Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Jumaat, 21 Jun 2013

mengawal nafsu makan

Ramai orang diet, bersenam dan mengambil food supplement untuk mengurangkan berat badan. Selain daripada cara-cara tersebut, anda juga boleh menurukan berat badan dengan mengawal nafsu makan dengan cara yang betul. Nafsu makan memang agak sukar dibendung pada peringkat permulaan, tetapi lama-kelamaan semuanya akan jadi mudah. Justeru itu, ada beberapa tips yang kami mahu kongsikan untuk mengurangkan nafsu makan anda yang membuak-buak!

Minum air mineral

Minum air mineral dalam 5-8 gelas sehari adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari. Dehidrasi atau kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan nafsu makan anda meningkat secara mendadak!

Makan dalam kuantiti yang kecil

Makan berulang-ulang kali dalam 4-5 kali adalah lebih baik daripada makan 3 kali dengan kuantiti makanan yang sangat banyak. Cara ini dikatakan dapat mengurangkan dan mengawal nafsu untuk makan.

Jangan lewatkan waktu makan

Anda harus makan ikut waktu yang telah ditetapkan. Elakkan makan terlalu lewat kerana ia akan menyebabkan anda berasa sangat lapar dan membuatkan anda makan dengan banyak.

Lebihkan serat dalam menu makan anda

Serat akan membuatkan anda berasa kenyang dan secara tidak lansugn akan mengurangkan selera anda untuk makan. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu harian anda.

Makan secara perlahan

Makan secara perlahan akan membuatkan anda berasa cepat kenyang walaupun anda makan dalam kuantiti yang sedikit. Cara ini ternyata berkesan tetapi anda mungkin anda makan secara berulang-ulang dalam jangka masa yang pendek.


1 ulasan:

Eyna Ahmad berkata...

Nak tanya, untuk bulan puasa nie apakah menu yang sesuai? Satu lagi, saya nie agak susah nak kurangkan makanan atau minuman manis...ada idea tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers