Sabtu, 11 Ogos 2012

BAGAIMANAKAH KEGEMUKAN TERJADI?

Apabila anda makan berlebihan karbohidrat, tubuh anda akan merubahnya menjadi glukosa. Kemudian glukosa ini akan dibawa melalui aliran darah menuju sel-sel dalam tubuh. Namun, kerana molekul glukosa tidak boleh menembusi dinding sel maka diperlukan bantuan insulin untuk mengekalkan glukosa tetap berada dalam sel. Di dalam sel, glukosa diubah menjadi  lemak dan disimpan di dalam bentuk sel-sel lemak.Tingginya kadar insulin tubuh merupakan indikasi bahawa glukosa tidak digunakan dengan betul oleh badan. Pada akhirnya, lebih banyak glukosa yang diubah menjadi lemak dan disimpan di dalam sel-sel tubuh. Seterusnya, insulin menghalang perpecahan lemak di dalam sel-sel tersebut, yang kemudian menggalakkan pertambahan berat badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia