Fasa induksi direka untuk
- Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
- Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik.
- Bendung keinginan anda dengan menstabilkan gula dalam darah anda.
- Hentikan ketagihan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, gandum atau mana-mana makanan yang lain. Untuk orang-orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic.
Syarat-syarat Induction:
- Minum 8 – 10 gelas sehari, jika anda masih dahaga, anda perlu minum dengan lebih banyak. Keperluan air bergantung kepada berat badan, cuaca & aktiviti anda. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air (Penting)
- Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam sebelum jam 8.00 malam atau 4 jam sebelum tidur. Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
- Jangan makan lebih dari 20gram karbohidrat sehari. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label, periksa kiraan karbohitrat pada setiap paket.
- Makanan diproses di kilang selalunya ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau paket yang hendak dibeli untuk mengetahui kandungan karbohidrat.
- Jangan makan makanan yang telah disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
- Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah, kuah sering diletak tepung atau gula.
- Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi atau pasaraya besar.
- Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula atau madu. Berhati hati ketika makan di kedai, tomyam atau sup berkemungkinan ada gula dalam masakan.
- Kurangkan makanan yang telah diproses seperti burger & hotdog (boleh makan, tidak digalakkan)
- Pastikan 12 hingga 15 gram karbohidrat adalah dari sumber sayur sayuran.
p/s: Kalau nak kurus..ikut la....arini saya post dua topic
http://bicikut.blogspot.com/2011/10/boleh-ke-diet-dengan-berlapar.html
erk kena hati2 dgn carb..erm boleh ke elak makan carb??ciktom pernah baca xelok jugak diet xmakn carb n hanya protein semata2...sekadar pertanyaan dr cik tom ye :)
BalasPadamVery informatif....
BalasPadamTapi kan, kadang2 tliur plak nak makan roti dn kuih bagai....
sabar jer la....
cik tom..ni diet carb..kena minum banyak2
BalasPadamsalamm..baru start diet ni 3hari..tp kenapa berat naik?sedihnyaa..mmg dh ikut peraturan..air 3-4liter/day and mkn 3times/day..help!
BalasPadamshida,..berat naik,..? x mungkin...no cheating plz,...hehehe
BalasPadamp/s.akak skrg dok mainten berat jer,..
xcheat lg stkt ni..tu yg geram tu..rsnye salah timbang la..timbang ni batt dh low..timbang batt low ade beza ke??
BalasPadamowh ok..heee
BalasPadamkal0 minum air soya x de gula bleh x???
BalasPadamadik bicikut
BalasPadamakak pinjam awak nyer info ye
letak kat blog akak
untuk panduan akak dan kawan2 yang tengah follow diet atkins..
mintak halal ye
akak kredit kat awak
Soya xdigalakka.
BalasPadamCopy la byk mane pun kak.x kisah.selqmqt berusaha !!
salam..nak tanye bole ke amalkan diet ATKIN ni walaupun berpuasa.?
BalasPadamBOLEH, TAK ade masalah
BalasPadamnak start balik la diet atkins..rasa gems2 dah sekarang..cuma bezanya dlu buat satu fasa je...sbb pengurangan by inch agak banyak, tapi lepas ni nak follow semua fasa la..hehe...
BalasPadamthanks sebab post macam2 info untuk lebih sihat..:)
~nurzunairah~
follow sini..
BalasPadammama pun nk cuba start esok. doakan mama sukses.. nanti mintak izin share info2 atkin dlm blog ni.
tq
boleh mama, takde masalah
BalasPadam