Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Rabu, 30 Mei 2012

PERKARA PERLU ANDA KETAHUI KETIKA ATKINS

1. Hati2 dengan makanan dikedai..contoh
  • sate(ada gula)
  • ayar golek(ada madu)
  • sup, tomyam(gula or rempah)
  • rempah2 yg anda guna untuk memasak..pastikan anda tahu jumlah carbnya..byk saya tgk dipasaraya yang carbnya tinggi
  • serbuk cili(beli yang ori, blande sendiri)
  • RAGU2 JGN MAKAN
2. Cheat sket...rasa je..(tak boleh!)
  • tak boleh..
  • kerana ia akan membuat anda hilang ketosis
  • ketosis akan berlaku selepas gula dalam darah tiada..mengambil masa 2 hari
  • jika anda cheat sehari...bermakna ada telah cheat sebanyak 3 hari..sayangkan...sehari = 3 hari...
3. Pastikan anda cukup makan
  • badan memerlukan tenaga utk pecahkan lemak2 anda..kurang makan = metabolisma akan menurun..kalau turun pun..bukan sbb lemak yg hilang..tapi xcukup makan.
  • tidak perlu elak makanan berminyak..goreng macam biasa...jgn asyik rebus or kukus je...kerana fat diperlukan sebagai sumber tenaga utk memecahkan lemak di badan
  • Diet atkins bukan diet berlapar
4. Senaman
  • Senaman bersesuai dengan berat badan anda, bagi yg terlalu obes, atau masih obes..sentiasa bergerak sudah memadai.
  • Makan protein kena ada..jgn makan sayur sahaja semata2..berat tak turun juga.
  • Banyakkan aktivi berjalan..utk kekalkan metabolisma..
  • konsistenkan senaman..walaupun sedikit, yang penting konsisten.
  • fokus pada diet adalah paling penting, senaman ketika gemok, buat cara gemok, cukup dgn senaman yang buat anda bergerak, fokus satu2, supaya mental anda kuat. Dah hampir bmi, anda boleh buat senaman apa anda suka. Ingat ye, untuk lost weight pemakanan sangat penting.
    "Kita boleh turunkan berat badan dengan hanya menjaga pemakanan, kita boleh turunkan berat dengan menjaga pemakanan & bersenam. Tp kita tak boleh turunkan berat badan dengan hanya senaman tanpa menjaga pemakanan."
    Jangan tamak..pepatah melayu
    "Yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran"
5. Air
  • fungsi air juga mengekalkan metabolisma
  • mengawal paras asid urid
  • membuang toksin dalam badan
  • minum air sekurang kurangnya 4 liter..
6. Keyakinan
  • yakin pada diri sendiri
  • jgn takut beli baju kecil or seluar kecil..anda kena yakin anda boleh memakainya satu hari nanti
  • jangan stress kalau berat tak turun, cuba ubah menu..cara pemakanan...waktu makan...selagi anda yakin boleh..pasti boleh..
7. Masyarakat
  • abaikan kata2 sidiran 
  • buktikan anda boleh berjaya(ni buat aku semangat ketika dulu)
  • fikirkan diri sendiri..bukan org lain..kerana kita nak menanggung berat obes kita..bukan mereka
8. alat bantuan
  • penimbang..haa ni wajib la ada...supaya setiap penurunan buat kita lebih semangat, selain tu utk elakkan kita terkantoi..kalau berat naik, cuba ubah menu.klu berat turun..cuba kekalkan menu dan kuantiti selagi anda mampu.
  • cermin...supaya anda tak lupa diri..anda gemuk.hehhehehe...cermin diri sendiri hari2..supaya anda tidak termakan pujian dan kata2 org yg mengatakan anda dah kurus atau comel...comel tu sebenarnya gemuk,hahaha
  • botol air...senang nak target berapa liter anda minum...contoh 1 hari ada wajib habiskan 3 botol 1.5Liter.
9. Nutrisi
  • makan multivitamin jika mampu
10. Gaya hidup
  • pastikan tidur yang cukup
  • sarapan diambil seawal yang boleh(waktu badan kita paling effective bekerja)
  • makan sebelum jam 8 malam..lebih kurang 4 jam sebelum tidur bagi yg bekerja shift
  • kurangkan stress
11. rujukan
  • pastikan ada merujuk pada sumber yang telah terbukti pada tuan punya diri..contohnya...http://taknakgemuk.blogspot.com
  • jgn cuba campur aduk sumber...boleh jadi hancus lebur berderai menangis tak berlagu
Doing Something Is Always Better Than Doing Nothing 

GOOD LUCK!!

p/s: jgn lupa join kawan2 di https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/

Selasa, 29 Mei 2012

latest pic 29/5/12, atkins boleh kurus!


SAPA KATA ATKINS TAK BOLEH FIT??
ni gambar lama...korek2 baju jumpa...sakai...

Jumaat, 25 Mei 2012

keputusan cabaran 10hari turun 5kg

BARU2 NI SY ADA BUAT CONTEST UTK TURUN KAN 5KG DALAM MASA 10 HARI..MENCABAR MEREKA YG NAK KURUS BUAT DIET ATKIN..NI HASILNYA...TERBUKTI KAN.. SAPA KATA TAK BOLEH..KALAU MEREKA BOLEH, ANDA BAGAI MANA? TERUS KELAUT KAH?


Selasa, 22 Mei 2012

AKU GEMUK TAK SEDAR DIRI

BERDIRI DEPAN CERMIN...UHUHUHU HODOHNYE AKU... tu pun ada hati nak kantoi2 lagi... orang lain boleh, apsal kau tak boleh? memang kau lemah la...ada saja alasan yang kau cari kan kan kan! kau lemah...kau hanya tahu sedap, sedap, sedap.hahahahaha. bila org kata kau gemuk, kau marah, bila org panggil makcik kau marah, bila org taknak jalan dengan kau, kau marah, bila bf kau tinggal, kau marah, apsal tak marah diri sendiri yang degil???? jangan terlalu selesa dengan keadaan skrg, fikir masa depan..jalan dah ada..ikut sajala..jangan banyak alasan..ragu2 jangan makan..  APE DIET NI..SEMUA TAK BOLEH NAK MAKAN...ITU TAKLEH..INI TAKLEH....''hey !! ko nak kuruskan, takkan nak suruh orang diet untuk ko??? ko dah makan macam2 berpuluh tahun. takkan takleh tahan nafsu utk 2-3 bulan je????

Isnin, 21 Mei 2012

MENU PALING SELAMAT(MAKAN SAMPAI PENGSAN PUN BOLEH)

MENU PALING SELAMAT(MAKAN SAMPAI PENGSAN PUN BOLEH) 
  • TELUR 
  • IKAN 
  • AYAM 
  • LEMBU 
  • KAMBENG 
  • PUYUH 
  • UNTA 
  • UDANG 
  • MINYAK SAWIT 
  • RUSA
  • AIR KOSONG 6 LITER 
  • BUTTER MAYONIS(CARB PALING LOW, 1 SUDU SEHARI SUDAH) 

MENU KENA HATI-HATI(BOLEH MAKAN) 
  • SAYUR 
  • GARAM 
  • BAWANG 
  • KUNYIT 
  • CILI SANTAN ORIGINAL 
  • REMPAH BELI KAT KEDAI (SANGAT TAK DIGALAKKAN) 

TIDAK DIGALAKKAN(Dikuatiri LAMBATKAN PENURUNAN) 
  • SEGALA JENIS FAST FOOD, PROCCES FOOD 

TAK BOLEH DIMAKAN
  • GULA 
  • TEPUNG 
  • NASI 
  • BUAH 
  • SOS 
  • KEKACANG
  • KICAP
 KALAU NAK SELAMAT...IKUT YG PALING SELAMAT...

Ahad, 20 Mei 2012

Group for atkins only

saya bz disini sekarang, harap maaf https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia/ senang kite berbicara disana.

Rabu, 16 Mei 2012

Keburukan gula

saje2 tambah ilmu pasal gula ni...
bacalah...banyak sangat keburukannya


http://jua-via.blogspot.com/2010/01/keburukan-gula-tebu.html


Apakah itu gula? Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa. Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

Khamis, 10 Mei 2012

GROUP UNTUK DIEAT ATKINS SAHAJA

rasanya perlu ada group khas untuk diet atkins sahaja..supaya anda tidak terjebak dengan gejala kekeliruan..hehe Di persilakan...khas untuk org yang diet atkins dimalaysia melepak

https://www.facebook.com/groups/atkinsmalaysia

tak payah skema2 sgt, kite diet sambil berseronok dalam tu ok!
hope pasni ramai model2 atkins yg dah berjaya,hehe

Rabu, 9 Mei 2012

DIET HANCUR SELEPAS JOIN GROUP ATAU FORUM



22:31
MUNGKIN ADA YANG BERTANYA, KENAPA BERAT TAK TURUN...ADA YANG TAK PERASAN APA PUNCANYA.
SO NAK SHARE PENGALAMAN SKET. MEMANDANGKAN DAK2 BARU YG HANCUR DIETNYE...
SO SAYA NAK PESAN.

Dulu BICI diet sorang2 je, xde pun masuk group2
dah berjaya baru share ngan org
dulu harapkan blog taknakgemuk.com je, berjaya gak turun 18kg sebulan.
just nak pesan...kalau join group or forum...
jangan terpengaruh sgt apa yg dibincangkan...hancus..last2 berat tak turun, sbb byk sgt fakta @ auta
bercampur aduk formula, last2 berat tak turun
sebenarnya nak kurus senang je, just stick pada satu sumber.(sumbernya telah terbukti)
follow dari situ pun dah memadai...KALAU BETUL2 NAK KURUS.
YANG PENTING USAHA! KATA NAK KURUS...TAPI NAK MAKAN MACAM2..MANA BOLEH MACAM TU..

MASALAHNYA LEMAK!!

Badan kurus bukan isu utama di sini kerana yang lebih penting ialah memiliki berat badan dalam lingkungan sihat melalui amalan pemakanan seimbang dan kerap bersenam. Keyakinan akan datang sendiri jika kita sihat dan memiliki berat badan seimbang. Ramai salah faham dan menganggap jika kurus, mereka tidak perlu bersenam. Tanggapan ini perlu diubah kerana ramai orang kurus juga mengalami masalah kolesterol tinggi dan diserang sakit jantung. Perunding Endokrinologi Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Faridah Ismail, berkata saiz pinggang besar dan berat badan berlebihan bukan sekadar masalah kosmetik. Memang berbadan besar dan gemuk tampak kurang menarik, tetapi lebih membimbangkan ialah risiko beraneka penyakit akibat pengumpulan lemak dalam badan. Malah, pakar perubatan mendefinisikan obesiti sebagai masalah kesihatan kronik. Menurutnya, lemak adalah sumber tenaga terakhir yang digunakan badan, justeru kita perlu bersenam untuk menggunakan tenaga ini. Lemak paling degil dan susah dikurangkan ialah di pinggang atau dipanggil lemak viseral. Lemak ini boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Risiko kesihatan obesiti dibahagi kepada tiga kumpulan besar iaitu mati awal, menjalani kehidupan penuh kesakitan dan kesan psikologi. a. Mati awal (disebabkan penyakit) # Diabetes # Serangan jantung. Paras kolesterol meningkat, terutama kolesterol berbahaya (LDL) dan trigliserid. Pada masa sama paras kolesterol baik (HDL) di kalangan individu obes sangat rendah. Ini sebabnya kini ramai individu semuda 30 tahun boleh mendapat serangan jantung. # Strok. # Gangren. # Tekanan darah tinggi. # Kanser (orang gemuk berisiko tinggi mendapat kanser usus, esofagus (saluran makanan), payu dara (wanita dan lelaki. Lelaki obes mengalami pembentukan tisu lemak di dada). # Sindrom apnea tidur (berdengkur kuat, mudah penat, kualiti tidur rendah dan tidur sentiasa terganggu. Mereka juga berisiko mendapat serangan jantung ketika tidur, tekanan darah tinggi, kegagalan jantung dan strok. # Masalah pernafasan. Ini kerana lemak viseral yang terkumpul mengambil banyak ruang dalam abdomen dan menolak paru-paru. Jadi ruang untuk paru-paru mengembang ketika anda menyedut nafas menjadi sempit. b. Menjalani kehidupan yang menyakitkan # Sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan. Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menampung berat badan keseluruhan. Sendi ini terpaksa menampung beban berlebihan yang melebihi kemampuannya jika anda obes. # Sukar bernafas, pernafasan menjadi pendek dan tercungap-cungap selepas melakukan aktiviti ringan; pernafasan tersekat ketika tidur. # Batu pundi hempedu (sakitnya sama seperti sakit melahirkan anak), asid refluks (pedih ulu hati). # Inkontinens (hilang keupayaan menahan kencing). Apabila kita menjadi terlalu gemuk, otot terpaksa mengembang dan menyebabkan daya pengecutannya terjejas. Bagi orang obes, bangun daripada duduk, ketawa atau batuk kecil boleh menyebabkan mereka terkencing. # Kesuburan merosot pada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid dan kehamilan banyak masalah. Wanita obes berisiko tinggi dapat kencing manis ketika hamil dan tidak boleh banyak bergerak, terutama waktu sarat. # Vena varikos (urat kaki timbul dan berselirat) menyebabkan sakit kaki. c. Kesan psikologi # Resah dan gelisah. # Tertekan dan murung. Penurunan berat badan sekecil lima hingga 10 peratus boleh membawa perubahan besar kepada tahap kesihatan seseorang, terutama yang mengalami masalah obesiti. Antaranya ialah: a. Penurunan kadar kematian # Lebih 20 peratus penurunan jumlah kematian keseluruhan. # Lebih 30 peratus penurunan kematian akibat penyakit berkaitan diabetis. # Lebih 40 peratus penurunan kematian akibat kanser yang disebabkan obesiti. b. Tekanan darah tinggi — tekanan sistolik menurun 10, tekanan diastolik turun 20. Maknanya jika ketika obes tekanan darah anda 150/98 mmHg, dengan penurunan berat badan lima hingga 10 peratus, tekanan darah boleh berkurang ke 140/78 mmHg. c. Diabetis # Menurunkan 30 hingga 50 peratus paras gula ketika puasa (tidak makan). # Menurunkan 50 peratus risiko mendapat diabetis. d. Kolesterol # Penurunan 10 peratus jumlah kolesterol keseluruhan. # Penurunan 15 peratus kolesterol LDL. # Penurunan 30 peratus trigliserid. # Peningkatan lapan peratus kolesterol HDL.

Isnin, 7 Mei 2012

kesedaran bab 28

korang yg over2 ni...mesti stress kan bile nak gi shopping baju or suar...bila da cantik..saiz takde...kadang2 org lain pakai nampak cantik..kite pakai nampak hodoh.
suar plak...bila beli, nak kena potong kaki banyak...dah jadi cam pakai kain dia punya besar....padahal kaki kecik je..pinggang ngan peha yg besar....haaa apa lagi...diet la...takmo kantoi2 noh,hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers