Jumaat, 12 Disember 2014

Al kisah diet atkins & ketosis

Bacaan untuk pendiet yang masih tak faham bagaimana DA membantu anda menguruskan badan dengan lebih efektif dan mengapa ia selamat. Remember, knowledge is power.

Rujukan: Dr. Atkins dan pasal ketosis dari Dr. Peter Attia, Presiden Nutrition Science Initiative (NuSI), US.

Fallacy #1: Diet ini tidak membenarkan anda untuk mendapatkan kalori daripada karbohidrat, jadi anda perlu dapatkan kalori daripada protein dan lemak. Ayam, daging, ikan, makanan laut dan telur sumber protein dan lemak untuk anda. Anda perlu elakkan makanan tinggi karbohidrat seperti nasim pasta, ubi kentang dan roti.

JAWAPAN: Diet Atkins bukan tidak membenarkan anda dapat kalori dari karbohidrat, tetapi mengehadkan jumlah karbohidrat dan kalori dari karbohidrat. 20 gram had karbohidrat sehari dalam fasa induksi Atkins sudah mencukupi atau lebih dari mencukupi untuk keperluan sehari nutrisi dan mineral yang diperlukan badan. Apabila ada bergerak ke fasa yang lebih tinggi, lebih banyak jumlah karbohidrat boleh anda makan

***

Fallacy #2: Konsep asas pemakanan sihat adalah seperti yang telah dinasihatkan oleh pakar nutrisi, iaitu mengikut pyramid makanan yang betul. Anda perlu faham tentang fungsi karbohidrat. Nutrien ini adalah sumber tenaga kerana tanpa karbohidrat, metabolisme tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik. Proses metabolisme tubuh anda amat diperlukan untuk membakar kalori dan lemak. Tanpa karbohidrat, bagaimana kalori dan lemak anda boleh dibakar?

JAWAPAN: FDA ajar ikut piramid pemakanan sihat ialah diet tinggi karbohidrat rendah lemak, namun sepanjang dua abad lepas akibat konsumsi karbohidrat diperhalusi yang berlebihan terdapat peningkatan ketara pada jumlah individu yang mengalami masalah obesiti dan diabetes di seluruh dunia.

Tidak dinafikan, karbohidrat ialah sumber tenaga tetapi mengambil lebih karbohidrat menyebabkan kadar glukosa / gula dalam darah meningkat. Gula dalam darah yang berlebihan tidak akan diproses menjadi tenaga sebaliknya disimpan dalam badan sebagai lemak. Dari sehari ke sehari jumlah lemak dalam simpanan badan akan bertambah jika tiada kawalan terhadap jumlah karbohidrat yang diambil untuk sehari dan jumlah karbohidrat yang diperlukan badan setiap orang berbeza. Ini seterusnya menyebabkan obesiti dan obesiti membawa pelbagai penyakit lain seperti jantung, diabetes dsb.

Apabila anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, badan akan 'menukar suis' dari pembakaran glukosa dalam darah yang terhasil dari pemakanan karbohidrat kepada satu sistem yang mengutamakan pembakaran lemak sebagai tenaga. Kelebihan metabolik di sini ialah, badan akan menggunakan lebih kalori bagi membakar lemak dari membakar glukosa untuk tenaga. Jadi anda akan membakar lebih kalori, dalam masa yang sama tak perlu berlapar apabila badan beroperasi dalam metabolisme berasaskan lemak.

Oleh sebab itu, Diet Atkins sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan dan lemak badan, kerana ia akan mula membakar lemak terkumpul yang tersimpan dalam badan selama ini sebagai tenaga melalui proses ketosis, dan proses membakar lemak sebagai sumber tenaga menggunakan LEBIH kalori dari membakar glukosa.

***

Fallacy #3: Diet rendah karbohidrat juga boleh menyebabkan anda memasuki fasa ketosis, iaitu penghasilan bahan ketone yang sangat beracun. Ketone terhasil apabila tubuh anda dipaksa menghasilkan tenaga daripada sumber lemak. Bahan ini boleh mengakibatkan kegagalan organ, gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang.

JAWAPAN: Jangan terkeliru antara ketosis pemakanan dengan ketoasidosis Diabetes! Terdapat dua keadaan di mana ketones dihasilkan badan, iaitu

1) Ketosis pemakanan

Ketosis pemakanan atau Fasa Adaptasi Keto terjadi apabila seseorang individu dengan sengaja mengambil kurang dari 50g karbohidrat sehari (Fasa 1 dan 2 Atkins). Badan akan mengesan kekurangan glukosa dalam badan, jadi badan tidak akan lagi bersandar kepada Glycogen untuk penghasilan tenaga, sebaliknya hati akan menghasilkan ketones bagi membakar lemak dan menukarkan lemak kepada tenaga. Otak juga akan menukar dari bersandar kepada glukosa kepada beta-hydroxybutyrate

2) Ketoasidosis Diabetes

Apabila seorang pesakit diabetes tidak mendapat insulin yang mencukupi, dia akan berada dalam keadaan 'kebuluran'. Walaupun terdapat glukosa dalam badan mereka, tanpa insulin, ia tidak akan dapat masuk ke dalam sel badan untuk dibakar sebagai tenaga. Jadi badan pesakit diabates akan mula mengeluarkan ketones dari lemak dan protein untuk membakar lemak sebagai tenaga. Tapi masalahnya, pesakit diabetes ini tak dapat hasilkan insulin, jadi tidak ada 'pusingan maklumbalas'. Oleh itu, badan akan mengeluarkan ketones tanpa henti. Pada satu tahap, jumlah ketones dalam badan akan meningkat kepada 15 – 25 mM. Hasilnya akan berlaku ketidakseimbangan pH, menyebabkan kecelaruan metabolik dan masalah seperti kegagalan organ, gout, batu karang dan kegagalan buah pinggang. Ini tidak akan berlaku jika badan dapat mengeluarkan insulin walaupun dalam jumlah yang sedikit.

Banyak kajian saintifik yang telah dijalankan dalam masa dua dekad ini membuktikan pendekatan diet karbohidrat terkawal membantu memperbaiki parameter klinikal yang mempengaruhi penyakit jantung dan penyakit-penyakit lain tanpa memudaratkan hati, jantung, buah pinggang mahupun struktur tulang.


Isnin, 1 Disember 2014

Ketika anda berada dimana mana group

Ronda2 group A, nampak si bedah post pasal tak puas hati dgn admin group B di group A. Group A & B lebih kurang sama, cuma Admin lain2 & cara lain2.
Lepas tu admin GROUP A komen di post berkenaan, Seperti dibawah.
Admin A: Polisi kami tak nak terbabit memburukkan group lain sebab menghormati prinsip admin yang lain.
Saya harap masalah kamu dengan admin dari kumpulan lain tak perlu kamu bawa kesini. Kami tak nak bermusuhan dengan group lain. Setiap group ada peraturan mereka sendiri dan hormatilah peraturan yang sedia ada. Harap maklum.

Pengajaraannya,
Kalau kita masuk rumah org, kita tak perlu beza2kan dgn rumah yang lain, untung org da bagi masuk free. Kalau tak suka, masuk cara baik, pergi cara baik.
Bagus cara nasihat admin diatas. Kekadang post2 oleh ahli yg macam ni la buat admin2 yg tak bersalah tiba2 dibenci oleh admin2 group yg lain.
Setakat ni belum jumpa lagi org mengadu tentang group lain disini, Tp yg mengadu tentang group ni digroup lain, banyak,"̮ƗƗeƗƗeƗƗe"̮.
Kalau aku jumpa org jenis mengadu domba mcm ni, memang aku ban je terus.
Tak ada apa2 kes, SEKADAR PERKONGSIAN untuk kita berfikir.

Pengalam saya diet atkins (30kg lost)

Testimol diet atkins.
Mula Diet Atkins april 2011. Selama 4 bulan hilang 30kg...dari 97-67kg tanpa senaman yg berat. Sekarang dah hampir 2 tahun, berat masih maintain dlm lingkuang 69- 72kg...makan dah tak terjaga..maintainkan dgn senaman yg konsisten je..
Hujun Tahun 2012 mula saya berjinak jinak dlm dunia larian..first time lari event 7km sahaja..sangat siksa nak habiskan..tp sgt bangga dpt medal. 
2013 banyak event yg saya masuk.(boleh tgk sini http://bicikut.blogspot.com/…/event-marathon-2013-yang-aku-… ) & yg paling jauh..full marathon 42km saya lari tanpa berhenti selama 5 jam 14minit.
Tanpa atkins, tak mungkin rasanya saya mampu berlari sejauh 5km..apatah lagi 42km..& saya xpernah terlintas difikiran saya utk buat semua aktiviti diatas masa saya gemuk.
Saya ceritakan perjalanan saya yang bermula dari atkins, sbb ada segelintir tak percaya & kata atkins diet tak sihat(hilang musle, hilang air, sakit pinggang, sakit jantung, gemuk balik)
Saya pedulikkan apa orang nak kata..yang penting saya akan terus buktikan..saya boleh sihat & lebih sihat dari mulut2 yang mengata.
Ramai lagi yg boleh dijadikan contoh..mcm Ahmad Fazreen, Safwan Ajis, Ibbara Natasce, Salmah Kobis, @shahrin, & lain2..