Isnin, 19 Oktober 2015

Rempeyek Bayam versi mak jemah.




Resepi tengah pagi buta ni...

Rempeyek Bayam versi mak jemah.

Net carb : kurang dari 3g

Bahan dia :

Daun bayam
Ketumbar 1 sudu besar
Jintan manis 1 camca teh
Serbuk lada hitam secubit
Chilli flake 2 cubit
Telor 2 biji
Udang kering 3 sudu besar
Minyak masak
Bawang putih

Cara melambung :-

1) ketumbar, jintan manis,udang kering dikisar pakai blander kering

2)masukan bahan no 1, cili flake, telur,lada hitam dalam mangkuk

3)kacau bahan no 2 sampai sebati

4) panaskan minyak (ketuk bawang putih sebiji masukan dlm minyak supaya wangi)

5) celup bayam dalam bahan diatas dan goreng

6) kalau udang kering tak masin...bolehlah letak garam

Selamat mencuba

#fasa1234

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia