Jumaat, 11 Oktober 2013

Cara kira Anggaran kalori & bmi

ANGGARAN KEPERLUAN TENAGA 
Bagi orang dewasa 
BERAT BADAN X 30 = kcl
CTH 60 kg X 30 = 1800 kcl sehari

Indeks jisim badan
Indeks jisim badan atau Body Mass Index (BMI) adalah teknik pengukuran komposisi
badan dengan menggunakan nisbah berat dan tinggi. Pengukuran ini sesuai untuk
individu yang tidak mempunyai jisim otot yang berlebihan atau agak rendah. Oleh itu,
dua ukuran yang perlu diambil untuk mengira BMI ialah ketinggian (m) dan berat badan
(kg). Hal ini demikian kerana BMI berpandukan kepada konsep bahawa berat badan
seseorang itu bersesuaian dengan ktinggiannya.

Formula pengukuran BMI :
BMI = berat (kg) / Tinggi (m)

Faz: tp kalau tgh diet atkins, tak perlu kira  kalori..

Ramai yang salah faham carb loading

Ok baca ni...pencerahannya...

“Carbohydrate Loading” Simpanan tenaga segera bahan wujud dalam bentuk glikogen yang terletak di hati dan otot. Manipulasi pemakanan secara “Carbohydrate Loading” boleh menambah simpanan glikogen ini. Tekinik ini digunakan oleh pelumba jarak jauh. 141
Mula-mula glikogen dikurangkan dari otot-otot, kemudiannya digantikan semula dengan
diet yang mengandungi banyak karbohidrat sehingga kandungan glikogen otot
mencapai paras sekali ganda dari biasa. “carbohydrate loading” meliputi :
1. Seminggu sebelum acara kurangkan simpanan glikogen dengan senaman yang
berat.
2. Diet yang mengandungi sedikit karbohidrat selama 3 hari. Kira-kira 100 gram
karbohidrat masih diperlukan untuk mencegah ketosit.
3. Selama 3 hari sebelum acara dipertandingkan, makan dengan diet yang kaya
dengan karbohydrat sekurang-kurangnya 250 – 500 gram sehari.
Sejak akhir-akhir ini, kaedah ini telah diubahsuai kerana kelesuan yang terjadi pada
ramai pelumba apabila pengurangan karbohidrat dijalankan. Sekarang ini,
kemungkinannya ialah menambah pengambilan karbohidrat sebelum pertandingan
tanpa mengurangkannya terlebih dahulu.
Kesan jangka panjang “carbohydrate loading” dengan pengurannya terlebih dahulu
masih tidak diketahui. Setakat ini, “carbohydrate loading” janganlah di gunakan
sewenang-wenangnya dan jangan sesekali dilakukan ke atas meja remaja yang sedang
membesar.

“carbohydrate loading” tidak berfaedah kepada acara sukan yang kurang dari 2 jam dan
jangan mengguanakannya lebih dari 2 atau 3 kali setahun. Tanda-tanda sakit dada dan
perubahan pada rentak jantung telah dilaporkan berlaku pada peringkat pengurangan
karbohidrat dalam “carbohydrate loading”


Kenapa karbohidrat boleh menggemukkan..

Kesan terlebih carb..

Karbohidrat yang tidak diperlukan dengan segera akan disimpan dalam hati dan otototot sebagai glikogen membentuk tenaga yang diperlukan semasa bersenam. Apabila
simpanan glikogen telah penuh, lebihan karbohidrat akan ditukarkan menjadi lemak
badan. 

Pasai tu gemukkkk

Rabu, 9 Oktober 2013

Kesalahan yang kerap dilakukan ketika berdiet

1. Tidak makan  - Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma turun mendadak. Lemak masih kekal.
2. Tidak sarapan - Tiada tenaga untuk pembakaran lemak
3. Kurang minum air - Minimum 3liter sehari





Rabu, 2 Oktober 2013

Interval shot camera ios

Yang suka bergambar..Ada dua app...boleh set timer..bapa lama korang suka..dan amik gambar berapa byk korang nak..tanpa perlu tekan handphone...contoh set 5 saat...gambar akan diambil setiap 5 saat berulang ulang...sehingga kita sendiri stop.



Selasa, 1 Oktober 2013

Khasiat teh hijau


1. Kelebihan Teh Hijau #1:Mengurangkan Berat Badan

Teh Hijau meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan lebih cepat 'memproses' lemak yang tersimpan dalam badan dengan lebih kerap. Polifenol yang terdapat dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan oksidasi/pemprosesan lemak dan meningkatkan kadar pertukaran makanan kepada kalori. 


2. Kelebihan Teh Hijau #2 : Pesakit Diabetes

Teh Hijau membantu mengawal kadar glukosa dan seterusnya mengelakkan peningkatan gula dalam darahselepas makan. Ia sekaligus mengelakkan peningkatan insulin yang mendadak dalam darah serta mengelakkan penyimpanan lemak.


3. Kelebihan Teh Hijau # 3: Pesakit Jantung.

Para saintis percaya Teh Hijau bermanfaat kepada saluran dan injap darah, saluran darah menjadi lebih stabil dan tenang untuk perubahan tekanan darah yang berubah secara tiba-tiba. Dengan ini, ia akanmengurangkan kes saluran darah tersumbat yang menyebabkan sakit jantung.


4. Kelebihan Teh Hijau #4: Risiko Barah Esofagus

Teh Hijau dipercayai mengurangkan risiko Barah Esofagus, ia juga dipercayai membunuh sel barah tanpa merosakkan sel-sel sihat yang berdekatan dengannya.


5. Kelebihan Teh Hijau #5: Kolestrol

Teh Hijau mengurangkan paras kolestrol jahat dalam badan dan meningkatkan nisbah kolestrol baik berbanding kolestrol jahat dalam badan.


6. Kelebihan Teh Hijau # 6:Alzheimer dan Parkinson

Teh Hijau dipercayai bolehmengurangkan risiko kesihatan oleh penyakit Alzheimer dan Parkinson. Kajian terhadap seekor tikus menunjukkan teh hijau melindungi sel otak dari rosak dan memperbaiki sel otak yang rosak.


7. Kelebihan Teh Hijau #7 : Reputan pada Gigi

Satu Kajian menunjukkan sejenis bahan kimia antioksida "catechin" dalam tehboleh membunuh bakteria dan virus yang menyebabkan jangkitan pada tekak, karies gigi dan masalah gigi yang lain. 


8. Kelebihan Teh Hijau #8 :Tekanan Darah.

Pengambilan Teh Hijau yang kerap bolehmengurangkan risiko tekanan darah tinggi.


9. Kelebihan Teh Hijau #9 :Tekanan Perasaan

Theanine adalah sejenis asid amino yang terdapat dalam teh. Asid amino ini bertindak untuk memberikan perasaan tenang kepada peminum teh.


10. Kelebihan Teh Hijau #10:Antibakteria.

'Catechin' dalam teh adalah sejenisantibakteria yang kuat yang dapatmenyembuhkan pelbagai penyakit dari jenis influenza hingga barah. Kajian terhadap Teh Hijau menunjukkan ia mampu mengelakkan dari penularan penyakit berjangkit.


11. Kelebihan Teh Hijau #11:Penjagaan Kulit

Teh Hijau mampu mengurangkan kedutan dan tanda-tanda penuaan,kerana ia ada ciri-ciri antioksidan dan antiradang. Kajian terhadap manusia dan haiwan menunjukkan teh hijau mampu mengelakkan dari kerosakan dari panahan cahaya matahari.