Kurus tanpa produk, Tanpa berlapar. PERCUMA seumur hidup. IT'S NEVER TOO LATE TO CHANGE YOUR LIFE
Jumaat, 29 Ogos 2014
Pumatrac app for running
Sabtu, 23 Ogos 2014
Isu air sejuk punca perut buncit
Sebelum diet:
Sebagai manusia biasa, pernah terpengaruh & percaya dengan cakap2 org, minum air berais or sejuk Menyebabkan perut buncit.
Diet & Kini:
Hasil membaca, didapati ais tidak bersalah, lalu ku diet, tanpa pernah elak minuman sejuk @ berais. Malah minuman sejuk memang minuman harian ku..selama diet 4 bulan hingga kini 2 tahun maintain berat.
Just kongsi pengalaman..
Nak minum atau taknak..hak masing2..isu panas & sejuk je pun...
Tips ilangkan perut buncit:
1. Elak @ kurangkan karbohitrat ringkas
2. Elak @ kurangkan process food
Karbohidrat adalah zat makanan yang terbina strukturnya dari GULA. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu Karbohidrat Ringkas dan Karbohidrat Kompleks.
Karbohidrat Ringkas :
Sumber Karbohidrat Ringkas ialah beras putih, roti putih, coklat, gula, susu, jus buah-buahan, soda serta kebanyakkan makanan pencuci mulut. Dan semua jenis bun, donut, biskut dan kek.
Karbohidrat Kompleks :
Sumber Karbohidrat Kompleks ialah roti bijirin tulen, bijirin dan beras, kacang pis, kekacang yang dikeringkan, jagung, buah-buahan dan sayur-sayuran.
kurangkan karbohidrat ringkas kerana jika berlebihan, karbohidrat jenis ini amat mudah dihadam dan diserap badan. Ini dengan mudahnya akan meningkatkan paras gula dalam darah dan tubuh akan merembeskan Insulin dengan banyak. Ia juga akan menurunkan paras Kolestrol Baik iaitu HDL yang berfungsi untuk mengelakkan serangan sakit jantung.
Jumaat, 22 Ogos 2014
Google jangan tak google
Sebelum start diet, macam2 aku google, bukan setakat tahu makanan yg dibenarkan @ tidak. Banyak lagi bahan bacaan yang boleh membantu.
Contoh yang aku google.
Metabolisma:
1. Macam mana nak kekalkan metabolisma.
2. Macam mana nak tingkatkan metabolisma.
Dah dpt jawapan berkaitan metabolisma, (ada kena mengena dgn muscle & pemakanan cukup atau tak)
Aku google plak.
1. Macam mana nak kekalkan muscle.
2. Bagaimana muscle mempengaruhi berat badan.
3. Macam mana nak atasi kelaparan.
Aku google plak part muscle:
1. Weight training mcm mana yang boleh kekalkan muscle.
2. Weight training macam mana perlu dielak supaya berat badan tak statik ketika process menurukan berat badan.
3. Cardio macam mana yang berkesan turunkan lemak.
4. Cardio macam mana yang boleh turunkan lemak & maintainkan muscle.
Tak cukup dgn google, aku kaji plak kelemahan diri sendiri.
Contoh:
1. Bila aku senam teruk2, aku xdpt kawal makan, so aku kurangkan senam, yg penting aku lost weight dulu. Sbb pemakanan paling penting utk lost weight.
Nah sikit, contoh apa yang kita boleh dapat bila google:
Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.
Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.
1.Maka berat turun hanya kerana kita tidak makan. bukan turun kerana lemak. Eat right, not eat less.
2.Metabolisma dicari, bukan utk dibuang.
*semoga berguna apa yang aku share hari ni, kena rajin, jgn malas! Orang da bagi makanan, takkan nak minta suap plak. Internet bukan untuk facebook & whatapp semata-mata.
Rabu, 20 Ogos 2014
'Jangan pandang yang buruk itu buruk..'
Benar, agak sukar untuk kita menafikan keburukan dan kejahatan yang sudah jelas lagi nyata di hadapan kita. Jadi untuk apa kita mengubah cara pemikiran semata-mata mengaburi hal tersebut? Tapi cuba fikir semula dan menilai, sejauh manakah kita layak untuk menilai dan menghukum orang lain? Sejauh manakah kita sempurna dan baik dari pandangan orang lain?
Jadi layakkah kita untuk menilai dan menghukum berdasarkan apa yang kita lihat sahaja? Layakkah kita untuk menghina orang buruk atau jahat yang kita kenal? Sempurnanya kita untuk melakukannya begitu, baiknya diri kita untuk menilai dan meletakkan nilai buruk pada orang lain. Jelas sekali kesempurnaan dan kebaikan diri kita amat-amat diragui.
Penerimaan tanpa syarat. Adakah ini mungkin ungkapan terbaik untuk kita yang masih samar-samar untuk melakukan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat' ? Atau mungkin kita perlu lebih lagi rasa dan fikiran kearah bersangka baik kepada orang lain?
Bagi menjawab persoalan tersebut, mari kita sama-sama selami hati insan yang dianggap buruk atau jahat. Andaikan kita adalah insan tersebut. Tidak sakitkah hati kita apabila niat membantu kita disalah erti? Tidak layakkah orang jahat disayangi dan dikasihi? Tidak layakkah kesalahan lalu dimaafi? Selamanyakah seseorang yang jahat akan jadi jahat? Dan adakah selamanya seseorang yang baik akan jadi baik?
Dalam Islam juga menyatakan bahawa umat Islam disarankan memohon doa supaya kehidupan di akhiri dalam kebaikan bukannya di dalam kejahatan. Maka jelaslah bahawa tidak semestinya yang buruk dan jahat akan kekal selamanya begitu dan sebaliknya.
Manusia mudah lupa, benar sekali. Mudah benar manusia lupa dengan kata-kata 'manusia sentiasa berubah' baik dari hati, emosi, dan pemikiran. Jadi kenapa kita masih cuba menafikan bahawa manusia yang buruk dan jahat boleh berubah kearah yang lebih baik? Adakah sebab mereka pernah tersalah langkah, memilih jalan hitam?
'Kegagalan sebenar adalah kegagalan untuk mencuba', salahkah insan-insan yang telah menyesal mencuba untuk mengubah arah hidup dari yang buruk dan jahat kearah yang lebih baik? ' Kegagalan adalah kejayaan yang tertangguh', mereka gagal menuju kearah kebaikan satu masa dulu. Siapa tahu mereka lebih berjaya dalam mencari kebaikan pada masa sekarang selepas melalui kegagalan yang pernah dirasai.
Mungkin segelintir insan yang tidak pernah melalui kesilapan merasa mereka berjaya kearah kebaikan tapi sejauhmana pula nilai itu perlu diukur? Sifat lalai memang tak lari dari dalam diri manusia. Oleh itu, manusia disarankan untuk menilai perbuatan diri sendiri dan bukannya menilai orang lain. Jika manusia itu menilai perbuatan orang lain, maka jelaslah bahawa dia telah lalai dalam menuju kearah kebaikan untuk dirinya. Menuju kearah kebaikan untuk dirinya melalui tingkahlaku dan amalan sehariannya. Lalai dalam membentuk dirinya untuk jadi baik sekaligus gagal untuk melaksanakan perbuatan 'jangan pandang yang buruk itu buruk, yang jahat itu jahat'.