Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Ahad, 18 Oktober 2015

Ayam Telor Masin Telor Rebus

Ayam telor masin telor rebus..
Total carb : 5g nett
Cara masak dia sgt2 simple (cara mak jemah)
Bahan dia :
Telor masin 2 biji
Telor ayam rebus 2 biji
Ayam di hiris nipis 500g
2 sudu butter
Daun sup
1 ulas bawang putih
Telor rebus dan telor masin dihancurkan dgn garfu (mak jemak masukan sekali putih dia)
Panaskan butter...masukan bawang putih ketuk...lepas tu masukan ayam...gaul sampai ayam masak....
Masukan telor hanncur tadi dan gaul2...letakkan sedikit taburan black paper...gaul2 lagi....dan last sekali masukan daun sup di pitong panjang2....
(Jgn sesekali letak garam...xpasal2 nanti makanan ni jadi habuan tong sampah sbb terlalu masin.😝😝)
Siap untuk dihidangkan.
Bole di makan dgn sambal ciliapi udang kering
‪#‎fasa1234‬

PIZZA DAGING LOW CaRB





Total carb : 2.5g carb
Bahan2:
500g Daging lembu /kambing/ayam/rusa/arnab (dikisar)
Daun sup di potong halus
1 sudu teh Serbuk lada hitam
Mozarella cheese
Telor ayam 2 3 biji
Garam secukup rasa
Cara melambongnya :-
Semua bahan diatas kecuali cheese dicampak masuk dalam bekas dan digaul sampai semuanya menjadi mcm kawan baik...
Panaskan sesikit minyak dalam kuali non stick...
masukan daging...letakan daging dalam kuali nipis (untuk layer pertama)....
Kemudian letakan sedikit mozarella cheese diatas daging tersebut...
Letakan daging semula sambil diratakan diatas bagi menutup mozarella cheese tadi...(layer ke-2)
Tutup kuali sekejap...agak2 bawah dia dah masak...terbalikan daging tersebut supaya sebelah bahagian atas pizza masak cantik...tutup lagi kuali sampai rasa2 daging masak
Hidangkan dalam pinggan dan makan..
Selamat mencuba
‪#‎fasa1234‬

Daging Gulung Bakar Cheese Leleh

Daging Gulung bakar cheese leleh
Net carb : kurang dari 2g
Bahan:
Daging di lapah nipis dan besar...
Herb n spices : sy guna mix herb &
cajun.
Daun sawi /pak choy atau apa2 yg berdaun hijau.
Garam
Mozarella cheese
Lidi cungkil gg😝
Cara nak melambung 👇
1) Daging yg dah di hiris nipis di letakan dalam mangkuk dan gaulkan dengan herb...cili flake...garam...cajun..
2) Bentangkan daging tadi dalam pinggan...
3) Letakan sayur atas daging (xkisah sayur apa anda guna tapi lebih baik sayur hijau bagi yg di fasa 1).
4) Letakan mozarella cheese
5) gulung daging, dan jahit daging guna lidi pencungkil gg
6) panaskan kuali non stick
7) Letakan sedikit minyak zaitun dan masukan daging, tutup kuali dalam 10 minit
8) golek2 daging tersebut biar dia masak rata...
8) kalau dah nampak masak..boleh la di hidangkan
Selamat mencuba

‪#‎Fasa1234‬

Rabu, 14 Oktober 2015

Karbohitrat bahan masakkan

Hanya berkongsi2 maklumat....

Bawang Cili Halia Serai Limau Tomato & Kunyit

Bawang Putih 100g : net carb 30g (2 Ulas : lebih kurang berat 4g)

Bawang Kecil 100g : net carb 13.8g (Seulas : lebih kurang berat 8g)

Bawang Besar 100g : net carb 13.8g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 80g)

Bawang Holland 100g : net carb 7.3g (Sebiji Besar : lebih kurang berat 100g)

Lada Hitam Sesudu Serbuk 6gram : net carb 2gram

Halia 100g : net carb 16g (Besar Ibu Jari : lebih kurang berat 25g)

Serai 100g : net carb 25g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Lengkuas 100g : net carbs 12g

Cili Padi 100g : net carb 4g

Cili Merah Besar 100g : net Carb 7.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1 & 2)

Cili Kering 100g : net carb 21g ( Satu Sudu 8g net carb 2g)

Cili Benggala ( Capsicum ) 100g : net carb 3g

Limau Kasturi Sebiji Sedang Besar : net carb 2.5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Limau Nipis Sebiji Sedang Besar (67g) : net carb 5g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Lemon Sedang Besar (84g) : net carb 5.6g (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Tomato Sedang Besar (100g) : net carb 3.2gram (Elakkan Jangan Guna Dalam Fasa 1)

Kunyit Hidup (Bukan Serbuk) (100g) : net carb 40gram (sebesar ibu jari 25gram net carb 11gram)

Daun pandan 100gram : net carb 6gram (5 helai daun pandan lebih kurang berat 60gram)

Petai 100 gram : netcarbs 22 gram (5 biji dalam 40gram)