Siapa saya??

Saya juga seperti anda mengalami masalah kegemukan, dan sentiasa berusaha untuk kurus..bertahun2 saya cuba kurangkan berat badan, tapi tak berjaya. impian saya untuk kurus telah menjadi kenyataan bila terjumpa "Diet Atkins". cubaan pertama saya selama
Seminggu turun 5 kg,

menguatkan lagi semangat saya untuk teruskan diet ini. 2 bulan pertama saya berjaya membuang 22kg, & lagi 8kg utk 2 bulan berikutnya.hasilnya 30kg selama 4 bulan.

Saya kongsi caranya disini -- Diet Atkins -- ,& buktinya --Sebelum & Selepas--
oleh kerana saya tidak berkesempatan untuk menjawab soalan,
saya telah menubuhkan -- Kelab Diet Atkins -- untuk kita semua berkongsi ilmu disana, anda boleh request sebagai ahli. Segalanya percuma.

"Manusia yang gagal akan cuba sedaya upaya mencari seribu alasan untuk berubah, namun manusia yang berjaya akan mencari seribu cara untuk melakukan perubahan. Seribu cara itu mungkin sudah ada di depan mata anda, namun tanpa komitmen dan keazaman dalam diri anda sendiri, perubahan itu pasti tidak akan berlaku"


Rabu, 19 Oktober 2011

Persediaan yang mantap sebelum berdiet dan kurus

Memandangkan ramai kakak2, makcik2, abg2..yang nampaknye semakin putus asa..
Posting ni khas untuk korang ok.

nak diet? kita tak boleh diet dengan cara membabi buta..maksudnye..hari ni nak diet..esok taknak..kejap on, kejap off.(diet atkins memelukan masa dua hari untuk menghilangkan gula dalam badan, so takleh nak on off ok!)

Panduan utk buat persediaan yang mantap sebelum berdiet:
1. Target - berat yang kamu inginkan dan masa yang diperlukan. penting!! ada org diet, minggu ni diet, munggu depan taknak diet, asalannye...'ada rumah terbuka la, kenduri la, org belanje makan la(makan free memang sedap)...

2. Cari ILMU - Kena kaji jenis diet yang korang nak buat, cari la apa saja info yang ada kena mengena dengan diet yg korang nak buat, contohnya diet Atkins, u all boleh cari info pasal ketosis, air kosong, kasiat telur, dan lain2. carilah apa saja tentang diet, apa2 kita nak buat, kena ada ilmu, baru boleh berjaya.

3. Berfikir secara positif - bici perhatikan ada org yang dah berjaya kurangkan saiz badan, bila saiz badan dah kecil, tapi takut nak buat baju or beli baju saiz kecil..takut gemuk balik!!(patut ke kita berfikir macam ni, sedangkan kita mempunyai azam untuk kurus?) kalau boleh jgn ada pemikiran yang macam tu, cuba berazam "aku takkan pakai baju ni lagi" kalau boleh buang je baju2 tersebut.if berkenan satu baju ni, tapi takde saiz besar, beli je saiz yg kecik sikit, janji boleh pakai..dan fikirkan satu hari nanti anda akan dapat memakai baju tersebut dengan selesa(pasti anda akan tersenyum dan lebih bersemangat)

4. Abaikan MULUT ORANG - bersedia untuk menerima macam2 kutukan, atau kata2 yang buat anda tidak bersemangat, ayat2 biasa:
  • betul ke cara ko diet ni?
  • aku tgk tak turun pun badan ko? 
  • takpayah la kurus sgt.
  • ko dah cantik dah macam ni
  • jimat ke, minum air kosong je kat kedai 
tapi bila kita gemuk
  • Gemukla kau
  • makan banyak la kau, patut la gemuk
  • kau ni gemuk banyak penyakit
  • patah spring kete aku
  • dan macam2 lagi..xsampai hati nak tulis..
lantak org nak cakap apapun..fikir positif je, buktikan pada org rimas tgk kemajuan kita..kekadang ada org jeles bila nampak kita berusaha untuk kurus, biasalah manusia ni, bila gemuk org mengata, nak kurus pun org mengata, kurus pun org mengata. jadi..teruskan je diet anda..sampai BMI anda normal. yang pastinye..kita tuan punya badan...badan sendiri2...so kena jaga sendiri..tak payah dengar cakap orang.hasilnya kita yang akan nikmati..bukan orang lain.

5. Catatkan semuanya - maksudnya..setiap penurunan, sila catat tarikh,berat,saiz dalam diari anda supaya boleh jadi rujukan anda kemudian hari.

6. Cari kawan - cari kawan, untuk sama2 berdiet, lawan jgn tak lawan...!!
 

diet tak susah sebenarnya..yang susah adalah untuk mengawal diri kita dan mengekalkan kesungguhan kita, if tak turun..salahkan diri sendiri.. bukan salahkan cara diet.atau membuat alasan "badan aku memang susah turun, lemak tepu la...bla bla bla..."  orang lain boleh, kenapa anda tidak? tiada jalan senang untuk dapat sesuatu kepuasan, kesabaran hasilnya adalah kepuasan dikemudian hari..BERUSAHALAH sementara masa masih ada...

ok siapa yang diet atkin, boleh refer balik link kat bawah ni. cuba tengok dimana silapnya anda.
http://bicikut.blogspot.com/2011/06/atkins-diet-cara-paling-berkesan-untuk.html



Menu tengahari tadi, maybe ada yang rasa x sedap, tapi sedapkan aje..nak kurus punye pasal, bukan selamanya nak makan macam ni,nanti dah kurus, semua boleh makan kan,hehehe.kata nak kurus...kena la sabar, usaha, tawakal
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tempoh Diet

LilySlim Diet days tickers