Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Rabu, 28 Ogos 2013

Kesan lebihan garam mempengaruhi berat badan.

Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan garam yang tinggi boleh menyebabkan badan anda untuk menahan lebih banyak air, yang boleh membuatkan anda berasa kembung dan akhirnya mengakibatkan pertambahan berat badan. Perkara inilah yang menyebabkan berat badan anda ada kalanya berubah-ubah setiap hari. 

Jumlah garam yang diperlukan sehari

Bagi pengguna dewasa, jumlah pengambilan natrium yang disyorkan adalah lebih kurang 2300mg sehari. Ia adalah jumlah yang perlu diambil untuk individu yang sihat, aktif, cergas dan bertenaga. 

Walaubagaimanapun, bagi individu yang mengalami masalah seperti penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, diabetes, penyakit darah tinggi dan sebagainya, jumlah yang disarankan hanyalah 1500 mg sehari. 

Bagi individu yang ingin mengurangkan berat badan, anda boleh mengurangkan pengambilan natrium harian anda kepada jumlah yang rendah iaitu diantara 1000mg – 1500mg. Mengikut kajian yang dijalankan, anda mungkin boleh mengurangkan jumlah berat badan dalam 0.56 kg jika mengambilnya seperti yang dicadangkan ini.

Tiada ulasan:

//untuk off kan copy paste