Isnin, 16 Disember 2013

Teguran yang membuat tersentap, dan terasa.

Kita memang suka.
Andai dinasihat dengan baik.
Dengan lemah lembut.
Dengan hemah dan berhikmah.

Tetapi akan ada masanya,
Sesuatu nasihat yang Allah datangkan kepada kita,
Agak tegas dan pedas bunyinya.
Mungkin kerana,
Sudah terlalu lama, nasihat-nasihat berhemah, lemah dan lembut menjengah,
Namun kita buat tak endah.
Kita buat tak peduli.
Kita buat tak kesah.
Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Baca hari ini. Esok dah tak ingat lagi.

Kerana itu,
Saudari dan saudara.
Belajar untuk berlapang dada dengan teguran.
Mungkin kerana semalan dan kelmarin dulu,
Kita sudah ditegur dengan baik dan berhikmah.

Makanya,
Hari ini kita masih ditegur.
Cuma mungkin pendekatan dan caranya berbeza.
Namun niatnya masih sama.

Kerana dia peduli.
Kerana dia sayang.
Dia yang membenci,
Tak akan menegur.
Dia yang penting diri,
Tak akan menegur.
Kerana dia sayang,
Dia tegur.
Kerana dia peduli,
Dia tegur.
Walau sudah berkali-kali.
Lembut dan berkias-kias sudah.
Tegas dan jelas pun sudah.

Kalau kita sakit, kita sanggup telan ubat yang pahit untuk baik dan sihat.
tapi kalau kita tak berapa baik, mengapa tak sanggup kita tadah telinga dan buka hati untuk terima nasihat dan teguran yang tegas dan telus?
kita tak mahu jadi baik?


Belajarlah menerima.
Kadang-kadang, bila kita terasa,
itu adalah petanda,
hati masih ‘hidup’ dan Allah sedang memberi cahaya
.Bila ditegur, jangan la sakit hati, atau membenci.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia