Rabu, 3 Ogos 2011

senaman kardio = senaman bakar lemak

senaman kardio Apa yang dimaksudkan dengan 'kardio'? 'Kardio' ialah singkatan untuk 'kardiovaskular' , iaitu berkenaan pusingan darah dari jantung. Dan senaman kardio bermaksud aktiviti yang dapat menaikkan kadar degupan jantung dan menambah baik kesihatan jantung dan peredaran darah.
Senaman kardio boleh dilakukan di gimnasium (dengan mesin-mesin canggih seperti treadmill, rowing machine, stairmaster) atau di luar (seperti jogging, berbasikal, berenang, mendaki, dsb).
Senaman kardio menyihatkan sistem jantung / peredaran darah (kardiovaskular), menurunkan kolesterol tak baik dan meningkatkan kolesterol baik, menurunkan risiko penyakit hipertensi, diabetes, strok, dan penyakit-penyakit yang berkenaan jantung. Pergerakan yang banyak memerlukan tenaga yang banyak dan ini perlu pembakaran kalori yang banyak.
Jadi, untuk membakar kalori (dan lemak), anda harus melakukan banyak aktiviti kardio. Masukkan aktiviti kardio dalam rutin senaman anda. Malahan, kalau anda kesuntukan masa dan terpaksa memlih di antara kardio dan mengangkat berat, pilihlah kardio kalau anda nak kurangkan berat badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia