Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Isnin, 16 Januari 2012

Cara untuk mendapatkan potongan badan yang cantik:

1. Diet atkins sampai kurus.

kalau atkins, tanpa senaman pun boleh kurus.

2. Buang lemak, Senaman (Kardio)

Setelah hampir mencapai berat badan idaman anda, perbanyakkan senaman kardio, untuk buang lemak2 terutamanya yang terdapat diperut(yang lembek2 tu)

2. Dah capai target, naikkan otot (Weight training)

Selain mencantikkan badan, sgt penting untuk mengekalkan berat badan dalam jangka masa yang lama.



Contoh berat 100kg nak turun ke 60kg

100kg to 70kg diet atkins(ikut suka nak senam atau tidak)

70kg to 65kg banyakkan senaman kardio(bakar lemak yang lembek2 kat badan)

65kg to 60kg dan selamanya,banyakkan senaman otot (Weight training) + kardio

note: OTOT adalah enjin pembakar lemak!!

Ahad, 15 Januari 2012

Muka anda gemuk? sapa kata comel?atau nampak tua?

klik pada gambar untuk besarkan.

cuba tgk...comel ke hodoh,hehehehe...yer...anda patut diet skrg sebelum muka anda lebih mengembang dan nampak lebih tua dari usia anda!!
tiada senaman untuk kuruskan muka..kalau badan anda kecik, maka kecikla muka tu..


Rabu, 4 Januari 2012

GYM pertama kali masuk

oyehhh......seumur hidupku tak pernah masuk gym...akhirnye aku masuk gak gym tadi 3.1.12..
tak terkejut pun...sbb dah boleh agak apa yang ada dalam gym tu...puas masuk gym, rm 4 je sehari...
'Kami' pergi bersama...! esok, esok dan esok,,,nak pegi lagi...sampai dapat bentuk badan idaman :-P, ceh..
lepas turun gym...terus melantak ayam gorang dan tosei...ape ke jadahnye itu..haha...takpela..manje kan sikit perut ni :-p... esok diet balik...esok diet balik...(100 kali dah ulang ayat tu)..hahaha..

Ahad, 1 Januari 2012

Azam korang tahun ni mesti nak kuruskan! hehehe

Semoga tahun 2012 saya jauh lebih cemerlang dari tahun 2011..
Semoga tahun 2012 saya menjadikan saya lebih matang dari tahun 2011..
Semoga tahun 2012 saya menjadikan hidup "KAMI" lebih baik..

Kepada yang berazam untuk diet.."Tiada kejayaan tanpa usaha..kadang2 memerlukan sedikit pengorbanan"
GOOD LUCK!!  saya juga masih berdiet! ini gambar pertama saya tahun ini....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers