Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Jumaat, 29 Julai 2011

Gambar selepas Diet Atkins

 

 


GAMBAR SEBELUM DIET

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2011


Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 2011
klik utk besarkan.
Semoga anda kurus sebelum raya,hehe

Khamis, 21 Julai 2011

Tidak Semua Aktiviti Fizikal Memberi Kesan Yang Sama


Latihan Kardiovaskular (kardio) merupakan aktiviti senaman dan fizikal yang dapat meningkatkan degupan jantung. Selain itu, dengan melakukan aktiviti ini ia juga dapat membantu anda membakar lebihan lemak di dalam bandan. Jadi aktiviti sebegini bukan sahaja baik untuk kesihatan anda tetapi ia juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan.
Pada jadual di muka surat sebelah, kami memaparkan beberapan aktiviti kardio yang boleh anda lakukan serta jumlah kalori yang dapat dibakar dalam masa satu jam apabila anda melakukanya. Ia juga bergantung kepada berat badan anda.
Aktiviti Mana Yang Membakar Lebih Kalori?
Aktiviti
Berat Individu dan Jumalah kalori yang Dibakar (kcal) dalam Tempoh Sejam
73 kilograms
91 kilograms
109 kilograms
Aerobics
(berimpak tinggi)
511
637
763
Aerobics
(berimpak rendah)
365
455
545
Aerobics
(di dalam air)
292
364
436
Jungle Tracking
511
637
763
Bola Keranjang (Basketball)
584
728
872
Berbasikal (< 16 km/j, bersiar-siar)
292
364
436
Bowling
219
273
327
Berkayak
256
319
382
Kelas Tarian
219
273
327
Rugby
584
728
872
Golf (sambil membawa club)
329
410
491
Jogging (8 km/j)
584
728
872
Badminton / Tenis
511
637
763
Lompat Tali / Skipping
730
910
1090
Berlari (13 km/j)
986
1229
1472
Softball / Baseball
365
455
545
Berenang
511
637
763
Tae kwon do
730
910
1090
Tai chi
292
364
436
Bola Tampar
292
364
436
Berjalan (3 km/j)
183
228
273
Berjalan (6 km/j)
277
346
414
Mengangkat Berat (Latihan)
219
273
327
Bola Sepak
511
637
763
Tinju (latihan menumbuk beg)
438
546
654
Hoki
584
728
872
Jadual: Kadar anggaran pembakaran kalori mengikut aktiviti fizikal dan berat badan
Pembakaran kalori ini banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan anda, jantina, usia, kelajuan serta kepantasan, halangan, serta berapa aktif anda melibatkan diri ketika melakukan aktiviti tersebut.

Senaman Membakar Kalori part 2


Biarpun anda hanya berjalan-jalan untuk ke sesuatu tempat, tetapi setiap pergerakan yang dilakukan sebenarnya telah membuatkan jantung anda bergerak dan lebih aktif. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang suka bersenam demi menjaga kesihatan, bonusnya ia akan membakar lemak, membentuk otot serta latihan bagi kardiovaskular.

Jumlah kalori yang dibakar selama bersenam berdasarkan pada banyak faktor, termasuk berat badan, jumlah olahraga, tingkat tenaga dan metabolisme. Nilai yang diberikan untuk sejumlah kalori yang dibakar per jamnya dalam senaman berdasarkan pada rata-rata lelaki dengan berat badan 170 paun.

1. BERJALAN KAKI
Jalan kaki merupakan latihan yang baik sebagai permulaan dalam diari anda. Mulakan dengan berjalan kaki selama satu jam di waktu pagi. Untuk hasil terbaik, jagalah detik jantung anda pada 70 peratus dari detik jantung maksimum ( detik jantung maksimum sama dengan 220 dikurangi usia anda ). Semua otot di kaki akan bergerak dan satu jam berjalan cepat akan membakar sebanyak 300 kalori.

2. BERLARI
Berlari dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan merupakan cara yang baik untuk membakar lemak tubuh. Namun, berlari dalam waktu yang cukup panjang boleh menyebabkan kekuatan otot hilang dan cedera akibat sering digunakan. Berlari setempat dapat menguatkan kelompok otot dalam kaki termasuk otot-otot yang terdapat di paha. Berlari selama satu jam dengan kecepatan sederhana akan membakar lebih kurang 760 kalori.

