Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Rabu, 5 Mac 2014

BENARKAH pengambilan telur boleh mendatangkan komplikasi kesihatan

BENARKAH pengambilan telur boleh mendatangkan komplikasi kesihatan kepada anda dan pengambilan suplemen dapat memberikan perlindungan daripada penyakit? Ruangan baik buruk minggu ini memberikan anda jawapannya.


>

BAIK - TELUR MENYIHATKAN
TIDAK lama dahulu pengambilan telur dianggap diet yang negatif. Hakikatnya telur tidaklah semudarat yang disangka.

Telur tidak digemari kerana kandungan kolesterol di bahagian yang berwarna kuning. Kolesterol mudah terkumpul di dalam salur darah sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

Namun pada hari ini mengambil telur bukanlah punca utama yang meningkatkan kolesterol dalam darah. Sebaliknya lemak tepu di dalam mentega dan lemak haiwan yang lain akan memberi kesan yang lebih teruk.

Jika anda sihat dan mengamalkan diet yang seimbang, kehadiran kolesterol di dalam makanan yang diambil seperti telur, tidak perlu dirisaukan.



Menurut Profesor Mark Wahlqvist dari Universiti Monash, dan Barbara Eden dari Yayasan Jantung Australia, biarpun telur mengandungi lemak, jumlahnya hanyalah sekitar lima gram, dan lebih daripada separuh jumlah itu adalah lemak tidak tepu, iaitu lemak baik yang membantu mengurangkan kesan arteri tersumbat akibat kolesterol.

Mesej yang cuba disampaikan di sini ialah telur tidak membahayakan diri anda, sebaliknya ia didatangkan dengan protein, vitamin dan antioksida. Telur sebenarnya merupakan sumber vitamin D yang jarang ditemui.

Jika anda menghidap sakit jantung atau berisiko tinggi untuk menghidapinya kerana tekanan darah tinggi atau faktor lain, anda mungkin perlu mengehadkan pengambilan telur dalam menu harian anda.

Namun bagi kebanyakan orang yang sihat, pengambilan empat biji telur dalam sehari bukan sahaja baik tetapi amat disarankan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_02.htm#ixzz2v0NndcCd 
Hakcipta terpelihara

Tiada ulasan: