Sabtu, 11 Ogos 2012

APAKAH KESAN PENGAMBILAN GULA SECARA BERLEBIHAN?

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) III (2006) mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan 14.0% pula obes. Ini telah menunjukkan peningkatan berbanding NHMS II iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes). Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung. Prevalens diabetes juga telah meningkat daripada 6.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III). Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung koronari serta beberapa jenis kanser (Strategy for the Prevention of Obesity Malaysia 2005). Gula juga adalah penyebab utama karies gigi (dental caries). Data dari Kementerian Kesihatan menunjukkan kadar karies gigi di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9 % dikalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

jika soalan tidak dijawab, sila ke group https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia