Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Isnin, 31 Disember 2012

Hilang 34kg dalam masa dua bulan

Tahniah...zan ghanu.!! Teruskan semangat!! Aku Bangga dgn ko bro!!
Semoga jd inspirasi org2 gemuk yang lain.
& aku :)



Kaitan otot & berat badan

Lebih otot = lebih metabolisma
Otot vs lemak = otot lebih kecil berbanding lemak walaupun berat yang sama.
Otot sgt membantu utk kekalkan & kurangkan berat bdn.

Jom senam...

Sabtu, 29 Disember 2012

Percutian family 2012

Kenduri admin kda @heri
Taman negara penang
Gua kelam
Perlis
Karnival sungai petani...

Makan banyak gile..hahahahaha. Pasni pulun senam...























Isnin, 24 Disember 2012

LARI RERAMAI BARU SYOK

LARI DENGAN GENG2 SUSUSEJAT.
INI KALI KEDUA AKU BERLARI LEBIH DARI 10 KM TANPA HENTI.
DULU MEMULA MENCEBURKAN DIRI..LARI 2KM PUN DAH PENAT GILER...
NEXT TARGET 21KM.

NI YG AKU BUAT UTK TINGKATKAN KEMAMPUAN LARI:
1. BERNAFAS GUNA HIDUNG
2. LARI SANTAI2 JE, JGN TERUS NAK PECUT
3. CARI GENG...BARU TAK BORING NAK LARI JAUH2/LAMA2
4. RAJIN BERLARI.

MEMULA ORG AKAN KATA...AKU TAK BOLEH!
TAPI KALAU KORANG DAH LELAMA..SETAKAT 5-6KM TU..MACAM TAK RASA APA.
YANG PENTING...NEVER GIVE UP.!!  KURUS SAJA XBEST KLU TAK FIT!


JOGGING DI DATARAN PUTRAJAYA




TUNGGU APA LAGI..PI LA LARI...HAHAHA

NAK JOIN?? https://www.facebook.com/groups/sususejatdotcom

Sabtu, 22 Disember 2012

Puma heart rate

The mines ada...sg wang ada... Berbaloi dgn harga macam tu. Kawan kirim..so aku try belek2 td.





Selasa, 18 Disember 2012

Kekalkan berat badan


  • melakukan senaman sekurang-kurangnya seminggu 3-4 kali selama 30 minit.
  • Tidak lebih 60 minit pada setiap sesi cardio (listen to your body)
  • Latihan beban (meningkatkan jisim otot)
  • Mementingkan kualiti senaman berbanding kuantiti (penting : rest and recovery)

Isnin, 17 Disember 2012

belt running...

rm60 pertama komplek..tempat lain aku tgk rm75 keatas... 
semangat lebih..larinya belum tentu lagi..hehe.xpe..beli2..buat semangat...bulan 3 ni ada event..kena lari 21km...seram makkk..xpernah lari lebih dr 10km...camno ni..

Khamis, 13 Disember 2012

Sori

memandangkan ada komen2 yg kata aku ni teruk...
aku nak minta maaf kekadang aku cakap lepas & menyingong perasaan org...buka niat ku nak menghina org gemuk...sama ada facebook kda atau diblog aku...sapa yg xsuka...just ignore or block aku..
aku buat semua ni xminta apa2 balasan..lagi senang aku kurus sorang2..xpayah aku nak habiskan masa mengadap blog & facebook.
aku pun pernah merasakan gemuk..kerana itu...aku nak bantu org2 yg mcm aku dulu..
akupun pernah marah org kata aku gemuk.
akupun pernah marah org suruh aku diet.
klu dr dulu aku ambil kutukan & teguran itu sebagai sesuatu yg positif..dah lama aku kurus agaknya..
apa yg org gemuk rasa..aku pernah rasa...bukan aku memang dah kurus dr asal..& bukan aku berlagak sebab aku dah kurus. semua yg aku tahu..aku share je..aku xpernah amik kesempatan dengan kejayaan aku utk keuntungan diri aku sendiri.
-bicikut-

Hormati orang lain

Sikap manusia, memusuhi apa yang tidak difahaminya dan apa yang tidak diminatinya. Lumrah. Namun begitu, jika kita bersifat insani, gunalah mata hati dan akal fikiran untuk menghormati minat dan keputusan orang lain. Sejak dari kecil, saya selalu makan budu dan tidak pernah makan ikan keli, jadi saya amat meminati budu dan tidak menyukai ikan keli. Tetapi bukan bererti saya mencemuh orang yang suka makan ikan keli. “Eii, apa la, ikan keli pun makan, dah la ada misai, geli geleman aku tengok badan ikan keli berlendir”. Tidak pernah saya katakan begitu. Saya juga tidak pula mengherdik orang yang tidak menyukai makanan pujaan warga Kelantan iaitu budu. “Apala, budu yang sebegini lazat dan berkhasiat pun tidak mahu makan, rugi..rugi...pelik sungguh. Tak boleh jadi ore kelate...”. Kita memahami bahawa orang yang tidak makan budu itu tidak pernah makan budu sedari kecil, jadi wajar saja jika ia ngak lalu makan budu. Contoh lain, “Apa la tanam pokok bunga, bukannya boleh makan pun, baik tanam pokok sayur ke, pokok buah ke, ada pekdahnya juge” dan “Apala asyik beli buku, perabihkan duit je, baik beli benda lain.” Kata-kata begini boleh menyinggung perasaan orang lain tanpa kita sedari. Apalah salahnya kita menghormati minat orang lain selagi ia tidak menyalahi agama dan tidak mengundang keburukan kepada orang lain? Jika kita ingin dihormati, hormatilah perasaan orang lain. Ini adalah sebahagian contoh saja daripada banyak-banyak contoh..fikir lah sendiri.. Kadang-kadang kita merasa pelik, kenapa orang tu suka itu dan tidak suka ini? Tidak suka ini tapi suka itu. Hakikatnya manusia tidak sama dan kita berbeza. Ia bukan situasi yang pelik. Lelaki dan wanita secara biologinya adalah berbeza sudah tentu juga minat dan kegemaran mereka juga berbeza (ada juga sesetengahnya sama). Lelaki lebih suka kepada aktiviti yang mencabar, sukan, kereta, dll dan perempuan pula lebih gemar kepada aktiviti menjahit, kraftangan,memasak, menghias rumah dan bermacam-macam lagi. Dalam rumahtangga, saling menghormati antara pasangan adalah suatu yang wajib. Di awal perkahwinan, jangan terkejut jika mendapati pasangan mempunyai hobi dan sikap yang pelik. Makanan kegemaran juga pelik-pelik. Di sinilah perlunya kita belajar untuk saling menghormatinya di antara suami isteri bagi menjaga keharmonian rumah tangga yang dibina. Berapa ramai pasangan yang bercerai-berai akibat hilang perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Fikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata. Hormati perasaan orang lain khususnya orang yang kita sayangi iaitu ibubapa, suami, isteri, anak-anak, sahabat, saudara mara, jiran tetangga kerana apa yang kita minat dan mahu terkadang tidak sama dengan cita rasa mereka. Jangan pentingkan diri sendiri tapi fikir juga perasaan orang lain dan hormati mereka.

Selasa, 11 Disember 2012

Jogging di taman tar... Ampang indah

Dah setahun duk sini..baru tahu kat sini ada tempat best untuk jogging..hehehe..2 round je...dlm 6km..pastu sibuk tgk beruk plak..

Isnin, 10 Disember 2012

Pendakian ke broga bersama bebeudak kda

Kda = kelab diet atkins di fb

Jumaat, 7 Disember 2012

Diet telur day 2

4 biji teloq da selamat ditelan...ada lg 6 biji bw bekal g opis..harap2 xkantoi..lama dah hanyut...semalam mkn teloq je...pg ni dah turun 1kg...hope esok turun lg 1kg...lusa 1kg lagi ...dpt la 69 to 66kg... Tinggi 170..Ahad nak kelaut...  gemok2... 

Khamis, 6 Disember 2012

Senaman kuruskan / kecikkan lengan

nah amik hang

http://www.nowloss.com/flabby-arm-toning-exercise.htm

Iron bar

Beli di cash converter ampang point rm39.90.  banyak keguaannya..utk pull up..push up...dan lain...sile google ye..

Menu hari ni - diet telur.. + Multivitamin

Berat pagi td 69kg...
Dah lama xdiet sgt.
Hari ni nak buat diet telur plak.
Boring gak asyik 69kg je.
Pagi td goreng telor 10 biji..4 biji dah telan.6 biji bawa bekal gi office.
Target air 4 liter hari ni...
Pepagi makan multivitamin sebiji

Impian...usaha...

Semua ada impian...tp...cukup ke usaha & pengorbanan kita utk capai impian kita..atau berhenti separuh jalan...mana pegi semangat2 memula dulu..mana target dulu2...mana janji2 kita yg kita telah buat utk diri sendiri....masa sgt pantas tanpa kita sedar..dah lama kita lupakan impian kita..dah jauh kita ketinggalan..Jom diet!!! Hanya usaha yang berterusan yg akan memastikan kejayaan kita...sekadar ingatan...good luck!

Selasa, 4 Disember 2012

kalau boleh..nak jadi badan macam ni..nak kuat macam ni..



H.O.P.E

Masalah Utama Diet Tak Menjadi


1) Kurang pengetahuan
- baca dulu dari A sampai Z...kemudian baru mulakan diet..jgn ikut2 org je.
http://bicikut.blogspot.my/2011/04/13-april-2011.html

2) Mudah putus asa
- teruskan usaha..walaupun period skali pun..diet kena teruskan juga..jgn bila berat tak turun..terus kantoikan diri..
- bila dah start kantoi..80% utk start balik "susah"
- 90% yg berjaya turun 10kg hingga 20kg sebulan..dia org tak pernah kantoi.


3) Kurang sayur-sayuran hijau
- sayur pun penting...tapi hati2 dengan carb2 dalam sayur...google carb sayur..pasti kan anda dapat bezakan antara kekacang & sayur


4) Kurang makanan berlemak(perlu ada)
- utk proses ketosis..makan berlemak diperlukan..tak payah avoid makanan2 bergoreng.


5) Makan terlalu banyak
-memang diet low carb tak perlu kira kalori..tapi kalau dah kenyang sgt...stop la makan

6) Takut makan
- jangan berlapar
- lagi takut kita makan...lagi lambat berat kita turun...lagi stress diet...enjoy ok..jgn takut.

7) Kurang minum air
- minum 1 liter air setiap 25kg berat anda
- kurang minum air adalah bahaya..

8) Terlalu banyak makan makanan diproses
- tak bagus utk kesihatan
- kebanyakkannya high sodium..

9) No Exercise
- ye tanpa exerscise berat masih boleh turun...tapi takkan la asyik tido tido tido..
senam jalan2 kaki pun dah ok kalau nak turun cepat
- utk jaga musle..angkat berat sikit2 pun ok, sekadar untuk maintainkan musle.

10) Skip sarapan
- jgn skip sarapan...sarapan adalah penting dalam mana2 diet pun...sbb waktu ni perut kita kosong...perlukan sesuatu utk memberi kita tenaga(utk bakar lemak)...kalau kita tak bagi perut kita makan...nanti perut malas nak bakar lemak..

Gym saja tak cukup...diet tetap kena diet....

Setuju??

Isnin, 3 Disember 2012

eh tahu plak nak marah...hahahha fat fat fat

eh tahu plak nak marah...hahahha fat fat fat, makan tak ingat org belakang..

Meningkatkan tenaga sehingga 20 peratus

Secawan kopi di pagi hari memang mengembirakan hati tetapi tahukah anda ,ia bukanlah cara terbaik untuk meningkatkan tenaga. Kajian terkini yang dilakukan di Universiti  of Georgia  mendapati amalan melakukan aktiviti rendah intensiti  selama 20 minit sehari  sudah mampu meningkatkan  tenaga sehingga 20 peratus. Jadi,tidak kiralah seketat manapun jadual harian anda,pastikan aktiviti ini termasuk di dalaam perkara rutin. Berjalan-jalanlah pada waktu rehat dan penuhi hujung minggu anda dengan aktiviti  meriangkan  tetapi memenatkan ,misalnya mandi laut.

Ahad, 2 Disember 2012

Si gemok & si kurus

Mana mau??? Kurus ke gemokk

Sabtu, 1 Disember 2012

Atkins food piramid

Sabtu, 24 November 2012

Kalori yg berjaya dibakar pepagi buta..sejam buat insanity - max interval circuit

Kalori yg berjaya dibakar pepagi buta..sejam buat insanity - max interval circuit.  dah kurus..senam la pulakk

Khamis, 22 November 2012

nak kurus memang mudah..tapi mendapat tubuh idaman?..senaman paling penting..

masih jauh lagi perjuangan ku
bermula dengan atkins, diet dari 97 sampai 67kg..selama 4 bulan..
now masih berjuang untuk jadi yang terbaik
sekarang aku banyak tumpukan pada fitness..kalau tak tahu pasal atkins, boleh tgk post yg lepas2...
aku boleh..kau pun mesti bolehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!
kurus saja tak cukup kalau tak fit.. aku nak buktikan diet atkins ni sihat & boleh jadi terbaik
memang bukan senang utk dapat hasilnya..tapi selagi tak putus asa...masanya akan tiba..

Rabu, 21 November 2012

Teh O ais tanpa kantoi

Guna gula tiruan "splenda"  nak tau google..


Khamis, 15 November 2012

Untuk yg suka minum susu..

Boleh try ni...letak splenda kalau nak bagi manis. Soya ni ada jual kat cosway..harga 4+ macam tu. Protien...


Isnin, 12 November 2012

cubalah kalau nak six pack & fit



Insanity - Body Transformation in 60 Days


cubalah kalau nak six pack & fit

Rabu, 7 November 2012

senaman pecah lemak


Bagaimana membakar Lemak:

Jadi, jika anda bersedia untuk melakukan senaman yang membakar lemak, tetapi tidak merasa pergi ke gym dan mendaftar untuk kelas, terdapat satu cara yang anda boleh lakukan digabungkan kardio dan latihan rintangan di rumah. Cuba senaman ini:

Buat 10 tekan tubi atau lutut tekan tubi,

Kemudian berdiri dan melakukan melompat bicu 15-20.

Seterusnya ke 10 squats atau lunges,

Kemudian melakukan 15-20 bicu melompat lebih.

Seterusnya, bergerak hingga 10 crunches, sekali lagi diikuti oleh bicu melompat 15-20.

Akhirnya, memilih set dumbbells dari lantai dan mengangkat mereka overhed dan ke bawah sebanyak sepuluh kali, dan Kemudian selesai dengan siri akhir bicu melompat 15-20.

22 day insanity


dah 22 hari... buat insanity...dah makin depan 60 hari...takut plak nak tgk hasilnya,...sbb makan tak berapa nak jaga.hehe.

Khamis, 1 November 2012

hasil senaman insanity 8 hari

ini hasil senaman insanity 8 hari...semasa aku post ni..dah 16 hari..so ada 44 hari lagi utk dihabiskan...total kena buat 60 hari.....tp lum sempat amik pic hari ke 16..biar lah dulu...
so korang tgk yang 8 hari dulu ok...kalau tak faham insanity tu apa..boleh tgk utube.
hope ada yg try insanity lepas tgk post ni..utk sapa? untuk kamu...

sebenarnya aku dah down masa day ke 8 ni...rasa xnak buat dah insanity..sebab penat sgt..tp saje cari semangat..aku cuba buat perbezaan pic sebelum dah after 8 day insanity. terus semangat gile...haha

in progress TO FIT


SEMOGA USAHA KU TAK TERHENTI..
KAMU SEMUA JUGAK!!! GOOD LUCK!!

TANPA SEBARANG PRODUCT  !! ANDA BOLEH!!

Rabu, 31 Oktober 2012

Alat fitness utk kesihatan

Utk kira berapa langkah kita jln sehari. ++ kalori. Rm23 1rp di cosway...ada solar...xyah susah hati bateri abis.harga normal rm35.


penerangan fasa 1 atkins (induction)

Dalam fasa 1 diet Atkins, anda adalah terhad kepada 20 g karbohidrat setiap hari, yang disyorkan untuk datang dari telur, sayur-sayuran salad dan rendah kanji sayur-sayuran seperti brokoli. Fasa ini berlangsung selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Ahad, 28 Oktober 2012

Saya sekarang...28/10/12

Day 12 insanity workout
All..senam la...kurus saja xcukup...alang2 dah kurus..jadikan senaman sebagai amalam..klu boleh..biar semua atkiner fit...good luck..
Alang2 seluk pekasam kan...

Rabu, 24 Oktober 2012

PENYAKIT & PUNCA GEMUK

Apakah bahaya Berat Badan Berlebihan dan kegemukan (obesiti)?
Ia boleh meningkatkan risiko:
  1. Penyakit jantung
  2. Tekanan darah tinggi 
  3. Diabetes
  4. Penyakit sendi
  5. Gangguan pernafasan
  6. Kolesterol yang tinggi

Ia juga boleh mengakibatkan masalah lain seperti :
  1. Penyakit pundi hempedu
  2. Kelesuan
  3. Kurang kesuburan (wanita)
  4. Mudah mendapat kecederaan
  5. Kanser
  6. Cepat  penat

Punca kegemukan:
Tenaga berlebihan yang tidak digunakan disimpan sebagai lemak dalam badan dan lama-kelamaan ia akan menyebabkan berat badan berlebihan atau gemuk. 

Punca-punca kegemukan.
  1. Makan berlebihan
  2. Kurang bersenam
  3. Gaya hidup yang tidak aktif dan cergas

Isnin, 22 Oktober 2012

peringatan untuk yang sedang induction atkins..

You may choose to stay in Induction if . . .
• You still have more than 30 pounds to lose. You should stay in Induction for now if . .
• You still have a large amount of weight to lose.
• You’re still struggling with carb cravings
• You’ve not been fully compliant with Induction.
• You still have elevated blood sugar or blood pressure levels.
• Your weight loss is slow and you aren’t physically active.TERUSKAN INDUCTION...!


Fasa induksi direka untuk
  • Menukarkan daripada metabolisme membakar karbohidrat kepada metabolisme membakar lemak
  • Menstabilkan gula dalam darah anda dan menghentikan pelbagai gejala-gejala yang menunjukkan gula dalam darah tidak stabil, seperti keletihan, perubahan emosi, kabus otak dan ketidakupayaan untuk berfungsi pada tahap yang terbaik.
  • Bendung keinginan anda dengan menstabilkan gula dalam darah anda.
  • Hentikan ketagihan kepada makanan seperti gula, gandum atau jagung derivatif, alkohol, kafein, gandum atau mana-manamakanan yang lain. Untuk orang-orang yang ketagih manis, makanan tinggi karbohidrat atau tinggi glycemic.

