Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Rabu, 30 Mei 2012

PERKARA PERLU ANDA KETAHUI KETIKA ATKINS

1. Hati2 dengan makanan dikedai..contoh
  • sate(ada gula)
  • ayar golek(ada madu)
  • sup, tomyam(gula or rempah)
  • rempah2 yg anda guna untuk memasak..pastikan anda tahu jumlah carbnya..byk saya tgk dipasaraya yang carbnya tinggi
  • serbuk cili(beli yang ori, blande sendiri)
  • RAGU2 JGN MAKAN
2. Cheat sket...rasa je..(tak boleh!)
  • tak boleh..
  • kerana ia akan membuat anda hilang ketosis
  • ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada..mengambil masa 2 hari
  • jika anda cheat sehari...bermakna ada telah cheat sebanyak 3 hari..sayangkan...sehari = 3 hari...
3. Pastikan anda cukup makan
  • badan memerlukan tenaga utk pecahkan lemak2 anda..kurang makan = metabolisma akan menurun..kalau turun pun..bukan sbb lemak yg hilang..tapi xcukup makan.
  • tidak perlu elak makanan berminyak..goreng macam biasa...jgn asyik rebus or kukus je...kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga utk memecahkan lemak di badan
  • Diet atkins bukan diet berlapar
4. Senaman
  • Senaman bersesuai dengan berat badan anda, bagi yg terlalu obes, atau masih obes..sentiasa bergerak sudah memadai.
  • Makan protein kena ada..jgn makan sayur sahaja semata2..berat tak turun juga.
  • Banyakkan aktivi berjalan..utk kekalkan metabolisma..
  • konsistenkan senaman..walaupun sedikit, yang penting konsisten.
  • fokus pada diet adalah paling penting, senaman ketika gemok, buat cara gemok, cukup dgn senaman yang buat anda bergerak, fokus satu2, supaya mental anda kuat. Dah hampir bmi, anda boleh buat senaman apa anda suka. Ingat ye, untuk lost weight pemakanan sangat penting.
    "Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan, kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam. Tp kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."
    Jangan tamak..pepatah melayu
    "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"
5. Air
  • fungsi air juga mengekalkan metabolisma
  • mengawal paras asid urid
  • membuang toksin dalam badan
  • minum air sekurang kurangnya 4 liter..
6. Keyakinan
  • yakin pada diri sendiri
  • jgn takut beli baju kecil or seluar kecil..anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
  • jangan stress kalau berat tak turun, cuba ubah menu..cara pemakanan...waktu makan...selagi anda yakin boleh..pasti boleh..
7. Masyarakat
  • abaikan kata2 sidiran 
  • buktikan anda boleh berjaya(ni buat aku semangat ketika dulu)
  • fikirkan diri sendiri..bukan org lain..kerana kita nak menanggung berat obes kita..bukan mereka
8. alat bantuan
  • penimbang..haa ni wajib la ada...supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat, selain tu utk elakkan kita terkantoi..kalau berat naik, cuba ubah menu.klu berat turun..cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi anda mampu.
  • cermin...supaya anda tak lupa diri..anda gemuk.hehhehehe...cermin diri sendiri hari2..supaya anda tidak termakan pujian dan kata2 org yg mengatakan anda dah kurus atau comel...comel tu sebenarnya gemuk,hahaha
  • botol air...senang nak target berapa liter anda minum...contoh 1 hari ada wajib habiskan 3 botol 1.5Liter.
9. Nutrisi
  • makan multivitamin jika mampu
10. Gaya hidup
  • pastikan tidur yang cukup
  • sarapan diambil seawal yang boleh(waktu badan kita paling effective bekerja)
  • makan sebelum jam 8 malam..lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yg bekerja shift
  • kurangkan stress
11. rujukan
  • pastikan ada merujuk pada sumber yang telah terbukti pada tuan punya diri..contohnya...http://taknakgemuk.blogspot.com
  • jgn cuba campur aduk sumber...boleh jadi hancus lebur berderai menangis tak berlagu
Doing Something Is Always Better Than Doing Nothing 

GOOD LUCK!!

p/s: jgn lupa join kawan2 di https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers
//untuk off kan copy paste