, islam sememangnya menggalakkan aktiviti riadhah dan senaman. Namun begitu, islam tidak pula menggalakkan kemudharatan dalam setiap aktiviti atau perkara yang dilakukan. Justeru, penting untuk setiap individu mengambil kira pelbagai faktor dan persiapan sebelum memulakan sebarang aktivti fizikal, terutamanya bagi mengelakkan kekejangan otot sewaktu bersukan. Jadi, islam menekankan kaedah pencegahan sebelum sesuatu kemudharatan berlaku. Begitulah indahnya islam!
http://tennis-health.com/Articles/tabid/128/Articles/Musclecramps/tabid/155/Default.aspx
http://www.medicinenet.com/muscle_cramps/article.htm
http://www.moondragon.org/health/disorders/musclecramp.html
Kurus tanpa produk, Tanpa berlapar. PERCUMA seumur hidup. IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE
Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
Seminggu turun 5 kgmenguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.
Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.
3 ulasan:
Thanks Bici..akak tgh diet balik skrg ni sbb dulu akak tetiba asyik kejang kaki..serious x pernah jadi..smpai jd takut..so akak dah faham apa yg jd penyebab knapa akak kejang tu..so less glukosa dlm badan..
cuba minum air lebih & ambil multivitamin
kalau untuk org berumor bagaimana pulak bici? sbb mak sy selalu kekejangan ditgn juga diperut... bagaimana untuk mengatasinya? email pd sy,farhanaramdan@yahoo.com... terima kasih bici...
Catat Ulasan