Peraturan Induksi Satu lagi maksud fasa Induksi adalah untuk menunjukkan kepada anda bahawa walaupun anda boleh mengurangkan berat badan walaupun makan banyak. Tetapi ia mesti diikuti dengan disiplin untuk mencapai kejayaan! Jika anda melakukan kesalahan(langgar pantang), anda boleh mengelakkan kehilangan berat badan dan akhirnya berkata, "Ini adalah satu lagi rancangan penurunan berat badan yang tidak berfungsi." Jadi saya mahu anda menghafal dua belas kaedah-kaedah berikut:
  1. Makan sama ada tiga saiz berkala kali sehari atau empat atau lima hidangan yang lebih kecil. Jangan melangkau waktu makan atau pergi lebih daripada enam jam bangun tanpa makan.
  2. Makan liberal kombinasi lemak dan protein dalam bentuk ayam, ikan, telur dan daging merah, serta lemak yang tulen(bukan segera).
  3. Makan tidak lebih daripada 20 gram sehari karbohidrat, kebanyakan yang mesti datang dalam bentuk sayur-sayuran salad dan sayur-sayuran lain. Anda boleh makan kira-kira tiga cawan salad, atau dua cawan salad campur, satu cawan sayur-sayuran lain.
  4. Jangan makan buah-buahan, roti, pasta, bijirin berkanji sayur-sayuran, atau produk tenusu selain keju, krim atau mentega.Jangan makan kacang atau bijirin dalam dua minggu pertama. Makanan yang menggabungkan protein dan karbohidrat, seperti kacang kuda, kacang buah pinggang dan kekacang lain, tidak dibenarkan pada masa ini. 
  5. Jangan makan apa saja yang tidak ada dalam senarai makanan atkins. ini  adalah faktor kegagalan semasa fasa ini 
  6. Sukat kuantiti yang anda makan sesuai dengan selera anda. Apabila lapar, makan jumlah yang membuat anda merasa berpuas hati. 
  7. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap pakej)
  8. Makan seberapa kerap yang anda mahu tetapi berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi di sos dan kuah. Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
  9. Elakkan makanan atau minuman yang manis.
  10. Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan telah ditunjukkan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat anda inginkan gula.
  11. Minum sekurang-kurangnya lapan 8 gelas air setiap hari, untuk mengelakkan sembelit dan meningkatkan pembakaran lemak  
  12. Jika anda sembelit, campurkan satu sudu besar atau lebih psyllium dalam cawan atau minum lebih banyak air setiap hari. Atau makan lebih banyak sayur-sayuran

Khamis, 18 Oktober 2012

Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

Getting moolah has never been more fun. Be a part of #ChurpChurp

BILE NAK DIET? BILE NAK DIET BETUL2?

BILE NAK DIET? BILE NAK DIET BETUL2? 
ASYIK ESOK...ESOK...ESOK...LAST2 SAMPAI SETAHUN TAK KURUS2...PASTU TGK PIC ORG BERJAYA..BLEH TANYA PLAK "BERAPA LAMA DIET?" ... PASTU SEMANGAT...DIET SEHARI DUA BERAT TAK TURUN..STRESS..TERUS MALAS DIET....ORG LAIN BERAT TAK TURUN...TP STILL TAK PUTUS ASA...WALAUPUN LAMBAT TURUN..DALAM SETAHUN STILL ADA PERUBAHAN...KAU??? ESOK ESOK ESOK ESOK...

NAK KURUS KAN?

ORANG YG DAH LOST BANYAK LEBIH SEMANGAT BERDIET

DARI PEMERHATIAN KU....ORANG YG DAH LOST BANYAK LEBIH SEMANGAT BERDIET,WALAUPUN DAH LOST BANYAK..STILL TAK PUTUS ASA UTK CAPAI BERAT IDAMAN.MANAKALA ORG YANG BARU LOST 3-4KG...STATIK SKET..DOWN...DOWN DOWN...
SALAH SATU SEBAB MEREKA TIDAK BERPUTUS ASA... KERANA MEREKA TELAH MERASA NIKMAT KURUS...KAU BILA LAGI...?
 BILA DAH KURUS....AUTOMATIK MEREKA TAKUT GEMUK KEMBALI :)

Rabu, 17 Oktober 2012

anda masih belum terlambat utk kurus...


body fat kamu yg sepatutnya ..

rujuk


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers
//untuk off kan copy paste