3. MENDAKI BUKIT
Sangat baik untuk membakar lemak sekaligus menguji kekuatan otot kaki. Jika anda meluangkan masa selama satu jam mendaki bukit, ia bersamaan dengan pembakaran sebanyak 530 kalori.

4. PERMAINAN RAKET
Seperti tenis dan badminton yang akan membuatkan otot-otot paha, lengan, bahu dan punggung bekerja secara serentak. Inginkan hasil yang terbaik, carilah pasangan yang memiliki kemampuan sama dengan anda. Satu jam berolahraga akan membakar sekitar 780 kalori.

5. REGANGAN
Cara yang paling mudah dan anda boleh melakukan regangan sambil menonton televisyen atau di bilik tidur. Mengerakkan kaki dan tangan selama setengah jam juga mampu mencegah kecederaan otot sebelum berolahraga.

6. BERENANG
Sesuai buat lelaki yang benar-benar ingin menjaga perut mereka daripada boroi. Berenang membuat semua otot tubuh bekerja dan variasikan gaya renang anda ( gaya dada, kuak lentang dan kupu-kupu ) sehingga membantu anda memperoleh hasil maksimum dari olahraga ini. Satu jam berenang dapat membakar 460 kalori.

7. PERMAINAN BOLA
Seperti bola jaring, bola keranjang, bola tampar dan bola baling. Selain menguatkan latihan otot tangan, permainan bola juga memberi kekuatan untuk paha dan bahu anda. Risiko untuk cedera sama dengan olahraga berat yang lain namun keberkesanannya juga tidak diragui. Bermain secara berkumpulan akan memberikan impak yang berguna untuk anda. Satu jam bermain permainan bola akan membakar kalori sebanyak 600 kalori.

8. BOLA SEPAK
Bergantung pada posisi yang anda mainkan, cukup mencabar fizikal dan minda kerana permainannya yang agak kasar dan memakan masa yang panjang. Memang olahraga ini berisiko tinggi kerana kecederaan, namun anda perlu menitikberatkan kesabaran fizikal dan emosi. Satu jam bermain bola sepak dapat membakar 700 kalori.

9. ANGKAT BEBAN
Cara terbaik meningkatkan tenaga dalaman sekaligus membina otot tubuh dan meningkatkan kesihata secara umum. Tetapi harus diingat untuk olahraga angkat beban, anda perlu melakukan latihan regangan sebelum dan setelah berolahraga ini untuk mencegah daripada kecederaan dan memaksimakan kesihatan. Anda dapat membuat setiap kelompok otot untuk bekerja dengan mengangkat beban, tapi bentuk yang tepat cukup penting untuk menurunkan risiko cedera. Untuk memaksimumkan pembentukan otot, lakukan ulangan yang lebih dengan beban yang lebih berat. Satu jam mengangkat beban membakar sebanyak 230 kalori.

Sebagai lelaki yang mementingkan kesihatan, olahraga dan senaman cukup penting biarpun setelah anda berkahwin. Jangan sesekali mengabaikan perkara nan satu ini kerana ia menentukan gaya hidup anda.

Senaman Yang Membakar Kalori



1. Aerobik dalam air - Kalori yg dibakar: 200 kalori/30minit

2. Harungi jeram - Kalori yg dibakar: 190 kalori/30minit

3. Berenang di laut/sungai - Kalori yg dibakar: 200-300 kalori/30minit

4. Yoga di tepi pantai - Kalori yg dibakar: 100-200 kalori/30minit

5. Pilates di taman - Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

6. Joging - Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit

7. Badminton - Kalori yg dibakar: 275 kalori/30minit

8. Boling - Kalori yg dibakar: 150 kalori/30minit

9. Berbasikal di tempat terbuka - Kalori yg dibakar: 300 kalori/30minit

10. Futsal - Kalori yg dibakar: 220 kalori/30minit

11. Rock Climbing - Kalori yg dibakar: 349 kalori/30minit

Sabtu, 9 Julai 2011

9.7.2011 berat turun lagi turun ke 73 kg

tahniah bici...teruskan usaha...hope micipun turun gak!

rahsia kenapa berat tak turun

sebab minum air tak cukup banyak....
kalau nak kurus, tolong minum air banyak2 ok...

Jumaat, 8 Julai 2011

Ayat-ayat naikkan semangat aku

kata2 azimat,bila kawan2 lama jumpa aku:
  1. ko sakit ke?
  2. aku ingatkan sape tadi(haha sampai tak kenal, maklum la aku x pernah kurus)
  3. ensem la ko skr(maknanya dulu xensem,hhaahaha)
  4. perut dah takdela skrg( dulu perut maju ke depan)
  5. slim la skrg
  6. ko makan ubat kurus ape?(sbb cepat sgt turun)
satu lagi last.......7.  ko nak kawen ke? (soalan aku xleh nak jawab,huhu)

semoga korang bersemangat untuk terus kurus!

Khamis, 7 Julai 2011

Bersih

Minum air banyak2, bersih toksin dalam badan, kuang3

Ahad, 3 Julai 2011

new mission 65kg

new target.........hope akan dapat!!!!!!!! sedaya upaya!

nasi daging...uhu.....tensen

arini aku tensen sbb makan nasi daging 2 pinggan, hahaha..!!!!!!!!!
hahaha!!!!!!!!!! tensennyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.oyehhhhhhhhhhh

sayur dan carb

Jenis sayur , saiz hidangan , carbs ...
Brokoli - ½ cawan – 3.9
Kobis - ½ cawan – 1.9
Bayam – 1 cawan – 1.1
Daun salad – 1 cawan – 1.3
Terung ½ cawan – 3.3
Timun - ½ – 2.5
Saleri – 1 – 1.5
Asparagus – 6 – 3.3
Carrot – medium – 7.3

diambil dari taknakgemuk.com

Air RO

air R.O. dapat mengaktifkan molekul air di mana air yang berenergi mempunyai fungsi-fungsi sebagai berikut :
  • Membuang racun dari dalam tubuh.
  • Memusnahkan bakteria.
  • Lebih mudah diserap oleh tubuh.
  • Mempunyai daya kelarutan yang tinggi.
  • Membuang keseimbangan pH air.
  • Merangsang metablisma tubuh.

Durian - kurus


aku balik kampung arini..melantak durian sebiji,hahahahaha!
kekadang bila stress, memacam rasa nak makan..
tapi bila dah ok, rasa menyesal plak.
nak kurus lagi!!!!!!

Sabtu, 2 Julai 2011

Tahukah anda fungsi air boleh membuatkan anda kurus.?


1. Peratusan penurunan berat badan sangat dipengaruhi oleh peratusan kehilangan air dalam tubuh juga. Pernah dengar “gemuk air”? Sebenarnya bukan air yg menggemukkan tetapi lemak. Jadi, sangatlah penting untuk minum byk air bg menghindarkan diri dari terkena hidrasi sewaktu proses penurunan berat badan.

2. Proses pembakaran kalori memerlukan bantuan air agar lebih efektif. Dalam erti kata lain, air juga mempengaruhi fungsi metabolism tubuh.

3. Sewaktu tubuh membakar kalori, tubuh juga mengeluarkan toksin, air dalam tubuh akan memainkan peranan membantu menyingkirkan toksin ini melalui perkumuhan. Jadi, jangan jadikan alasan untuk kurang minum air kerana takut kerap ke bilik air kerana yang dibuang adalah toksin dalam badan.

Manfaat minum air putih bagi kesehatan

Kebaikan Minum Air Selepas Bangun Sleep :3

Terapi air putih Minum
  1. 2 gelas air setelah bangun tidur – Dapat membersihkan organ-organ internal. 
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan -Dapat membantu fungsi seluruh pencernaan dan ginjal. 
  3. Minum segelas air sebelum mandi -Dapat menurunkan tekanan darah. 
  4. Minum segelas air sebelum tidur -Dapat mencegah stroke dan serangan jantung
1. Meningkatkan Tenaga
 Dengan minum air sejurus selepas bangun tidur akan meningkatkan kadar metabolisma anda, ia kan menbantu anda jadi lebih peka dan segar disebabkan meningkatnya kadar tenaga dalam badan.


