Selasa, 28 Mei 2013

Kebaikan Minum Air Selepas Bangun Tidur

Terapi air putih Minum

  1. 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal. 
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal. 
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah. 
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung

1. Meningkatkan Tenaga
Dengan minum air sejurus selepas bangun tidur akan meningkatkan kadar metabolisma anda, ia kan menbantu anda jadi lebih peka dan segar disebabkan meningkatnya kadar tenaga dalam badan.


2. Menbuang Toksin
Ia juga akan menbantu tubuh badan anda mengenyah toksin yang tersimpan dalam sistem tubuh dengan senang. Ini kerana selepas beberapa jam anda tidur badan anda tidak mendapat sebarang cecair untuk itu.

 3. Losing weight
Mara Z. Vitolins, pakar nutrisi dari Wake Forest University Baptist Medical Center berkata kebiasaannya tubuh badan kita tidak dapat menbezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat menbantu ia mengenalpasti.

Kelebihan Minum Air putih ketika perut kosong 

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak

Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Baik sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

1 ulasan:

  1. haa.. saya setuju la sifu.. sy mmg tak reti beza kenyang dgn lapar.. kalau sakit perut, bila tampar2 perut bunyi, "dum dum dum" tau la tu lapar.. bila rasa nak termuntah perut sendat, tu kenyang.. huhuhu.. patut la ada gastrik gemuk2 pun.. haiyaa..

    BalasPadam

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia