Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Ahad, 29 Mei 2011

Jumaat, 27 Mei 2011

Khamis, 26 Mei 2011

26 may 2011 80kg




pagi=telur 2 biji
tghari=ikan 3 ekor
malam= ikan 2 ekor + kari daging

CARA TURUN BERAT BADAN DGN CEPAT

  1. MAKAN SEBELUM PUKUL 8 MALAM SBB METABOLISME KURANG WAKTU MALAM(penting)
  2. MINUM AIR BANYAK SEBELUM DAN 30 MINIT SELEPAS MAKAN
  3. MAKAN MAKANAN YANG MENAIKKAN METABOLISME SEPERTI TELUR
  4. JANGAN MAKAN MAKANAN ATAU AIR BERGULA..SKETT PUN XLEH
  5. ELAKKAN MAKANAN BERKUAH
  6. ELAK MAKANAN YG MENGANDUNGI CARB..XPAYAH AMIK TERUS WALAUPUN SKET.
  7. CUKUP TIDUR
  8. TIMBANG SELEPAS BANGUN TIDO

Rabu, 25 Mei 2011

khasiat telur

Sebiji telur juga mengandungi :
  • 0.7 mg zink
  • 1.2 mg besi
  • 5.5 mg magnesium
  • 16 mg inositol
  • 27 mg kalsium
  • 76 mg potassium
  • 253 mg choline
  • 100 mg fosforus
  • 590 unit vitamin A
Selain daripada yang disebutkan di atas, telur juga mengandungi :
  • lecithin,
  • tryptophan,
  • pyridoxine (B6),
  • biotin,
  • asid folik,
  • riboflavin (B2),
  • thiamin (B1),
  • asid pantotenik (B5),
  • selenium,
  • asid amino,
  • methionin
  • cystin.
Telur ayam adalah satu-satunya makanan semulajadi yang sangat berkhasiat dan juga antara sumber protein yang paling baik di muka bumi. Dalam tiga daripada empat kaedah saintifik yang lazim diguna untuk mengukur kualiti protein, telur memperoleh skor yang jauh lebih tinggi daripada sumber-sumber protein lain seperti susu, daging lembu, whey dan soya.
Sebab inilah, telur boleh dianggap sebagai makanan yang ideal untuk setiap orang. Sumber-sumber proteinnya mencukupi dan nisbah sumber-sumber galiannya juga telah cukup sempurna untuk tumbesaran.
Kita sering mendengar tentang hubungan kolesterol jahat dengan telur. Adalah diakui bahawa kandungan kolesterol di dalam sebiji telur sangat tinggi, iaitu 275 mg. Tubuh badan kita memerlukan kira-kira 800 mg kolesterol sehari. Kebanyakan orang takut memakan telur kerana kolesetrol tetapi sebenarnya choline dan phosphytidylcholine dalam kuning telur membantu mengelak longgokan kolesterol dan lemak dalam hati dan pembuluh darah. Choline juga membentuk metabolite dipanggil betaine yang berfungsi mengurangkan homocystin, salah faktor penyebab serangan sakit jantung.
Seseorang yang tidak memakan telur atau daging mungkin akan mengambil kira-kira 200 mg kolesterol sehari. Jika dia mengambil susu skim dan Margerin sayuran, jumlah pengambilan kolesterolnya rendah, iaitu antara 100-150 mg sehari. Jumlah kandungan kolesterol dalam telur belum dapat dibuktikan lagi mudaratnya. Tambahan pula, badan manusia akan membina kolesterol ini lebih kurang 1-2 mg sehari (kira-kira 4-8 biji telur). Semestinya, kolesterol (jika tidak diambil berlebihan) bukanlah bahan yang perlu ditakuti, tetapi sebagai sumber yang perlu untuk pertumbuhan badan dan membantu mengukuhkan lagi sistem ketahanan badan.
Makan telur semata-mata tidak akan menyebabkan kita sakit jantung tetapi kemungkinan besarnya adalah disebabkan oleh diet yang tidak seimbang atau tidak ketentuan kandungan dan masanya. Menurut Harvard Medical School Guide to Healthy Eating tidak pernah ada penyelidikan yang menunjukkan bahawa orang memakan telur dengan banyak mendapat lebih banyak serangan sakit jantung daripada orang yang memakan sedikit telur.
Zat-zat makanan seperti vitamin C, niasin, magnesium, zink, kromium, lecithin dan beberapa faktor lain seperti karbohidrat serta senaman yang kerap boleh mengekalkan tahap kolesterol pada kadar yang seimbang dengan menggunakan badan dan mengelakkan daripada penyakit atherosclerosis, di mana pembuluh darah tersumbat dan menimbulkan berbagai kesulitan.
Tahap kolesterol dalam darah menjadi tinggi mungkin disebabkan oleh diet yang kebanyakkannya terdiri dari makanan ringan yang telah diproses (refined junk food). Dari beberapa kes klinikal, didapati pesakit-pesakit ‘rheumatoid arthritis’ memerlukan dua biji telur sehari dan kebiasanya, pesakit-pesakit ini tidak suka makan telur. Mereka yang menghidap ‘hypoglecemia’ pula memerlukan lebih banyak telur sebagai pengalas perut.
Choline di dalam kuning telur juga diperlukan untuk membentuk ‘neurotransmitter’ Acettylcholine yang sangat mustahak untuk daya ingatan (memory) dan pemikiran (thought) dan melindungi kita daripada nyanyuk termasuk penyakit Alzheimer. Jadi, telur, seperti ikan adalah makanan otak! Oleh kerana phosphatidylcholine bahan asas membran sel dan kebanyakan metabolisma dalam hati berlaku di membran sel, ianya membantu melindungi hati daripada pelbagai jenis toksin.
Menurut pengarang buku Eye Care Naturally, Dr. Michael Geiger dari New York, Lutein yang terdapat dalam bahagian dalaman mata (retina) khususnya “macula” melindungi mata daripada kesan buruk high energy blue wavelengths dalam matahari dan lampu rumah. Kandungan sulfur yang tinggi dalam kuning telur juga menyebabkan orang nampak anggun kerana rambut dan kuku mereka yang sihat dan cantik.
Satu kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Cancer Epidemilogy Biomarkers and Prevention keluaran Januari 2005 tentang kanser payu dara di kalangan orang perempuan Cina yang berhijrah dari Cina ke Hong Kong dan seterusnya di Amerika Syarikat mendapati :
Mereka yang memakan banyak sayur dan buah-buahan kurang mendapat kanser payu dara – tiada kejutan tentang fakta ini.
Mereka yang memakan banyak telur ayam juga kurang kemungkinan mendapat kanser payu dara. Yang memakan enam biji telur seminggu dibanding dengan mereka yang memakan dua biji telur seminggu didapati merendahkan risiko kanser sebanyak 44%!
Tenaga tambahan
Bagi pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, terlebih dahulu harus diuji untuk mengetahui kandungan zink di dalam badan, lebihan kuprum dan spectrum lipid dalam darahnya. Pesakit ini adalah dinasihatkan supaya mengambil diet makanan yang bersesuaian. Orang yang tidak makan telur juga mungkin masih menghadapi masalah kolesterol kerana kolesterol masih boleh terbina dalam arterinya.
Oleh itu, makanlah sebiji atau dua biji telur sehari, sebagai sumber makanan yang seimbang dan murah, kecuali mereka yang menghadapi penyakit jantung yang berisiko tinggi. Selangkan 2-3 hari mengikut Menu Pusingan. Bagi mereka yang hanya makan sayur (vegetarian), telur merupakan sumber bagi vitamin B12 yang hanya boleh didapati daripada haiwan sahaja.
Bayi yang berumur 6 bulan juga boleh memperoleh dos zat besi dan sulfur daripada telur. Bayi memerlukan bahan-bahan ini kerana kandungan pada susu adalah sedikit. Walau bagaimanapun, terdapat bayi yang kurang 12 bulan mengalami alahan telur. Ibu-ibu boleh berikan sedikit telur sahaja kepada bayi untuk melihat sama ada bayi mempunyai alahan atau tidak. Sekiranya bayi/anak anda ada alahan telur:-
Elakkan memakan telur dan makanan yang mengandungi telur (walaupun kandungan telur adalah sedikit tetapi boleh menyebabkan reaksi yang teruk)
Baca dengan teliti label makanan dan elakkan yang ada telur
Rancang langkah kecemasan sekiranya mengalami reaksi alahan
Bawa bersama ubat ‘EpiPen’ ke mana-mana, jika ada
Pakaikan gelang yang ada ‘medi alert’ di pergelangan tangan anak
Beritahu penjaga atau guru mengenai keadaan kesihatan anak
Minta nasihat doctor mengenai reaksi alahan apabila menerima imunisasi MMR (Mumps, Measles, Rubella).
Telur tidak boleh disimpan lama atau disimpan di tempat yang panas kerana sulfur yang terkandung di dalamnya akan menjadi rosak dan akhirnya busuk. Kita memerlukan sulfur dan bahan-bahan lain seperti selenium untuk membina kulit, rambut, kuku dan juga membina asid-asid amino dalam sel-sel otak dan untuk membina unsur-unsur garam sulfuric dalam sendi-sendi tulang.
Telur boleh dimakan semasa sarapan pagi dalam bentuk separa masak. Jika direbus keras, lechitin akan rosak. Menggoreng telur pula akan meningkatkan kalorinya dan merosakkan lecithin. Walau bagaimanapun, memakan telur masih merupakan satu cara yang baik dan murah untuk kita mendapatkan tenaga tambahan dan keupayaan berfikir. Demikianlah dalil-dalil yang menunjukkan tentang kebaikan telur. Ia merupakan anugerah Allah yang istimewa kepada manusia.

25 may 2011 81KG

Rabu, 18 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

17 may 2011 83kg


pagi: telur goreng separuh masak 2 biji
tengahari: ayam masak kicap, DIBASUH!
malam: ikan parang

Isnin, 16 Mei 2011

16 may 2011

pagi: ikan goreng 6 ekor
tengahari: sayur kubis sket
malam: ikan sekor

Cara nak kurus

1. makanan berprotein tinggi seperti ayam, telur, daging (lembu, kambing, rusa), ikan dan makanan laut (udang, ketam) yang lain. Elak memakan tiram (oyster), kerang dan sotong kerana berkarbohidrat tinggi).

2. Sayuran hijau seperti sawi, kailan, timun, salad, asalkan berwarna hijau (terhad kepada 2 atau 3 cawan sehari).

3. Sayuran seperti tomato, labu, terung, kacang panjang, dihadkan kepada 1 cawan sehari kerana ia mengandungi banyak karbohidrat (melalui gula sayuran).

4. Mentega (butter bukan margerine sebab margerine ada trans-fat yang bahaya untuk kesihatan).

5. Keju (Cheddar, Mozzarella, Swiss,
Gouda, Goat) tapi tak lebih dari 3 gram. Jenis lai tak boleh.

6. Salad dressing seperti Mayonnaise (yang biasa, bukan low-fat sebab selalu yang tulis low-fat bukan bererti low-carbohydrate).

7. Olive oil, canola oil, dan kebanyakkan minyak masak boleh dimakan. Tapi pastikan minyak tidak dihydrogenated atau semi-hydrogenated, sebab ia mengandungi trans-fat yang boleh menyebabkan sakit stroke dan sakit jantung.

8. Air sebaiknya air biasa sahaja, sama ada air sejuk, suam, mineral. Jus buah-buahan tidak dibenarkan pada peringkat Induction kerana ia mengandungi tahap gula buah-buahan yang tinggi. Susu dan yoghurt juga tidak dibenarkan pada peringkat ini sebab kandungan karbohidratnya tinggi.

Sabtu, 14 Mei 2011

14 MAY 2011 84kg


pagi: bangun lambat....
tengahari : telur dadar 2 biji
petang ratah ikan goreng

Jumaat, 6 Mei 2011

6 may 2011

pagi: telur 2 biji
tghari: kobis, ikan bawal masak kicap
malam: kobis, ikan bawal masak kicap

Selasa, 3 Mei 2011

2 may 2011

pagi:
tghari:sit up, dumbell,kacang buncis
petang:ayam merah, sayur kacang buncis