2. Menbuang Toksin
 Ia juga akan menbantu tubuh badan anda mengenyah toksin yang tersimpan dalam sistem tubuh dengan senang. Ini kerana selepas beberapa jam anda tidur badan anda tidak mendapat sebarang cecair untuk itu.

 3. Losing weight
 Mara Z. Vitolins, pakar nutrisi dari Wake Forest University Baptist Medical Center berkata kebiasaannya tubuh badan kita tidak dapat menbezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat menbantu ia mengenalpasti.

Kelebihan Minum Air putih ketika perut kosong

Tabiat minum air kosong ketika perut kosong adalah salah satu tabiat yang sangat baik. Rasulullah SAW juga sering mengamalkan minum air kosong selepas bangun sahaja dari tidur setiap pagi. Ia juga baik untuk penyakit  antaranya penyakit sakit kepala, sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, kegemukan berlebihan, asma bronkitis, TB, meningitis, buah pinggang dan air kencing, muntah-muntah, gastrik, cirit-birit, buasir, kencing manis, sembelit, semua penyakit mata, rahim, kanser dan gangguan haid, hidung telinga dan penyakit tekak

Bangun sahaja daripada tidur pastikan minum segelas air. Baik sebelum membersihkan mulut. Khusus untuk kesihatan. Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. 

Setiap 25kg berat bdn memerlukan 1 liter air untk perkembangan otot yg sihat supaye mampu Membakar lebih bnyk lemak (otot mengandungi 75% air) tiada istilah GEMOK AIR kerana org lebih berat kebanyakan mereka kurang air di sebabkan lebih banyak peratus lemak mengambil alih kawasan badan… Badan yg menggeleber adelah di sebabkan lemak yg tinggal.. Air juga membantu
Menyingkirkan toxic daripada terus mendap d dalam tubuh dan mampu menggalakkan penyakit yg bersangkut paut dgn obesiti seperti sakit jantung, darah tinggi, gout, kencing manis n strok. Rakyat Malaysia kebanyakanya malas minum air dan bersenam menyebabkan berlakunya mendapan asid yg tinggi… Dengan minum air banyak, kite dpt menyingkirkan toxic bg membantu proses penurunan berat badan d lakukan dgn lebih lancar

Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air

JANGAN LUPA, AIR JUGA SGT PENTING KETIKA BERDIET ATKINS

Jumaat, 1 Julai 2011

KETOSIS DAN KURUS, apa kena mengena?

copy dari blog dzul..

Kenape cerite lagi? sebab dah dijelaskan dalam bab 1 http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html tapi masih ade yang tak faham...
selalu sangat aku cakap,menjerit atau menyanyi,bile kite dalam keadaan ketosis,baru lah badan kite berade dalam keadaan yang betul untuk diet...

jadi,nak berjaye dalam atkins kene berade dalam keadaan ketosis,tapi ape tuh ketosis?
aku cube mudahkan bagi korang semua senang faham ok?

KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES....

Bayangkan keadaan ni, kite sekarang ni gemuk...kenape gemuk? sebab banyak lemak dalam badan..nak kurus macam mane?mestilah dengan hilangkan lemak? macam mane nak buat tu kalau badan kite menggunekan CARBOHYDRATES sebagai punca tenaga...hanye CARBOHYDRATES yang akan dibakar dan lemak akan terbiar macam tuh saje..

Sebab tuh kite tukar badan kite drpd menggunekan CARBOHYDRATES sebagai tenage menjadi LEMAK sebagai tenage...jadi,tu la ketosis...bile kandungan CARBOHYDRATES kite rendah,badan akan mengesan kekurangan CARBOHYDRATES dan badan akan membakar LEMAK sebagai punca tenage.

aku ade tgk dalam national geographic atau discovery channel hari tu ,die cakap,lemak bukan dibakar,tapi mengecut..mungkin aku yang salah faham?

So,kene lah ikut rancangan makanan yang ade dalam bab 1 http://www.taknakgemuk.com/2010/01/bermulenye-satu-penurunan-berat-badan.html  iaitu pengambilan CARBOHYDRATES 20g saje sehari...then baru la dapat melalui proses ketosis...

sumber : http://www.taknakgemuk.com/2010/10/bab-29.html

nak test tahap ketosis = http://sd2nz.blogspot.com/2010/01/gunakan-ketones-strip-untuk-mengukur.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers