Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg
menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas-- oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins (KDA) Malaysia-- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

Pengikut

Rabu, 3 Ogos 2011

berat turun 2 kilo pada 3.8.2011 skrg 71KG

lama aku tak update kan, sebab takde penurunan, hari2 langgar pantang, ni bulan poce, baru nak mula turun. hope dalam turun 10kg pun jadi la bulan ni!, cayokkkkkkkkkkk


29.7.2011

 
 gambar lama 97KG

71kg kan kan kan???????hehe

senaman kardio = senaman bakar lemak

senaman kardio Apa yang dimaksudkan dengan 'kardio'? 'Kardio' ialah singkatan untuk 'kardiovaskular' , iaitu berkenaan pusingan darah dari jantung. Dan senaman kardio bermaksud aktiviti yang dapat menaikkan kadar degupan jantung dan menambah baik kesihatan jantung dan peredaran darah.
Senaman kardio boleh dilakukan di gimnasium (dengan mesin-mesin canggih seperti treadmill, rowing machine, stairmaster) atau di luar (seperti jogging, berbasikal, berenang, mendaki, dsb).
Senaman kardio menyihatkan sistem jantung / peredaran darah (kardiovaskular), menurunkan kolesterol tak baik dan meningkatkan kolesterol baik, menurunkan risiko penyakit hipertensi, diabetes, strok, dan penyakit-penyakit yang berkenaan jantung. Pergerakan yang banyak memerlukan tenaga yang banyak dan ini perlu pembakaran kalori yang banyak.
Jadi, untuk membakar kalori (dan lemak), anda harus melakukan banyak aktiviti kardio. Masukkan aktiviti kardio dalam rutin senaman anda. Malahan, kalau anda kesuntukan masa dan terpaksa memlih di antara kardio dan mengangkat berat, pilihlah kardio kalau anda nak kurangkan berat badan.

Selasa, 2 Ogos 2011

Tips pinggang ramping walaupun gemokkkkkkkk

sit up hari2...setiap masa yang terluang..
cuba tengok kat youtube, banyak cara nak kempeskan perut.

yang paling penting, jgn makan nasi!!!

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT DIET DIBULAN PUASA INI...

"TANPA USAHA KEJAYAAN TAKKAN DATANG BERGOLEK"
SELAMAT BERPUASA, SEMOGA BULAN INI AMALAM KITA BERTAMBAH BAIK.
DAN CEPAT KURUS!!,HEHE, GOOD LUCK SEMUA!..